19 March 2015

Amani Reject Botol Susu

Assalamualaikum

Biasalah.. Ada anak cabaran macam macam kan? Yang ada, susu kurang nak bf anak, ayu Alhamdulillah. Susu ummi untuk amani mencukupi buat si anak..mudah mudahan cukup sampai amani 2 tahun. Stok pun da separuh freezer atas tu. Even pam sehari 1-2x je. Hihi. Tapi cabarannya bab nak feeding susu guna botol. 

Jom semak botol dan teat yang amani pernah guna sejak dari usia 2 minggu.

*rumble tuff - ayu mula dgn RT sbb ayu pakai pump RT. Dapat free kan.. Jadi bagi RT lah. Flow susu agak laju, kurang sesuai utk bf baby kan.lagipun teat dia keras.

*OKBB - okbb ayu beli wide neck sbb supercomel bentuknya. Pun flow agak laju even teat pun lembut gak. Amani tak mo.

*NUK teat kuning- masa guna NUK amani usia 20hari+. Mulanya ok. Elok menyusu habis 2.5oz. Beberapa kali elok je sampai cukup sebulan. Tetiba dah lepas 40 hari amani reject pula. Tolak guna lidah. Ayu try lg lepas 2month amani still say nooo ummii..

*Pegion teat kuning sz S. Pun... Reject.

*Tommee Tippee - pun reject. Comel kot botol. Tp puting cam keras sikit kot. Tu amani jerit jerit nangis. Makcik babysitter try feed guna TT pun amani reject.

*Pegion Peristaltic Plus - kalau tengok review memang berkesan. Dan harini ayu masih training guna Pegion ni. Teat lembut. Tapi amani masih reject. Dia gigit je. Xmo sedut. Hmmm...
Semalam hantar BS 5 jam. Test tengok macam ne amani..nak susu x dengan orang lain.. Pooonnnn.. Tak nak. Amani nangis gak even bukan ummi yg ajar...sabar jela kan..

Ummi training keras sikit harini ke amani. Nangis pun letak gak teat kt mulut. Tapi amani makin kuat nangis sampai ummi nangis sekali. Huuu.. Sedih tengok anak..

*MAM-Dan ayu memalam buta ajak hubby cari botol MAM since ramai yg suggest. Dah jumpa dan da 3 hari try bantu amani menyusu guna mam. Stiiilll.. She's dont like alll the bottles.  Amani suka nenen direct ajjeee... Kalau daddy dia training,dah boring baru nangis. Kalau ummi..baru nak start da meraunggg dia. Huuu... :(

Tepek sebiji muka budak tak suka botol ni. Hihi. Baju tu udah sempit. Ummi da simpan masuk peti besi dah.hihi

Mohon doa dari kalian. Seminggu je lg nak keje dah.

Ya Allah, aku mohon padaMu semoga mempermudah urusan kami. Semoga Dhiya Amani kami mahu menyusu melalui botol. 

Nota : hati ummi memang gembira amani suka DF dgn ummi. Tapi hati ummi sayu mengenangkan amani nnti haus kat uma BS tp xmau minum susu selama 6 jam nak tunggu ummi lunch kan awak . macamnaa ni sayangggg.... Huhu

entry terbaru : Amani Menyusu Guna Sudu

9 comments:

izzeyda said...

In shaa ALlah nanti Amani boleh terima.. kena cuba dan berdoa.. anak akak dulu pun macam tu jugak masa dia mula keja.. alhamdulillah slow2 anak dia boleh juga minum susu dari botol..

Anum said...

susah gak kan

nora razalli said...

susah skit nk tgl kje cmni
kne kje keras usaha bg dia mnum botol kn :)

ctfand said...

Moga usaha dipermudahkan...insyaAllah..

Permata Malap said...

Anak akak yg second mcm tu gak,ayu.dah try pigeon,try MAM,try NUK,tommee tippie.tapi semua tak jalan.last choice akak beli puting jenama JAPLO yang jenis orthondontic punya.bentuk putingnya lebih kurang macam NUK tu tapi kecik sikit.try la.ada anak kawan akak pun macam tu.at last pakai macam anak akak,barulah anak dia nak.

Unknown said...

Dhiya kenapa ni...?

Unknown said...

Dhiya kenapa ni...?

memmetlenggeng said...

Bersabarlah ye, nanti lama-lama ok tu

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, sabar banyak ye awak.. semoga Amani dapat jumpa botol susu yang serasi dengannya. Niatlah sambil pesan dekat amani.. ummi perlu kerja, nak sara hidup kita sekeluarga. mudah-mudahan, Allah permudahkan urusan ayu sekeluarga...