19 October 2015

Resepi Baby : Cheezy Butter Chicken

Assalamualaikum

cheezy butter chicken ni sedap. senang pulak tu nak masak.
sesuai untuk anak anak yang dah pass cheese ya. 

amani makan banyak menu ni. suka dia...

Cheezy Butter Chicken
RESEPI

tumis bawang putih+besar menggunakan unsalted butter. 
Masukkan ayam (yg digaulkan dgn kunyit), campurkan air. 
Tambah creamcheese dan cheese sagat sikit. 
Kalau baby dah besar, ayam boleh goreng garing dulu dan boleh tambah susu segar sikit untuk keenakan rasa

#nosalt&sugaradded

selamat mencuba

08 October 2015

finger food baby : Biskut Roti Bakar

assalamualaikum

biasanya kalau nak gi jalan..atau nak balik kampung, ayu akan buatkan simple snack ni untuk si comel ayu tu. sebagai kudap kudap dalam kereta atau kat memana lah.

sapu dengan unsalted butter atau apa-apa puree (mcm jem : kurma, strawberry) dan bakar sampai perang.



Sedap sapu unsalted butter, ummi pun layan sekali. hehehe

05 October 2015

Resepi Baby : Homemade Chicken Tempura

Assalamualaikum

Kalini nak share menu dhiya amani yang sedappp..hihi
boleh jadikan finger food. mesti anak anak suka.


HOMEMADE CHICKEN TEMPURA

Blend isi ayam bersama dengan kacang peas, 
gaulkan dengan sedikit tepung gandum unbleached (ayu guna atta) 
dan celup telur seterusnya goreng :)

sebab apa letak peas, supaya rasa nugget lemak lemak gitu. Korang boleh campurkan cheese (block bega, cream cheese utk yang dah pass cheese)

yang ummi daddy punya tak bubuh peas, tapi bubuh serbuk lada hitam, oregano sikit dan garam. fuhh..sedappp.. daddy amani suka betul.

kalau nak ffeeling nugget, lepas celup telur boleh lah celupkan dalam breadcrumbs.



04 October 2015

Homeschooling : Bermain Getah Rambut Warna Warni

Play & learn.

Amani sekarang dah nak dekat 9 bulan, banyak aktiviti play and learn yang boleh ummi buat bersamanya. A
ntaranya ialah bermain dengan getah rambutnya yang colourful tu. 

Boleh ajar masukkan benda dalam bekas. Tapi amani belajar tolong 'kemas' keluarkan dari bekas je buat masa ni. Hihi.. siap dia marah ummi kemas masukkan dalam bekas. Dia akan keluarkan semula.


selain itu, kalau baby dah besar sikit boleh buat aktiviti sorting colours guna colourful getah rambut ini.

*aktiviti dibawah pengawasan parents ye..sbb tetiba nnt jumpa amani mengunyah je kalau tak dijaga.. bahaya ooooo...


29 September 2015

Resepi Baby : Bubur Ayam Beserta Lobak & Brokoli



Sedap gila bubur ni. Sampai ummi amani pun layan. Satu suap kat anak, dua suap kat ummi. ayyooo..haha

kenapa sedap? Padahal tak buh garam pun. Rahsianya, ayu cuma tambahkan garlic yang diketuk dan juga tambahkan sedikit unsalted butter dan cream cheese. (cream cheese utk 8m ke atas ya)

Resepi :

Masak bubur seperti biasa, campurkan lobak yang dicincang halus dan juga isi ayam yang juga dicincang.
agak dah nak masak, campurkan pula bawang putih, unsalted butter dan juga cream cheese.
Masak sehingga bubur kembang dan lembut.

sedapppp.. hihi

28 September 2015

Resepi Baby : Bubur Ayam Lemak Manis


Ni antara bubur favorite amani.
banyak dia makan kalau buat bubur ni.
lemak manis kan.

Resepinya :

Masak bubur bersama labu, brokoli dan isi ayam. (boleh bubuh stok ayam utk lagii sedap)
lepas tu boleh blend atau terus makan. 
bergantung pada umur dan kesesuaian makan anak lah ya.

ayu x blend bubur. tapi isi ayam dah siap-siap ayu chop. 

Amani Dah Tumbuh Gigi

assalamualaikum

hehe.. cerita lama ni.
Amani dah tumbuh gigi pada 31/8/2015.
ngam ngam lepas sarapan, ummi cuci mulut dia terpegang sesuatu yang tajam.
haha..
menjerit kecil ummi memanggil daddynya untuk sesama menonton gigi anak yang mula menampakkan dirinya.

masa ni dah 2 weeks tumbuh.
dan sjk itu, amani dah tak nak sangat makan bubur blend halus. Cume perlu masak lelama sampai lembut atau chop aje. Besar dah baby ummi.