06 May 2015

Kenduri Akikah Dhiya Amani

Assalamualaikum

3/5/2015 yang lepas kat kampung ayu adakan majlis kenduri kesyukuran dan akikah Dhiya Amani Bt Mohammad Hafrizam.

Alhamdulillah. Simple je majlis. Yang penting matlamat akikah itu tercapai.

Semoleknya akikah, beri nama dan bercukur dilaksanakan dalam satu hari (afdal hari ke 7) tapi awal kelahiran dapat kami laksanakan bercukur dan beri nama je. Ibadah akikah kami tangguhkan. Tidak dapat dilaksanakan pada hari ke 7, tapi alhamdulillah dapat juga di laksanakan bila amani dah nak masuk usia 4 bulan. Tak pe..selagi belum aqil baligh masih sesuai. Islam tidak memberatkan. Malah akikah bukanlah wajib. Namun ibadah ini dituntut selagi mampu...iaitu hukumnya Sunnah muakkad(imam shafie) dan semestinya pelaksanaannya dapat menghidupkan sunnah rasulullah..

Mudah mudahan Dhiya Amani membesar dengan sihat, cerdik, pemurah dan menghidupkan sunnah rasulullah..jadi anak solehah ye sayang. Taat pd Allah dan rasul, taat pd orang tuamu, berbakti pada agama dan masyarakat hendaknya...

Aaminn...

Ummi daddy sayang awak.

Amani di hari akikahnya. Usia 118 hari masa ni.

27 April 2015

109 days : Dhiya Amani Meniarap

assalamualaikum

Sebelum ni amani meniarap dah. Tp separuh je. Tangan masih tersepit.

Alhamdulillah...Haritu weekend kat kampung, amani dpt skill baru sendiri. Tetiba flip sendiri.hihu.. Tangan pun tahu nak alih dan leher kuat dah. Dah boleh angkat kepala.

Chayyookk anak ummi... Semoga membesar dengan sihat.


Seronok tengok perkembangan anak. :)

19 April 2015

Gadget Amani : DIY Teething/Drool/Sucking Pad for Boba

Assalamualaikum

sambungan dari entry ssc boba amani.
Masa test boba kat Fabolous Mom haritu, amani terus ngap tepi boba tu. uwaa.. memang sedap sangat ke boba tu sampai belum beli dah kena ngap da. hihi

jadinya, balik rumah, ummi terus DIY teething pad yang simple. sebab nak pakai cepat so tak yah leceh leceh.buat simple simple. dan basuh. Ini semua untuk memastikan amani dok hisap benda bersih. yela. teething pad ni bole bukak basuh. dan bole juga buat beberapa pasang. Agak kotor, bole tukar.

ni ler express teething pad untuk amani
rujuk blog omputeh mereka guna kain 100% cotton untuk luar dan kain tuala untuk belah dalam (supaya serap). Sangat jimat okeh. Sebab kat fabolous mom dah cecah RM50(guna material berbeza). kite tolong jimatkan duit daddy amani. untung dah daddy nak belanja boba.hehe

Ni first try..insya allah untuk next pair ayu add reben untuk gantung soft toy. dan kalau ada kesempatan ayu buat simple tutorial ya.

bole rujuk blog ni untuk rujukan


taraaa...

Gadget Amani : SSC Boba 4G Tweet

assalamualaikum

Alhamdulillah, amani dah ada SSC (Soft Structured Carrier). sebelum ni amani ber'ringsling, sekarang daddy dah upgrade ke SSC supaya daddy pun boleh babywearing amani.

Kenapa SSC? Kenapa nak buang duit mahal mahal beli SSC? Beli carrier biasa sudahlah. bape bape puluh hengget.

tu soalan standart.

jawapan ayu ialah.. demi keselamatan, keselesaan anak ayu pilih SSC. kesian tulang pinggul anak dipaksa dan ditekan sebab kaki anak terpaksa diluruskan ke bawah. Berisiko kepada tulang bayi yang masih sangat lembut tu. Alhamdulillah sejak mengandung ayu dah pun kaji study mengenai carrier yang ergonomik ni. Kalau tidak, mungkin ayu akan pilih yang murah jugak.


oh ye.. SSC juga tidak menyakitkan si pemakai kerana sokongan bukan sahaja di bahu malah di pinggang juga. oh i lovveee babywearing so muchh..

amani tu senyum bukan main lagi. ummi tengah adjust setting encik boba tu..lum siap pun
Ayu dah study, dan sebarkan ilmu tu kat encik suami, tu yang encik suami approved nak beli RS dulu dan ada rezki lebih, encik suami upgrade ke SSC. dan pilihan hati beliau ialah encik BOBA 4G Tweet. ehehehe.. padahal last 2 weeks kami ke expo kat Angsana Johor Bahru laki den dok test drive ERGO dan memang mengidam ergo terus. Tapi entah ya. Bila dah sampai Fabolous Mom johor, test BOBA lebih ngam ngam dan selesa untuk kami. Amani pun sama. Masuk ergo nangis. Masuk boba elok pulak tak nangis. hoho...

Secara peribadi SSC ni mahal la jugak untuk kami yang sederhana je ni. Tapi dok fikir balik, henpon kemain mahal bole beli, tak kan gadget amani yang separuh harga dari henpon kami tak leh beli. Lagipun stroller, carseat, rocker semua dapat hadiah sponsor dari sedara dan kawan kalini SSC daddy beli untuk amani. hehehe

Amani pun tak berapa nak dok lama dalam stroller dah. nangis mintak dukung.. sudahnya nanti ummi kena dukung amani sambil tolak stroller sebab daddy tentu dah kena tolak trolley masa berbelanja. huuu...

oklah sampai sini dulu entry kali ni. Nanti kite citer lagi ye kenapa pilih boba. :)


17 April 2015

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015

Assalamualaikum
join GA ni tanda support favorite blogger buat GA. hehehe
klik untuk join
Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry

TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015

16 April 2015

Amani dan berat badannya

Assalamualaikum

Entry ni saje nak sharing berat amani dlm tempoh 3 bulan pertama ni. Ramai kata amani bambam. Actually tidak lah berat mana. Agaknya kembang kot si amani ni. Kikiki.sebab misi klinik atau mak mak yang anak sebaya amani pun kata amani bam bam. Padahal anak dia (boy) lebih berat. Mungkin boy berat tulang kot.


  • Lahir 2.78kg
  • 10 hari - 3.0kg
  • 18 hari - 3.5kg
  • (Sebulan) 34 hari - 4.5kg
  • (2 bulan) 62 hari - 5.1kg
  • (3 bulan) 97 hari - 5.6kg

Ok je sebenarnya berat si kecik ni. 1-2bulan naik 600gm. 2-3bulan naik 500gm. Awal awal je naik banyak pasal masa dalam pantang amani memang kuat menyusu... Ni ayu dah kerja.. Amani nyusu pun pagi sebelum gi umah BS, lunch kat umah BS dan pukul 4 ummi balik kerja.

Tak kisah bab berat. Asalkan dhiya amani sihat itu dah besar nikmat untuk ayu sebagai ibunya. Alhamdulillah.

A photo posted by Ayu Zan (fb : Tasbih Murah) (@ayuzan) on

14 April 2015

Amani dan Daddy di hari ahad

Assalamualaikum

Hehe. Ketemu lagi dengan entry ragam si kecil dhiya amani.

Ni kisah ahad hari ahad.

Macam biasa, setiap ahad amani di asuh oleh daddy dia. Bukan kata pengasuh taknak jaga. Tapi alhamdulillah memang suami ayu yang nak jaga anak hari ahad. Sejak amani dalam kandungan suami ayu dah decide begitu tanpa paksaan dari sesiapa pun. Ayu pun ikut setuju memandangkan suami ayu jenis prihatin dan dah biasa bantu ayu sepanjang menjaga amani. Lagipun, bagusla kan bila ibubapa ada lebih banyak masa dengan anak kan?

Amani dok dengan pengasuh isnin-rabu pukul 7am-4pm. Hari khamis 7am-2.30pm. Jumaat sabtu ayu cuti dan sabtu ahad suami cuti. Ni hikmah paling besar bila cuti tak sama.


Ahad 2 minggu lepas (5/4)ayu masuk keje sesi petang. Start 9.30am-6.30am gantikan kawan yang cuti. Amani dok dengan ber"Ahad" dengan daddy untuk kali ke-2. Fuhh.. Semput daddy dia. Kikikiiki.. Sbb ayu balik lunch time my dear husband tu sampai tak sempat makan minum. Apetah lagi masak kan.. Dedulu masa lum ada anak bole lah nak bersilat kat dapur masak hari ahad. Sekarang dah jadi daddy dok bersilat jaga anak.

Dengan daddy amani jadi manja. Selalu dengan pengasuh nyusu guna sudu nak je. Ni dia taknak. Pastu ngamuk nangis nangis. Mandi pun nangis. Pendek kata meragam jelah sepanjang nak tunggu ayu balik lunch. Daddy dia kena dukung je sampailah amani tertidur dalam kelaparan dan kehausan. Hehe..

Pukul 1 ayu balik kejut nak bagi susu...sambung nangis lagi mendayu dayu sangat. Sampai sedih ummi.. Mengadu la tu.hehe.. Dan episod petang lagi parah. Kul 2 ptg sampai 6.30 ptg tu lama ok.. Amani bangun kul 3.30ptg macam rutin kat umah pengasuh. Kul 4 amani nangis nangis nangis. Mungkin sebab selalu kul 4 ummi dah balik tapi tidak dihari kejadian.hihi

Husband send gambar ni masa nak bawak amani jumpa ayu

Dan akhirnya amani dibawa ke parking kereta sekolah tempat keje ayu untuk disusukan. Dah kenyang, suami bawak gi jalan sementara tunggu ayu balik. Fobia ler tu nak dok rumah takut anak melalak.kikiki.. Sebab kalau jalan, amani bagi kerjasama sepenuhnya. Suka dia..hehe

Gitulah kisah gelagat anak dan bapak dihari ahad.