Assalamualaikum.
Amani pakai pampers je. Pastu kena pakai penutup mata.
Masa tu ummi dia apa lagi. Nangis nangis la. Sebak tengok anak umur 3 hari dah kena cucuk cucuk ambil darah. Pastu nampak amani kena bogel dok dalam cot lampu tu. Ummi dok tenung anak je. Jadi ibu ni.. Hati mudah sayu sayu kan.
Amani fully BF.. Dan biasalah baby bf kan suka ngempeng. Tapi nak cepat baik, lepas bf kasi kenyang..kena masukkan amani semula kat lampu tu. Doc cakap at least 2 hours setiap kali lepas bf. Tapi amani suka menyusu berulang. Ade lah sejam.. Dia bangun dan menangis. Amani punya suara nyaring ok. Ummi xsanggup biar dia nangis. Angkat dan bf dia. Gitulah berulang ulang.
Asal daddy amani datang jenguk, ummi meleleh air mata. Ntah ye. Masa tengok anak kena gitu..sayu hati. Memang masa tu ke laut dah pantang. Sempat urut 1x dan bengkung lilit dan kena masuk wad.
Daddy amani sabarkan ummi. Daddy cakap "cuba ayu tengok baby kat depan tu. Berbual dengan ibu ibu tu. Bersabarlah dengan ujian ini. Setidak tidaknya amani cume jaundice. Bukan sakit."
Masa tu ummi amani ni xmahu dengar kata. Tapi dalam masa yang sama, terkesan gak dengan nasihat daddy amani.
Esoknya ummi amani berbual dengan seorang ibu. Anaknya jaundice dan ada masalah jantung. Patutlah bnyak wayar dan mesin disambungkan malah dah start masuk NICU sejak lahir... Allahu Robbi. Lemahnya ummi ni. Sedikit je diuji ummi dah tak kuat. Terus muncul rasa syukur. Terus berterima kasih dengan tarbiyah Allah. Betul kata daddy amani tu.
Betul kan? Kena banyak syukur.. Kalau kita susah. Kita pandang orang lain, ada yang lagi susah.
Alhamdulillah.. Sekarang amani dah 15 hari. Jaundice pun clear dah. Ummi dia pun boleh dah start men'jamu' utk kesihatan. Hihi
10 comments:
Assalamualaikum ayu.. sedihnya. teringat sheila waktu adam kena tahan wad semalaman. btw ayu dah start makan jamu ke?
Moga dhiya amani cepat sembuh..kesiannya dia.
Wsalam sheila... Bru mkn manjakani je.. Lain2 lom lg. Hihi..
semoga cepat sembuh
ibu ni mmg sgt sensitif... maunya tak susah hati bila ank dah msk cot kan
alhamdulillah
sedey kan bila tgk anak kena cucuk
selamat berpantang ayu.jaga diri
Asslmkm ayu. Bila bby kna kuning mmng rasa x sanggup nk tgk. Macam zara hritu xde pn. Tp masuk wad sbb dmam. Tp dorang suh jgk duk bwah lmpu. Tp zahra melekat kat mamanya je. Xde pn duk kt bwah lmpu tu.
anak kedua dulu dari hari bersalin sampai hari ke-8 duduk dalam wad.. sebabnya anak ada G6PD dan jaundis dia cepat naik berbanding baby lain.. lepas keluar beberapa hari masuk lagi wad. memang masa tuh umah dan wad jadi umah kami laa..
Memang nangis..akak masa arwah Yanie kena tahan dekat nicu pun, setiap kali lawat dia..berderai airmata.. Masa tu takde apapun, cuma Yanie tertelan najis dia masa sebelum keluar perut...
macam mana dah keadaan dhiya,ayu?
kita memang akan rasa sayu bila melibatkan hal anak.IbuNoey ni pun even anak yang kedua pun still rasa tersentuh hati masa nak kena check darah untuk jaundis ari tu.sedih tengok anak nangis.
Post a Comment