31 October 2012

Indahnya sebuah kemaafan

Assalamualaikum.

Bismillah.

tajuk entry hari ini Indahnya Sebuah Kemaafan.

pernah tak kalian terasa hati atau marah pada seseorang lantas menyimpan berbuku dendam padanya?
saya jamin, sekiranya anda manusia biasa seperti saya, pastinya kalian pernah merasai marah dan benci dalam hati kalian.Ia fitrah manusia. Namun, sekiranya ada, haruslah kita lempar jauh-jauh rasa benci dan berdendam itu. Berbaik sangkalah. Maafkanlah.

Bukankah begitu lebih manis.

ada beberapa sebab mengapa kita mesti memaafkan. 
Saya petik ia dari buku yang pernah saya baca. Sebarkan Cinta-Mu [Fatimah Syarha, M/s 731] sebuah novel tauhid yang banyak merungkai isu-isu kehidupan dan banyak menjernihkan pemikiran manusia terhadap agama tercinta ku..Islam..


Maafkanlah...

1. Maafkanlah supaya kita diampunkan. 

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [an-Nur : 22]

Nota Ayu : Subhanallah.. Baiknya Allah. Kita memaafkan saudara kita lalu Allah mengampuni kita. Ya Allah... ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu ini.

2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.

"...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [at-Taghabun : 14]

Nota Ayu : Bukan sahaja mengampuni dosa-dosa kita, malah Allah menyayangi kita. Bukankah indah memaafkan kesalahan orang lain? hati senang...Allah pun sayang..

3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh." [al-A'raf : 199]

Nota Ayu : Sudah tentu aku dan kamu semua tidak mahu disamakan dengan orang yang bodoh.

4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." [asy-Syura : 43]

Nota Ayu : Termaktub dalam Al-Quran berkenaan mulianya orang penyabar dan pemaaf. Ayuh semua.. Ayu ajak diri dan teman-teman melakukan perbuatan mulia. Semoga kita sudi memaafkan siapa pun dia dan apa pun salah dia.

5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
"...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." [Ali Imran : 134]

Nota Ayu : Sesudah memaafkan dengan hati yang tulus...sudah pasti tiada dendam di hati, dan tentunya tidak  lagi marah-marah baru Allah sayang.. =)

***
Nota Jari Manis :
Marah itu fitrah, Umpama cinta itu fitrah manusia.
kalau cinta itu fitrah harus disalurkan dengan cara nikah.
Marah itu juga fitrahnya harus dikendurkan emosinya lalu memaafkan orang yang bersalah sekalipun fitnah dan tuduhan yang dilemparkan mungkin berat untuk diterima. Percayalah Ayu dan teman-teman, hikmahnya tentu cukup besar. Kerana itulah MAAF itu disebut dalam alQuran.

Bukankah hidup ini terlalu singkat untuk membenci?

Uhibbukum Fillah,
Ayu Zan





29 October 2012

Aidiladha Kali Ini

Assalamualaikum.

Bismillah

rasanya belum terlewat untuk aku ucapkan Salam Aidiladha buat semua teman-teman se-Islam.
semoga Aidiladha kali ini membuatkan kita lebih memahami dan menghayati pengertian Pengorbanan.

Aidiladha kali ini, aku benar-benar rasa terpanggil untuk menjejakkan kaki menjadi tetamu Allah. Semoga suatu hari nanti cita-cita suci ini terlaksana hendaknya.

Okeylah.
nak tunjuk kat korang gambar mak dan adik-adik aku kat rumah baru ku. =)
Raya haji ni bawa mak bermalam ke JB dua hari.
hehe


Uhibbukum Fillah,

Ayu Zan

23 October 2012

fitnah dan mengumpat

Assalamualaikum
Bismillah
"Eh,Siti..ada ke si Zahra tu cakap apa-apa pasal tak puas hati kat aku" tanya Muna menyelidik.
"Setakat yang aku tahu, tak ada lah pula." Jawapan ini yang Siti pilih walaupun sebenarnya tersimpan seribu satu rahsia. Lemas Siti dengan soalan yang serba salah untuk di jawab.
Semoga aku mampu menjadi Siti yang menjaga tutur bicaranya dari menyakitkan hati, mengguriskan hati mahupun membuka aib@rahsia rakan taulan.
Kalau boleh, aku tak mahu mendengar langsung cerita perihal orang lain. Namun, kadang kala kita tak mampu. Jadi, yang mampu ialah, jangan sampai menjadi orang yang menjaja fitnah dan umpatan ke mana-mana.
Kadang kala, iman yang senipis kulit bawang ini tercalar juga. Hampir-hampir membuka mulut pada yang tidak sepatutnya. Maafkan aku sekiranya ada di mana-mana silap
Love, Ayu Zan
Published with Blogger-droid v2.0.6

22 October 2012

Lukisan Allah

Assalamualaikum
Bismillah

Masya allah.. Aku tak terduga diberi kesempatan oleh Allah untuk menatap keindahan ciptaan panorama pagi milik-Nya.

Usai subuh, tatkala membuka tingkap bilik. Sungguh indah lukisan Mu Ya Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

21 October 2012

ajaibnya cinta

Assalamualaikum

Bismillah.

Tajuk tu macam berat kan. Tu aku ambil sempena tajuk cerita cerekarama...

Dan.

Cinta tu memang ajaibkan.

Sekian.

Nota jari manis :
Kami mula buat keputusan besar dalam hidup.
Doakan lancar ya.

Wassalam

Love,
Ayu zan

Published with Blogger-droid v2.0.6

17 October 2012

Ladies First

Assalamualaikum.

Bismillah.

Ok kenapa aku letak picture aku yg tak seberapa tu?

Sebab..tadi, dengan penampilan begitu, aku telah ke bank untuk withdraw duit. Sedang aku menuju ke pintu masuk bank itu, seorang lelaki inggeris "orang putih" pun sama menuju dari arah bertentangan. Bila kami sama-sama tiba hampir dengan pintu, aku memperlahankan langkah memberi peluang pada lelaki itu. Dari berlanggar dan bertembung, baik aku mengalah ye tak?

Tiba-tiba lelaki orang putih membuka pintu dan dengan sopannya mempersilakan aku masuk dan siap menunduk hormat. Ohh.. Dengan serba salah aku masih tak lupa lah nak ucap "thank you". Hehe.

Rasa bangga bila dilayan begitu.hihi

Selalu kalau bukakan pintu Pak Guard je kot kat Malaysia ni.

SEBALIKNYA

Bulan lepas masa aku ke bank, aku pernah bertembung dengan lelaki Malaysia yang berpakaian korporat mcm kerja baik2 dengan selamba melanggar aku, kemudian tanpa menunggu aku masuk, dia melepaskan pintu itu. Akibatnya aku hampir jatuh menahan pintu yang agak berat tu. Maklumla...i kan comel je..

Kalau aku gadis seksi mungkin dia tak buat begitu kot.

NO ATTITUDE kan? So rude!!

Nota jari manis :

Aku pilih tajuk LADIES FIRST bukanlah mintak selalu dibukakan pintu macam mamat putih tu buat. Tapi cukuplah dengan menghormati antara satu sama lain..tak kira siapa pun dia...

Love,

Ayu zan

Published with Blogger-droid v2.0.6

16 October 2012

menu : ayam goreng kunyit

Bismillah.
Assalamualaikum
Seperti biasa rutin aku setiap pagi usai solat subuh ialah menari di dapur. Hehe. So, tiap2 hari memikir lunch menu untuk adik ku membawa bekal ke tempat kerja.
Harini aku memilih menu ringkas : ayam goreng kunyit.

Bahan A:

Minyak masak
3 keping Dada ayam dipotong dadu kecil-kecil
Serbuk kunyit adabi
Garam


Cara-cara: 
Campurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit kemudian di goreng dengan api sederhana. Jgn garing sangat.

Bahan B:

1 biji Bawang besar dipotong bulat2 dan ceraikan dia
2 biji Bawang putih dihiris halus
Halia dihiris halus
Kacang panjang 2 urat
2 biji cili merah di hiris 
Tomato 1 biji
Garam
Sos tiram
Air asam jawa
Serai


Cara-caranya :
Gunakan sedikit minyak menggoreng ayam untuk menumis bawang, halia dan serai. Masukkan sedikit sos tiram. Masukkan kacang panjang dan cili, goreng sehingga agak layu. Kemudian masukkan ayam,tomato dan air asam jawa. Perasakan dan siap!

Boleh bawa bekal dah.


Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

Love, 
Ayu zan

Published with Blogger-droid v2.0.6