23 October 2012

fitnah dan mengumpat

Assalamualaikum
Bismillah
"Eh,Siti..ada ke si Zahra tu cakap apa-apa pasal tak puas hati kat aku" tanya Muna menyelidik.
"Setakat yang aku tahu, tak ada lah pula." Jawapan ini yang Siti pilih walaupun sebenarnya tersimpan seribu satu rahsia. Lemas Siti dengan soalan yang serba salah untuk di jawab.
Semoga aku mampu menjadi Siti yang menjaga tutur bicaranya dari menyakitkan hati, mengguriskan hati mahupun membuka aib@rahsia rakan taulan.
Kalau boleh, aku tak mahu mendengar langsung cerita perihal orang lain. Namun, kadang kala kita tak mampu. Jadi, yang mampu ialah, jangan sampai menjadi orang yang menjaja fitnah dan umpatan ke mana-mana.
Kadang kala, iman yang senipis kulit bawang ini tercalar juga. Hampir-hampir membuka mulut pada yang tidak sepatutnya. Maafkan aku sekiranya ada di mana-mana silap
Love, Ayu Zan
Published with Blogger-droid v2.0.6

22 October 2012

Lukisan Allah

Assalamualaikum
Bismillah

Masya allah.. Aku tak terduga diberi kesempatan oleh Allah untuk menatap keindahan ciptaan panorama pagi milik-Nya.

Usai subuh, tatkala membuka tingkap bilik. Sungguh indah lukisan Mu Ya Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

21 October 2012

ajaibnya cinta

Assalamualaikum

Bismillah.

Tajuk tu macam berat kan. Tu aku ambil sempena tajuk cerita cerekarama...

Dan.

Cinta tu memang ajaibkan.

Sekian.

Nota jari manis :
Kami mula buat keputusan besar dalam hidup.
Doakan lancar ya.

Wassalam

Love,
Ayu zan

Published with Blogger-droid v2.0.6

17 October 2012

Ladies First

Assalamualaikum.

Bismillah.

Ok kenapa aku letak picture aku yg tak seberapa tu?

Sebab..tadi, dengan penampilan begitu, aku telah ke bank untuk withdraw duit. Sedang aku menuju ke pintu masuk bank itu, seorang lelaki inggeris "orang putih" pun sama menuju dari arah bertentangan. Bila kami sama-sama tiba hampir dengan pintu, aku memperlahankan langkah memberi peluang pada lelaki itu. Dari berlanggar dan bertembung, baik aku mengalah ye tak?

Tiba-tiba lelaki orang putih membuka pintu dan dengan sopannya mempersilakan aku masuk dan siap menunduk hormat. Ohh.. Dengan serba salah aku masih tak lupa lah nak ucap "thank you". Hehe.

Rasa bangga bila dilayan begitu.hihi

Selalu kalau bukakan pintu Pak Guard je kot kat Malaysia ni.

SEBALIKNYA

Bulan lepas masa aku ke bank, aku pernah bertembung dengan lelaki Malaysia yang berpakaian korporat mcm kerja baik2 dengan selamba melanggar aku, kemudian tanpa menunggu aku masuk, dia melepaskan pintu itu. Akibatnya aku hampir jatuh menahan pintu yang agak berat tu. Maklumla...i kan comel je..

Kalau aku gadis seksi mungkin dia tak buat begitu kot.

NO ATTITUDE kan? So rude!!

Nota jari manis :

Aku pilih tajuk LADIES FIRST bukanlah mintak selalu dibukakan pintu macam mamat putih tu buat. Tapi cukuplah dengan menghormati antara satu sama lain..tak kira siapa pun dia...

Love,

Ayu zan

Published with Blogger-droid v2.0.6

16 October 2012

menu : ayam goreng kunyit

Bismillah.
Assalamualaikum
Seperti biasa rutin aku setiap pagi usai solat subuh ialah menari di dapur. Hehe. So, tiap2 hari memikir lunch menu untuk adik ku membawa bekal ke tempat kerja.
Harini aku memilih menu ringkas : ayam goreng kunyit.

Bahan A:

Minyak masak
3 keping Dada ayam dipotong dadu kecil-kecil
Serbuk kunyit adabi
Garam


Cara-cara: 
Campurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit kemudian di goreng dengan api sederhana. Jgn garing sangat.

Bahan B:

1 biji Bawang besar dipotong bulat2 dan ceraikan dia
2 biji Bawang putih dihiris halus
Halia dihiris halus
Kacang panjang 2 urat
2 biji cili merah di hiris 
Tomato 1 biji
Garam
Sos tiram
Air asam jawa
Serai


Cara-caranya :
Gunakan sedikit minyak menggoreng ayam untuk menumis bawang, halia dan serai. Masukkan sedikit sos tiram. Masukkan kacang panjang dan cili, goreng sehingga agak layu. Kemudian masukkan ayam,tomato dan air asam jawa. Perasakan dan siap!

Boleh bawa bekal dah.


Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

Love, 
Ayu zan

Published with Blogger-droid v2.0.6

15 October 2012

alunan indah

Assalamualaikum.

Bismillah..


Cerita ni kisah pagi semalam.
Sedang aku mahu menapak menaiki tangga ke tingkat 3 rumahku, aku mendengar suara seorang ibu sedang mengalun Zikrullah ketika menidurkan bayinya di dalam buaian.


Langkahku mati.
Aku berdiri sambil mendengar baik-baik alunan merdu itu.

Si ibu sedang mengalun zikir I'tiraf.

Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu
Ampunkan dosa ku terima lah taubat
Sesungguhnya engkau lah pengampun dosa dosa besar.


Tenang hati aku mendengarnya. 
Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.


Nota jari manis :
Rindu Zaman sekolah menengah ketika duduk di surau raudhatul firdaus beramai2 membasahkan lidah dengan mengingati Allah.


Love,
Ayu zan

Published with Blogger-droid v2.0.6

14 October 2012

Anda Bila Lagi?

Assalamualaikum.

Harini tergerak hati nak menulis soal perkahwinan.
satu topik yang aku rasa agak berat untuk dibincangkan.
terutamanya bagi aku yang bergelar gadis belum berkahwin. =)

kebelakangan ini, seorang demi seorang sahabat ukhti ku melangkah ke fasa baru dalam hidup mereka.
ada yang baru mula dirisik.
ada yang membuat keputusan bertunang. (paling ramai tahun ni)
ada yang telah dan tidak lama lagi melangkah membina masjid rumahtangga.
dan..
yang tak terhingga gembiranya bila sahabat ukhti ku bergelar "Mama"

ni gambar aku dengan si manis Nur Alamul Huda
ibunya Zinnirah sahabat aku.


dan tidak kurang ramai yang bertanya bila pula giliran aku?
hehehe.

kalau boleh mahu senyum je sebagai jawapan.
hehehe

jujur aku katakan, siapa yang tak mahu berumahtangga lalu bahagia bersama pasangan tercinta. Aku juga tidak terkecuali.

Aku semakin takut memasang impian terlalu tinggi, lalu aku mengambil langkah mempersiapkan diri sebanyak mungkin dari segala sudut.

Terutamanya ilmu agama untuk menjadi isteri dan ibu yang baik, ilmu pengetahuan dan tidak kurang mengasah skill memasak untuk membuncitkan perut suami. ikikikiki..

Selain itu, sedaya mungkin aku belajar mengawal emosi amarahku yang kadang kala dilampias dengan sewenang-wenangnya. Bukankah jatuh hukum berdosa jika gagal mengawal amarah di hadapan si suami nanti?

Okeylah,setakat ini dulu bicara tentang perkahwinan pada petang yang mulia ini.

Semoga usaha mempersiapkan diri dengan baik ini akan membuatkan aku mampu senyum redha kala ditimpa musibah, dan menangis muhasabah tatkala hati merasa bahagia nanti. Sesungguhnya, alam perkahwinan itu memang suatu alam indah tetapi tidak lupa juga terdapat pohon-pohon tumpang dan binatang-binatang liar sebagai gangguan.

Sekian.

Love,
Ayu Zan