Nuffnang

02 April 2015

Amani menyusu guna sudu

assalamualaikum

setelah 2 bulan ajar si kecik tu nyusu botol amani still reject.
jom tengok senarai terbaru teat dan botol susu beliau.

  1. teat dan rumble tuff
  2. teat dan botol OKBB
  3. teat dan botol NUK orthodontic
  4. teat pegion kuning
  5. teat dan botol tommee tippee
  6. teat dan botol pigeon peristaltic plus
  7. teat dan botol avent
  8. teat dan botol MAM
  9. teat dan botol anakku
  10. teat pegion silicon
  11. teat anakku (jenis short neck sikit)
tu lah senarai buat masa ni.

ayu dah mula kerja dah 5 hari dah.
ahad amani dok dengan daddy dia, isnin-khamis dengan baby sitter. dan akhirnya amani menyusu pakai sudu. ataupun titiskan dalam mulut dia. itu je dia mahu. kalau disuakan botol...confirm buat aksi mau muntah dan ngamuk. so, better sudukan jugak., even cuma beberapa suap, dia tak nangis,,sebab dah ubat haus dia.

syukurlah.. setiap ujian tu Allah turunkan bersesuaian dengan keadaan setiap hambanya. anak ayu ni jenis tak banyak ragamnya, tapi ragam taknak botollah paling payah sekali nak handle. tapi aturan Allah tu lancar. Tempat kerja ayu dekat, jadi pukul 1 ayu boleh direct feeding (DF) amani. dan pukul 4 amik amani terus DF lagi. Mengikut kata pengasuh, amani tak nangis kuat pun, cume bangun tidur dia haus dia merengek lah. Dah sudukan susu dia ok dan boleh ketawa ketawa dan main-main. 

berkali kali juga ayu tanya pengasuh adakah anak ayu ni susah untuk dijaga. Tapi syukur makcik tu cakap amani baik.. cume tak nak botol. tapi amani senang tidur. hihihi bab tidur tu macam ummi daddy la tu. letak pale trus lelap.hihi..

tapi balik rumah balas dendam lah jap jap nak bf..siap buat aksi nak nyusu nyonyot bibir sendiri tak pun masuk sebuku tangan masuk mulut dan sedut kuat kuat nak bgtau ummi dia nak nyusu, hihi

tak pe lah nak,, ummi akan terus gigih lunchkan awak tiap hari yang penting awak dpt susu dan tak nangis. :) sayang ummi sangat sampai taknak botol susu even dah 2 bulan ummi training.. redhoooo...

love u dhiya amani.. semoga terus jadi budak baik ye sayang...

2 hari sebelum ummi mula kerja

5 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, hehe comelnya amani. pandai ye nak ummi balik kasi lunch direct. hehehee. semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah ya Dhiya Amani :)

ctfand said...

Oo..patut taknak botol..dia tau mama dia keje dekat je.. hihi..
Take care ayu.. betul tu, stp perkara ada timbal baliknya, ada hikmahnya.. :)

IbuNoey said...

ayu,ari ni akak ada buat entri pasal baby reject botol susu tau.boleh terjah nanti tau.

Mar Mansor said...

payah juga ye baby pandai memilih puting susu..ujian betul

azizah green line said...

tak tahu pula ayu pregnantn bsalin dah..kalau susah guna sudu,,guna syringe yg bg ubat tu..mgkin boleh membantu sebab banyak leh suap dalam mulut. kalau sudu lambat..sian pengasuh