07 October 2014

Pregnancy : Shopping Barang Baby

Assalamualaikum.

Kurang seminggu lagi nak masuk 7 bulan. Dah boleh cerita kot mengenai shopping barang baby.hehe

Ayu start serius shopping masa usia kandungan 6 bulan+. Rasanya ok kot dah 6 bulan lebih shopping barang baby.

Mula-mula ayu dan suami beli 2 pasang baju pureen kat mydin, sepasang J baby dan sepasang tollyjoy kat jusco beserta mitten booties yang sedondon. Pastu, tak beli ape-apa dah.. Jalan survey harga je. Sebab memang nekad nak tunggu baby expo kat persada haritu. So, ape lagi..rasanya hampir 60% barang ayu beli kat baby expo tu. Sekali jalan beli apa yang boleh. Sebab memang dah ada budget untuk tu. Hehe.

Antara kedai yang ayu beli barang paling banyak ialah Pureen, Tollyjoy dan Fiffy. So, baby comel nanti baju baju, towel, blanket, tilam, kelambu, grooming set, face towel, nasal aspirator, mitten booties, lampin dll semua dari 3 brand ni lah kebanyakannya. Hehe.. Ayu tak belo stroller,carseat dan carrier dulu. Sbb mmg plan nak beli lepas da habis pantang.



Total baju buat masa ni ada lah dalam 16 pasang kot. Ayu beli baju newborn (yg kat tag ada tulis New Born) ada lah dalam 7 pasang campur lengan panjang dan pendek. Selebihnya size S, 0-3mth dan paling besar pun M, 3-6 bulan. Tu pun xbanyak yang besar. Sebab mak ayu kata, kalau ikut pattern mak, baby tak besar sgt. Nanti kesian la anak ummi yg comel nak kena pakai bju besar gedabak. Masa scan 3D pun doc kat klinik tu advise ayu untuk tak beli baju besar besar. Sbb dia jangka baby ayu tak besar sgt, sebab ummi baby ni pun comel je katanya..yela,dulu ayu lahir 2.6kg je. Tapi kalau ikut daddy ni, lahir dulu 3.6kg woo.. So, kita tak leh agak lah kan.

Biasa u olls yang dah ada pengalaman ni, berapa pasang baju u olls prepare ya?

Ayu masih blurr.. Even dah banyak kali study checklist kat google ni. Hehe..



Pregnancy : Dah tak selesa berbaju kurung

Assalamualaikum

Salam aidiladha dari ayu.
Entry ini kisah pagi raya.

Tahun ni, ayu raya haji kat rumah mak ayu. Sebab raya puasa haritu kat rumah MiL kan..

Alkisahnya, lepas suami gi solat raya, ayu kat rumah pun siap-siap la dengan berbaju kurung.

Tapi, kesian.. Baju kurung boleh sarung lagi, tapi kain... Alamak... Memang serius tak leh zip mahupun kancing. Kena sangkut pakak tali or getah gamaknya.

Hehehe

Try juga zip separuh. Dan masa duduk... Praakkk!!! Zip kain tu merekah. Haha.. Adik perempuan ayu bantai gelakkan kakak dia xhabis-habis.

Mak cakap, dahlah.. Jangan seksa diri.. Kain pun jadi singkat macam masuk kebun dah tu.

Dah 27 weeks, kurang seminggu nak 7 bulan, dah sesuai kot pakai uniform mengandung. Tapi ayu rasa sayang gak tak leh pakai baju kurung sbb raya dan baju kurung terlalu sinonim dgn ayu. Sbb baju nya masih boleh sarung dan tak fit pun. Cume tang kain, tak lepasss..

Rasanya kena pakai baju kurung dgn kain batik kot. Kikikikiki..mcm zaman dedulu.

5 CPUV on going


Assalamualaikum

lama dah bz sangat nak online.
harini entry ringkas.. ayu share 5 cpuv yang tengah on going ya. cpuv pertama yang HP PC tu dah review.. 4 lagi tu terdiri daripada   RWG - Ice Age Adventure , Proton PCC, Sime Darby LPGA 2014 & SUNSILK Silhouette.

Ayu ucapkan thank you so muchhh pada mr nuffnang & para advertiser kerana memilih blog ayu untuk iklan iklan cpuv ni. :)

29 September 2014

Free Sample - Frisomum

Assalamualaikum

sample seterusnya yang ayu request melalui online ialah Frisomum. Susu ni untuk ibu mengandung.
dah sampai dah. dapat 3 pack.
belum try lagi.. malam ni baru nak try bancuh 1..harapnya sedap. hiii :)

kalau korang nak request juga boleh ke web friso gold.. http://www.friso.com.my/goldclub/register_step1

isi form je. mudah kan?

28 September 2014

Bahaya Keracunan Makanan Ketika Hamil

Assalamualaikum

Semalam suami ajak makan seafood. Biasalah, favorite kitorang siakap 3 rasa, kerang sambal dan sotong goreng tepung. Makan kira-kira jam 8.30 malam.

Dah kenyang tu, balik rumah ayu ok je.. Bizi dengan encik google sebab google macam-macam mengenai barang baby. Hehe

Pastu lewat gak tidur. Dalam kul 12 ayu nak lelap, suami buatkan susu, ayu minum pastu muntah dengan segala isi nasi seafood yang ayu makan 3-4 jam sudah tadi. Sampai termasuk sisa muntah ke hidung. Allah.. Terasa macam tengah morning sickness mcm haritu. Pastu minum air kosong, muntah lagi segala isi perut. Sampai kosong dan xde kudrat. Nak gi klinik macam lewat sgt dah.

Bangun pagi, ayu lemah betul. Try breakfast..selera ok jer. Tapi.. Lepas 1/2 jam. Muntah. Memulas.. Jadi, nekad laki bawa bini gi poliklinik penawar .. Kat klinik pun muntah lagi woo..

Doc cakap.. "Nak saya refer hospital mana? HSi? HSA?"

Ha??? Sepital? Oh.. Kami memang tak terfikir sampai nak kena gi hospital. Doc cakap maybe keracunan. Even makan benda yang sama dengan suami, orang hamil memang sangat sensitif dengan 'salah makan' ni. Very sensitive! Ya.. Ntah ada kuman apa kat seafood tu tak tau la kan. Atau tahap kebersihan pengendalian makanan pun kita tak pasti kan.

Minta saranan doc utk tidak terus buat surat refer hopital tu. Minta rehat di rumah dulu makan ubat angin dan garam garam tu. Tapi doc cakap, kalau petang tak elok, wajib ke hospital. Masuk air dan dapatkan rawatan. Bahaya untuk baby.

Hopefully anak ummi tak apa-apa. Huhu..

Nota: harini ayu mc. Rest. Hopefully tak muntah lagi. Tak molah kena masuk air pulak. Huaaa.. :(

27 September 2014

Free Gift & Sample - Mom & Baby Expo di Persada, Johor Bahru

Assalamualaikum

harini ayu berkesempatan shopping barang baby di Mom & Baby Expo , Persada Johor Bahru.
Macam yang dijangka lah, super duper ramai orang. Bersempit-sempit lah nak beli belah even datang jam 10 pagi.

Entry permulaan ni ayu share apa free gift & sample yang ayu dapat ya.

Eh eh. sejak sejak nak dapat baby ni suka betul dengan benda free.,..hahha


gift semasa pendaftaran

Masa pendaftaran ayu dan suami dua-dua beratur. Gigih suh suami isi sekali, maka dapat lah 2 beg goodies ni. hehehe. dalam dia isi mug, sample laurier overnight x 2 pcs, fiffy baby wipes, susu enfagrow perisa vanilla 3 kotak. Dapat 2 set. Berbaloi weh beratur panjang. kikikiki


Seterusnya :

Pureen 

Ayu shopping paling banyak kat pureen kot. 2x buat bayaran sebab ada aje benda lupa. hihi. so, belian yang memula tu melebihi 100 kot, dapatlah set kit kecil mandian baby, baby wipes antibacteria & bottle cleanser. Second round dah mula sikit dah beli, so dapat lah juga baby wipes dan bottle cleanser lagi. 

Tollyjoy
Tollyjoy ayu beli tak banyak mana. tapi dapat gak bottle cleanser kecil, face towel dan mandian baby top to toe kecil dan juga dapat disposable breastpad.. hihi. suka betulll...

Fiffy
Haa.. fiffy ni banyak beli ok. tapi dapat 1 je. bottle cleanser je. tapi besar sikit. sesuai la bawa g travel. 

Drypers
Actually tak lah murah bila dok survey balik. Tapi kami beli gak sikit sebab dah ternampak ramai sangat orang beli diapers kan. hehe. dapat lah baby swaddle. ye kot bedung. jenis zip zip tu. untung gak.

Diapers Goo.N & Merries
Ada baca mengenai diapers goon & merries ni. katanya bagus. biasanya produk jepon memang bagus kan. So, ayu request newborn punya sample lah. Goon dapat 2 pcs dalam pack tu. Merries dapat 3 pcs/pack.


Itu jela kot. 

yela, dah belinya kat brand tu je. So, dapat free gift pun tu jela. hihihihi..pun seronok amat dah.

nanti free-free ayu citer ayu beli apa ye. Ala.. baru start beli barang baby, so, baru yang basic basic je. hehehe..

23 September 2014

Pregnancy : pengalaman Minum Air Gula - MGTT

Assalamualaikum

22/9/2014 ayu kena minum air gula. Puncanya sebab berat naik. Tak banyk pun, terlebih 400gm dalam 2 weeks je. Tapi dah masuk syarat kan. Kena gak laluinya.

Malam sebelum minum tu kena berpuasa start dari pukul 10 malam. Ayu rasa macam dah terpuasa lebih awal sebab tak selera nak makan berat pun since petangnya. Hnya ambil yang ringan je.



Paginya.. Ayu dapat no.11 untuk minum air gula tu. Alhamdulillah, suami ambil cuti untuk temankan ayu. Semangat sikit isteri ni.hehe. masuk je bilik no.2, ayu di ambil darah untuk ujian semasa berpuasa dan sebelum minum air gula.

Ayu set otak.. Macam minum air teh tarik psl ayu kan suka teh tarik. Kikikiki..

Ok la kot pada ayu. Boleh lalu tekak ni. Baca bismillah dan teguk air tu dalam 3x. Kali ke 3 tu je ada payah sikit nak menelan. Tapi ok, xrasa nak muntah pun. Sebab dah set otak air tu manis gila, Ayu pun senyum jelah pas minum dan ajak suami balik rehat kat rumah. Nurse pesan, jam 10 datang semula.

Ayu balik rumah, cadang nak tidur. Sejam selepas minum air gula dalam kul 9 lbh tu, Baru nak lelap lelap sikit, terasa macam nak muntah.. Allahu.. Tahan sikit ayu. Masa ni dok psiko diri agar tak muntah. Tak mahulah kena minum lagi sekali.

Tahan tahan tahan. Dalam kul 10 kami dah ada di klinik. Masa orang dok sesak sesak ni lagi lah meloyakan ayu. Lagi nak muntah. Tahan lagi.. Sampai nak nangis tahan. Hahaha

Masuk je bilik pas ambil darah lega terus. Tak pulak nak muntah. Hehhe.terus ajak suami gi makan spageti kat pizza hut. Hihi.

Makan satu dua suap.. Aduhai. Xleh tahan dah. Lari lari anak gi toilet dalam jusco permas tu, dannnn... Uweeeekkkkkk!!!! Tak menyempat haa.. Habis penuh satu jamban tu dengan muntah ayu. Muntah pun kaler kuning. Gastrik menyerang rupenya..

Tulah..sape suruh malam sebelum puasa tu tak makan. Padan muka. Huhu..

Korang kalau kena minum air gula, jangan lah jadi ayu. Sebelum puasa tu tak makan nasi. Pastu susu pun tak minum. Hanya sebab dok riso esoknya gula tinggi. Hahaha. Akibatnya seharian sampai ke malam ayu tak sedap perut dan angin naik sampi kepala. Jadi 2 penyakit dah. gastrik dan sakit kepala. Huhu...

Nota : keputusan dia kalau tak ok,misi akan call. Kalau ok, next app bulan depan kot baru dpt tengok.