14 April 2015

Amani dan Daddy di hari ahad

Assalamualaikum

Hehe. Ketemu lagi dengan entry ragam si kecil dhiya amani.

Ni kisah ahad hari ahad.

Macam biasa, setiap ahad amani di asuh oleh daddy dia. Bukan kata pengasuh taknak jaga. Tapi alhamdulillah memang suami ayu yang nak jaga anak hari ahad. Sejak amani dalam kandungan suami ayu dah decide begitu tanpa paksaan dari sesiapa pun. Ayu pun ikut setuju memandangkan suami ayu jenis prihatin dan dah biasa bantu ayu sepanjang menjaga amani. Lagipun, bagusla kan bila ibubapa ada lebih banyak masa dengan anak kan?

Amani dok dengan pengasuh isnin-rabu pukul 7am-4pm. Hari khamis 7am-2.30pm. Jumaat sabtu ayu cuti dan sabtu ahad suami cuti. Ni hikmah paling besar bila cuti tak sama.


Ahad 2 minggu lepas (5/4)ayu masuk keje sesi petang. Start 9.30am-6.30am gantikan kawan yang cuti. Amani dok dengan ber"Ahad" dengan daddy untuk kali ke-2. Fuhh.. Semput daddy dia. Kikikiiki.. Sbb ayu balik lunch time my dear husband tu sampai tak sempat makan minum. Apetah lagi masak kan.. Dedulu masa lum ada anak bole lah nak bersilat kat dapur masak hari ahad. Sekarang dah jadi daddy dok bersilat jaga anak.

Dengan daddy amani jadi manja. Selalu dengan pengasuh nyusu guna sudu nak je. Ni dia taknak. Pastu ngamuk nangis nangis. Mandi pun nangis. Pendek kata meragam jelah sepanjang nak tunggu ayu balik lunch. Daddy dia kena dukung je sampailah amani tertidur dalam kelaparan dan kehausan. Hehe..

Pukul 1 ayu balik kejut nak bagi susu...sambung nangis lagi mendayu dayu sangat. Sampai sedih ummi.. Mengadu la tu.hehe.. Dan episod petang lagi parah. Kul 2 ptg sampai 6.30 ptg tu lama ok.. Amani bangun kul 3.30ptg macam rutin kat umah pengasuh. Kul 4 amani nangis nangis nangis. Mungkin sebab selalu kul 4 ummi dah balik tapi tidak dihari kejadian.hihi

Husband send gambar ni masa nak bawak amani jumpa ayu

Dan akhirnya amani dibawa ke parking kereta sekolah tempat keje ayu untuk disusukan. Dah kenyang, suami bawak gi jalan sementara tunggu ayu balik. Fobia ler tu nak dok rumah takut anak melalak.kikiki.. Sebab kalau jalan, amani bagi kerjasama sepenuhnya. Suka dia..hehe

Gitulah kisah gelagat anak dan bapak dihari ahad.

2 comments:

Mar Mansor said...

amani bosan duduk umah tu

Permata Malap said...

ahahaha..saja je amani ni nak manja-manja dengan daddy dia.