15 November 2012

Solat Jumaat

Assalamualaikum.
Bismillah
Entry ini ditulis live dari Tg Emas Muar.
Tempat yang biasanya orang muar ni beriadah dan bersuka suki.

Ketika ini waktu solat jumaat. 
Dan saya dan adik perempuan saya sedang menunggu teman saya solat jumaat...kerana selepas waktu solat, ada urusan lagi yang belum selesai.

Terkilan.
Kecewa rasanya melihat pemuda-pemuda islam yang bernama lelaki dok parking kereta ramai-ramai sedangkan masjid sekangkang monyet dari tempat mereka 'menyorok'.

Sayang kan? 
Meninggalkan akhirat kerana dunia.

Semoga mereka diberi hidayah oleh Allah dan menjumpai jalan sebenar.
Aamiinn..


Uhibbukum Fillah,
Ayu Zan

Published with Blogger-droid v2.0.6

05 November 2012

LGBT bukan fitrah

Assalamualaikum.

Bismillah.

harini saya bawa topik LGBT BUKAN FITRAH.

saya petik dari hasil perbincangan dalam rancangan Tanyalah Ustaz 6/11/2012 (ust Zamri)

L-Lesbian
G-Gay
B-Biseksual
T-Transgender.

Masih sahabat-sahabat ingat kaum Nabi Luth a.s yang Allah turunkan balasan dan azab atas perbuatan gaya hidup songsang bertentangan dengan syariat?

Bagi mereka lelaki untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.. Sungguh bertentangan dengan fitrah yang Allah jadikan manusia di muka bumi ini saling berpasangan lelaki dan wanita sejak zaman Nabi Adam dan Hawa lagi. 

kata Ustaz Zamri,

memilih LGBT bukan fitrah.

Allah menganugerahkan manusia dengan ILHAM yang terdiri daripada Alquran, hadis, syurga, neraka, dosa mahupun pahala. Segala guideline tentang kehidupan sudahpun Allah sediakan. 

Jadi, pilihlah...

namun, tidak dinafikan, ada beberapa punca gaya hidup songsang ini mendominasi si empunya diri.
antaranya :

1- Ibu bapa sering bergaduh, dan si ibu teraniaya.
Anak-anak akan mudah terpengaruh dengan gender yang teraniaya. (IBU)
Anak lelaki : jadi lembut. 
Anak perempuan : jadi lesbian kerana benci lelaki dan ingin membela wanita.

2- Pendidikan 
-Kes-kes buli dalam kalangan pelajar asrama.
Benda pelik yang pada mulanya menyakitkan akhirnya menjadi gaya hidup dan kebiasaan. (Liwat)

3- Khunsa
seorang yang lahir khunsa di bolehkan memilih jantina setelah mengetahui organ seks mana yang lebih dominan. Setelah memilih 1 jantina khusus, alat kelamin yang 1 lagi dibolehkan di buang melalui pembedahan. (sumber : Jawi)
tetapi terdapat yang tidak melakukannya lalu, kalian sendiri pun tahu apa akibatnya kan?

Apa pun puncanya, jangan dicabar fitrah illahi.
Tiada apa yang manis melainkan  beroleh penyakit pelik akibat dari perbuatan songsang itu.

Ingatlah balasan yang Allah turunkan kepada kaum nabi Luth.
Mahukah golongan LGBT zaman ini menerima nasib yang sama?

Nota Jari Manis :
Setiap yang Allah jadikan tiada yang sia-sia.Diciptakan lelaki untuk wanita begitu juga sebaliknya sudah pasti mempunyai seribu kebaikan.Janganlah kita menentang syariat-Nya.

Uhibbukum Fillah,
Ayu Zan 

02 November 2012

MAZA MOHD : AKU DAN MEREKA

Assalamualaikum.

dah lama aku tak join segmen kan?
okey.
after di invite oleh jal beberapa hari lepas..
akhirnya kesempatan ini aku ambil untuk join Segmen Aku dan Mereka



Letak header sudah.
Link entry pun sudah.

sekarang masa untuk perkenalkan 3 blogger yang aku selalu jengah-jengah.


1-Miss Diya Ixora : http://diyaixora.blogspot.com/ & Miss Raidah Sarun : http://cikrai89.blogspot.com/ (Puan To Be)

Ulasan : Aku gabung mereka menjadi 1. belog mereka berdua lebih pada blog peribadi. Dan aku suka nak ikuti perkembangan mereka. sebab beliau teman sekola menengah aku. sama-sama membesar dari Tingkatan 1 hingga 5 di asrama maharani tercinta. Kenangan bersama kekal dalam ingatan. 


Ulasan : aku suka blog beliau sebab selalu LUCU! hhihihihi...ada comix. dan simple. 

3-Belog Fatimah Syarha (Sebarkan Bahagia) http://sebarkanbahagia.blogspot.com

Ulasan : Fatimah Syarha ni penulis novel Islami. Aku sukakan hasil nukilannya. Antara novel yang pernah aku baca Syabab Musafir Kasih, Tautan Hati dan Sebarkan Cinta-Mu. Benar-benar membuka mata aku dengan keindahan Islam dan menjernihkan kekeruhan sesetengah isu agama. Entry dalam blognya turut berjaya mentarbiah diri ini setiap kali membacanya.

Okeylah.
sekian.

Nota Jari Manis :
Thanks to Maza Mohd kerana sudi menjemput saya blogger sepi setahun ini untuk berkongsi cerita. =)
kawan-kawan try la blogwalking ke blog-blog di atas. Moga bermanfaat.

Uhibbukum Fillah,
Ayu Zan




31 October 2012

Indahnya sebuah kemaafan

Assalamualaikum.

Bismillah.

tajuk entry hari ini Indahnya Sebuah Kemaafan.

pernah tak kalian terasa hati atau marah pada seseorang lantas menyimpan berbuku dendam padanya?
saya jamin, sekiranya anda manusia biasa seperti saya, pastinya kalian pernah merasai marah dan benci dalam hati kalian.Ia fitrah manusia. Namun, sekiranya ada, haruslah kita lempar jauh-jauh rasa benci dan berdendam itu. Berbaik sangkalah. Maafkanlah.

Bukankah begitu lebih manis.

ada beberapa sebab mengapa kita mesti memaafkan. 
Saya petik ia dari buku yang pernah saya baca. Sebarkan Cinta-Mu [Fatimah Syarha, M/s 731] sebuah novel tauhid yang banyak merungkai isu-isu kehidupan dan banyak menjernihkan pemikiran manusia terhadap agama tercinta ku..Islam..


Maafkanlah...

1. Maafkanlah supaya kita diampunkan. 

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [an-Nur : 22]

Nota Ayu : Subhanallah.. Baiknya Allah. Kita memaafkan saudara kita lalu Allah mengampuni kita. Ya Allah... ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu ini.

2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.

"...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [at-Taghabun : 14]

Nota Ayu : Bukan sahaja mengampuni dosa-dosa kita, malah Allah menyayangi kita. Bukankah indah memaafkan kesalahan orang lain? hati senang...Allah pun sayang..

3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh." [al-A'raf : 199]

Nota Ayu : Sudah tentu aku dan kamu semua tidak mahu disamakan dengan orang yang bodoh.

4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." [asy-Syura : 43]

Nota Ayu : Termaktub dalam Al-Quran berkenaan mulianya orang penyabar dan pemaaf. Ayuh semua.. Ayu ajak diri dan teman-teman melakukan perbuatan mulia. Semoga kita sudi memaafkan siapa pun dia dan apa pun salah dia.

5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
"...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." [Ali Imran : 134]

Nota Ayu : Sesudah memaafkan dengan hati yang tulus...sudah pasti tiada dendam di hati, dan tentunya tidak  lagi marah-marah baru Allah sayang.. =)

***
Nota Jari Manis :
Marah itu fitrah, Umpama cinta itu fitrah manusia.
kalau cinta itu fitrah harus disalurkan dengan cara nikah.
Marah itu juga fitrahnya harus dikendurkan emosinya lalu memaafkan orang yang bersalah sekalipun fitnah dan tuduhan yang dilemparkan mungkin berat untuk diterima. Percayalah Ayu dan teman-teman, hikmahnya tentu cukup besar. Kerana itulah MAAF itu disebut dalam alQuran.

Bukankah hidup ini terlalu singkat untuk membenci?

Uhibbukum Fillah,
Ayu Zan





29 October 2012

Aidiladha Kali Ini

Assalamualaikum.

Bismillah

rasanya belum terlewat untuk aku ucapkan Salam Aidiladha buat semua teman-teman se-Islam.
semoga Aidiladha kali ini membuatkan kita lebih memahami dan menghayati pengertian Pengorbanan.

Aidiladha kali ini, aku benar-benar rasa terpanggil untuk menjejakkan kaki menjadi tetamu Allah. Semoga suatu hari nanti cita-cita suci ini terlaksana hendaknya.

Okeylah.
nak tunjuk kat korang gambar mak dan adik-adik aku kat rumah baru ku. =)
Raya haji ni bawa mak bermalam ke JB dua hari.
hehe


Uhibbukum Fillah,

Ayu Zan

23 October 2012

fitnah dan mengumpat

Assalamualaikum
Bismillah
"Eh,Siti..ada ke si Zahra tu cakap apa-apa pasal tak puas hati kat aku" tanya Muna menyelidik.
"Setakat yang aku tahu, tak ada lah pula." Jawapan ini yang Siti pilih walaupun sebenarnya tersimpan seribu satu rahsia. Lemas Siti dengan soalan yang serba salah untuk di jawab.
Semoga aku mampu menjadi Siti yang menjaga tutur bicaranya dari menyakitkan hati, mengguriskan hati mahupun membuka aib@rahsia rakan taulan.
Kalau boleh, aku tak mahu mendengar langsung cerita perihal orang lain. Namun, kadang kala kita tak mampu. Jadi, yang mampu ialah, jangan sampai menjadi orang yang menjaja fitnah dan umpatan ke mana-mana.
Kadang kala, iman yang senipis kulit bawang ini tercalar juga. Hampir-hampir membuka mulut pada yang tidak sepatutnya. Maafkan aku sekiranya ada di mana-mana silap
Love, Ayu Zan
Published with Blogger-droid v2.0.6

22 October 2012

Lukisan Allah

Assalamualaikum
Bismillah

Masya allah.. Aku tak terduga diberi kesempatan oleh Allah untuk menatap keindahan ciptaan panorama pagi milik-Nya.

Usai subuh, tatkala membuka tingkap bilik. Sungguh indah lukisan Mu Ya Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.6