Assalamualaikum
Harini 31/12/14 genap 39 minggu mengandungkan baby comel dalam tummy ni.
Agaknya sebab daddy baby asik pujuk baby lahir 1/1/15 , malam tadi ayu mula dah rasa banyak tanda tanda nak bersalin. (Google sebab tu tahu)
Antaranya..
-malam tadi dari pukul 12-4 pagi ayu tak berjaya tido akibat ketidakselesaan melampau pada perut,ari ari dan belakang pinggang ke bawah.
-perut memulas. Pagi ni baru kul 10 dah 3-4x membuang air besar.
-terlalu kerap kencing. Malam td sepanjang tak leh tido tu, 7-8x ayu kencing kot. Sampai confius kencing ke ape ni. Banyak sentiasa.
-baby mengeras dan tak gerak kuat macam selalu. Yela.. Space dah xde kot. Dia gerak xbape kuat susah nak kira jadiknyaaa..
Kata makcik ayu, baby ayu da turun sangat dah. Dia suh monitor contraction sela masa. Tapi tu lah masalah ayu. Ayu xtahu dan xpaham contraction tu camne. Rasanya masih mild mild ni lum real contraction kot. Masih braxton hicks kot. Acah acah je kot. Kottt laa..sebab masih bole tahan lagi. Dan tidak konsisten sela masanya.
Oh ye..bab tanda.. Darah or air. Lum ada lagi...
Petang ni checkup kat KD dgn doc utk 39 week. Hopefully semua ok. :)
30 December 2014
29 December 2014
Banjir : Catatan Meruntun Hati
Assalamualaikum
Takziah buat mangsa banjir. Sedih. Sedih. Sedih. Sebak tatkala baca luahan hati mangsa dan juga gambar gambar yang terpampang di FB, tv mahupun akhbar.
Harini ayu nak share luahan catatan dari seorang doktor di Klinik Kesihatan Badang.
Ini tanda sokongan dan penghargaan peribadi ayu kepada beliau. Usaha seorang doktor yang mendahulukan pesakitnya melebihi dirinya sendiri. Berhadapan dengan pelbagai masalah dan ujian kritikal di KK tempatnya bertugas yang tak ubah macam hospital sementara sepanjang dilanda bah banjir besar... Patient nak bersalin, budak kecil kena sawan berkali kali. Patient breast cancer nak meletup. Patient mengalami tumpah darah. Dan pelbagai lagi situasi kritikal yang beliau dan kakitangannya hadapi. Namun itu semua tidak mematahkan semangat dan kebergantungan terus tetap kepada Allah.
Membaca catatan sebegini buat ayu lebih byk bersyukur dengan nikmat nikmat yang Allah berikan.
Setahun Jadi Isteri Dia
Assalamualaikum
Semalam 28/12/14 genap 1 tahun bergelar isteri kepada seorang suami.
Alhamdulillah, itu yang paling sesuai untuk ayu lafazkan ke hadrat ilahi. Dan BiG THANKS buat suami tercinta.
Ayu berdoa agar kasih yang terbina bawa sampai ke syurga... Tahun ni berdua. Tak lama lagi bertiga. Semoga cahaya mata yang bakal lahir ni menambah utuh ikatan yang dibina.
Dalam kesaratan 38 minggu 5 hari, semalam ayu dan suami tetap gak dok meraikannya even simple calebration. Ayu dah syukuuurrr sgt semalam.
Suami belanja makan kat nando's.. Makan kek secret recipe chocolate indulgance kesukaan puan isteri dan jalan-jalan dating kat Puteri Harbour sambil bergambar kenangan. Hihi.
Banyak gak berjalan semalam. Sampai dok terfikir. Esok boleh terbesalin ke? Hihi. Nampak gaya baby comel masih nak duk dalam tummy ummi lagi. Hihi.. Agaknya memang baby nak lahir januari kot. Boleh raikan birthday nanti dengan ummi. Sebab ummi pun birthday bulan januari.
Tak kisah la baby.. Ummi daddy tetap sabar tunggu baby comel lahir. Even ayu dok eksaited tengok kawan yang due dekat dekat ayu sumer dah deliver. Hihi..
Ok, kite belanja satu gambar ye. :)

26 December 2014
Pemenang GA Go Green By Ayu Zan
Assalamualaikum
Ok. Cabutan dah pun dibuat.
Hasilnya, ayu umumkan ya.. Pemenang simple GA yang ayu anjurkan haritu ialah....

Nombor bertuah : 3
izzeyda
Tahniah dear atas kemenangan. Nanti tinggalkan komen details untuk pos ya.
nama :
alamat :
No.tel :
Insya allah ayu pos isnin ni atau secepatnya sebab takut terbesalin pulak. Hihi
Pada 5 peserta lain yang menyertai terima kasih ayu ucapkan sebab sudi join.
Next time ayu buat GA lagi ya. Seronok juga buat GA guna DIY item ni. :)
25 December 2014
DIY Guest Book
Assalamualaikum
Hujung bulan 11 haritu member ayu kawin... Dia bagi dana.. Dan ayu tolong dia buatkan simple guestbook dalam kesaratan mengandung. Hihi..
Simple. Beli sketch book, balut dengan cotton hitam, beli lace merah semeter.. Letak di tengah dia. Untuk label nama pengantin ayu print kat kertas tebal, tampal kat felt hitam. Selebihnya hiasanya..ayu tambah juga penanda buku love tu.
Pen pulak.. Ayu beli sepaket kat jusco. Terus ada banyak warna. Colourful sikit. Hihi
Bekas pen, ayu guna kotak. Balut cotton corak hitam merah. Hias reben.
Frame. Ayu pakai frame kayu. Hias reben je. :)
Tetiba jadi tema HITAM MERAH. Even pengantin kata kat ayu, tak kisah warna apa.hehe

Tu jelah dapat tolong member ayu haritu. Hopefully beliau suka.
Dan semoga pasangan pengantin baru ni berbahagia sampai syurga dan dikurniakan zuriat soleh dan solehah.
(Mereka suami isteri sekelas dengan kami suami isteri)
24 December 2014
Senarai Peserta GA Go Green
Assalamualaikum
dalam tak berapa aktif berblogging, haritu ayu ada anjurkan satu simple GA untuk para penyokong Go Green. Tak berapa cukup promosi, maka hasilnya ada la beberapa orang yang join dan support GA ni.. ribuan ucapan terima kasih ayu ucapkan.
entry GA : Go Green Giveaway By Ayu Zan
Senarai peserta beserta No. bertuahnya ialah :

- nor nazliana - http://adna2029.blogspot.com/2014/12/go-green-giveaway-by-ayu-zan.html
- thisni3zahata - http://thisni3zahata.blogspot.com/2014/12/go-green-giveaway-by-ayu-zan.html
- izzeyda - http://izzeyda.blogspot.com/2014/12/go-green-giveaway-by-ayu-zan.html
- Queen Contest - http://cowament.blogspot.com/2014/12/go-green-giveaway-by-ayu-zan.html
- azman Arsad - http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/12/go-green-giveaway-by-ayu-zan.html
- Sheila Salim - http://sheilashahfiekry.blogspot.com/2014/12/go-green-giveaway-by-ayu-zan.html
Kalau ada yang nak baca pendapat dan ulasan kenapa diorang support Go Green dan penggunaan cloth pad, boleh la baca entry entry bernas para peserta tersayang ayu ni.. :)
22 December 2014
Pregnancy : 38 minggu
Assalamualaikum
Esok rabu.. Genap 38 wk usia kehamilan ayu. Alhamdulillah.. Semakin besar dah baby kat dalam. Rasa perut pun makin bam bam dah. Hihi.
38 wk ni ramai je orang bersalin kan? Kawan kawan ayu ramai yang selamat melahirkan anak diorang dalam 37-40 minggu. Means..tak lama dah masa untuk anak ayu ni lahir melihat dunia.
Ummi dia ni masih kerja. Menghabiskan sisa kerja agar nanti cuti tidaklah ayu menyusahkan rakan rakan. Itulah target ayu.. Cuti bersalin ayu amik awal sikit lepas bincang dgn mak dan suami. Kekawan pun tengok macam ayu dah patut cuti sebab perut dah turun sgt katanya.
Maklumlah.. Kerja tingkat 3. Toilet tingkat 2. Pejabat nak punchcard tingkat 2 blok lain. Rumah pulak tingkat 3. Memang mencabar sikitlah. Hihi... Lelagi time da nak terkucil kena dok turun tangga lagi. Memang macam nak berlari.
Ramai yang tanya.. Larat lagi ke bertangga tangga gitu.. Insya allah boleh lagi. Da hidup dgn tangga dari sebelum nikah dan mengndung.. Jadi, insya allah tak ada masalah cume penat sikitla. Hehe..
Doakan ayu ye kawan-kawan. Moga mudah melahirkan dan lahir zuriat penyambung warisan ummi daddy ni sihat,selamat dan sempurna.. Aamiinnn..

Subscribe to:
Posts (Atom)