UPDATE 17/7/13 - visit her page https://www.facebook.com/FiqahBakeryNota Jari Manis :Sekarang musim kan kek kawin ada cupcake kat bawah.bagus kan macam tu. mudahkan orang nak makan.
Love,
Ayu Zan
UPDATE 17/7/13 - visit her page https://www.facebook.com/FiqahBakeryNota Jari Manis :Sekarang musim kan kek kawin ada cupcake kat bawah.bagus kan macam tu. mudahkan orang nak makan.
![]() |
| yang tudung senget tu saya la tuh. hihihihi. :) |
Kerja sebagai kuli terkadang lebih mulia. Kerana.. Jarang-jarang seorang kuli itu bekerja kurang dari upahnya. Dan selalunya lebih...
Contohnya menjadi buruh kasar. Memang berat beban ditanggung. Walaupun upahnya belum tentu setimpal. Namun, jasa,budi dan tenaga yg dikerah utk membina sebuah rumah, masjid mahupun sekolah itu ibarat segunung pahala yg dijanjikan Allah pada hambanya.
Malah hasil yang diperolehi itu penuh dengan barakah. Penuh dengan kemanisan kesungguhan. Kerana itu seringkali anak yang lahir dari ibu bapa yang digelar kuli ini selalunya jauh lebih hebat peribadinya. Kerana apa? Kerana rezki yg dicari sibapa mahupun si ibu.Kerana upah setimpal yang penuh barakah jauh dari syubhah.
=)
Lalu, semua kekuatan yang terkumpul didada ini membuatkan aku tidak malu mengaku siapa aku, apa pekerjaan ku, apa bidang tugasku. Sungguh bukan jawatan idaman. Tatkala menyandangnya.. Terdetik di hati.. "semoga dengan pekerjaan ku ini, menambahkan keredhaan Allah padaku. Menambahkan kasih sayang Allah kepadaku"
Assalamualaikum.
Sedar x sedar...dah 3 bulan saya duduk menetap di rumahku syurgaku.
Apa yang terbaru?
-Tv kecil 14 inch
-Peti sejuk jenama sharp bersaiz kecil
(tapi.bukan yg kecil gila tu)
-Cerek bunyi hadiah dari mak. (saya x guna lagi cerek letrik.jimat karen)
Dan
Yang paling best.
Rasanya saya mcm dah makin lincah di dapur. Hihi..dah jadi macam hobi
Love,
Ayu
Assalamualaikum.
Tajuk gempak kan.haha.
Begini kisahnya. Sy bukanlah kategori muslimah hebat yang bertudung labuh dan berniqab tu.
Saya sekadar memenuhi syariat pemakaian wanita muslimah dengan melabuhkan tudung agar menutup yang sepatutnya.
Dan
Tatkala melakukan kebaikan pelbagai suara tak enak menerjah cuping telinga.Ada yang kata
"ko ni ayu, da nak jadi ustazah ke ape" kata si lelaki.
"tudung macam ko ni, ustazah je pakai"
Mulut tersenyum.
Dalam hati berkata.
"ustazah je ke yang kena tutup aurat?"
Begitulah manusia.tak senang melihat kebaikan. Kadangkala menggugah keyakinan sy untuk melaksanakan tuntutan apabila banyak mulut mengata.
Terima kasih buat yang menyokong.
Meneguhkan kembali matlamat utama saya menitik beratkan isu aurat dalam diri.
Pandangan Allah yang diutamakan.
Masya Allah.