25 January 2015

Jangkaan Doktor : Ayu Bleeding Lepas Bersalin

Assalamualaikum

Alkisah bersalin jam 11.04 am kan, ayu berharap sangat dapat keluar wad petang tu gak. Tak sanggup nak dok wad dan urus diri n baby dalam keadaan lemah gitu. Tapi ada kejadian yang berlaku menyebabkan ayu terpaksa ditahan wad dan diletakkan di depan nurse nurse kerana dikhuatiri ayu pitam atau pendarahan melampau.

Lepas bersalin kan kite dipakaikan maternity pad bertali tu kan. Agaknya sebab pergerakan masa pindah katil, bila ayu bangun dr katil untuk bersihkan diri dan kencing kali pertama jam 1ptg selepas 2 jam bersalin, busshhhh.. Mcm air terjun darah keluar mcm orang tumpah darah. Penuh atas lantai. Suami ayu dah kerisauan dah. Ayu pulak masih lemah macam mabuk mabuk lagi. Tak sure tu nifas atau bleeding. Tapi MIL kata normal. Dan masa kat toilet bersihkan diri, memang pad tu teralih teruk. Mcm tak pakai pad jela.. Setitik pun darah xde. Kikikiki.. Patut darah mencurah bagai air terjun.. Lencun sampai penuh darah kat kaki. Masa tu ayu yg tengah lemah baru lepas bersalin, mmg MIL suruh suami yg urus bersihkan diri. Takut something happen kt toilet kalau sesorang.

Lepas dah bersih, tukar baju, makan dan, susukan amani. Dan para pelawat jam 2.30 kena balik. Tinggal episod ayu berduaan dengan anak. Masa tu mmg anak dok melekat kat ayu je. Sbb ayu xdaya dan takut nk bngun angkat baby letak dlm cot. Xdaya weii

Dalam kul 3 lebih doc datang cakap nanti ke bilik depan untuk cek jahitan. Kalau ok, bole balik. Kul 4 datang lagi sebab ayu still tak bangun. Nak nangis weh. Tak de daya masa ni. Lastly ayu terpaksa minta bantuan doc untuk angkat amani letak dalam cot. Pastu ayu usahakan diri untuk bangun.

Turun katil... Dan.. Busshhhhh!!!.. Again! Mencurah curah lagi darah mcm orang tak pakai pad. Basah darah kaki ayu. Terpaksa gagahkan diri tukar gak kain dan lap sikit sikit darah kt kaki. Doc datang lagi panggil dan terkejut lah. Sebab lantai becak dengan darah. Huuu..

Slow slow jalan melayang gi ke bilik cek jahitan tu, doc nak tengok pad. Rupanya pad separuh je penuh. Darah tadi dok meleleh ke tepi. Agaknya keluar sekali banyak..pad tak tertampung.

Doc cek jahit. Tekap tekap. Keluar darah. Tekap tekap lagi keluar lagi. Doc tu panggil doc lain utk nilai semula. Ohooo..

Doc cakap "dikhuatiri ada koyakan dalam yang tidak berjahit. Sebab non stop darah ni."

Ayu tanya "so camne doc?"

Doc jawab "kalau sah bleeding dari luka dalam yang tak berjahit tu, kena buka jahit luar dan jahit semula."

Ayu punya respon.. Diam dan nangis dalam hati.

Pastu doc buat keputusan pindahkan katil ayu ke depan misi misi. Dan tahan 1 malam untuk pemantauan.

Sebelum ni ayu dpt bilik sesorang. Memang heaven la kot. Toilet dalam bilik. Ikutkan kat HSI tu ayu dok wad kelas 2 tapi sbb penuh, dia letak ayu kat bilik ape ntah. Special sikit bilik tu. Kata misi, biasanya bilik tu utk kes kes tertentu.

Tapi sebabkan takut bleeding dan perlukan pemantauan khas, kena la gak dok kat kelas 3. Depan misi. Hehe. Tapi wad kelas 3 kat Hospital Sultan Ismail tu pun not bad. Ok ok je. Cume katil wad tinggi kan. Terkepot2 nak turun katil menahan sakit. Uuuu...

Syukur..ayu xde bleeding berlebihan..dan esoknya dpt keluar wad. Alhamdulillah..

amani lom boleh pakai kasut lagi. Hehe..
Nota : kawan sekolah nurse kat situ. Dia cek rekod ayu. Ayu kehilangan 400ml darah masa bersalin. Katanya kira banyak tuu..but consider normal 200-400ml. Tapi kalo kira campur dengan darah yang busshhh mcm air terjun tu..mmg lebih kot. Tu pasal jd mcm mabuk mabuk kot.

8 comments:

thisni3za said...

Huh...Takutnya baca..hoho..

izzeyda said...

kesiannya kat ayu jadi macam tu.. dulu masa bersalin dua2 anak, tak da laa teruk macam tuh..

Unknown said...

huhuhuh alamak menakutkan

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu.. kesiannya.. alhamdullilah. nasib baik takda pape.. risau sheila baca ni.. Haii Amani, umi sheila ni.. semoga awak membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah ya sayangggg :)))

NAZLIANA SI CUTE said...

normal tu all the best semoga sihat

ctfand said...

seriaauu... Akak leh imagine masa darah keluar tu.. Takutnya. Mujur tak apa-apa. Part jahit tu pulak buat akak teringat2 masa Kimi dulu, kena bukak n jahit 2 kali...huaa..mmg nangis sbb kesan ubat pelali yg disuntik dah habis, sbb lama sangat...

Pengalaman bersalin pelbagai...dan ikut nasib kita...kan :)

QasehnyaRania said...

seriaunnya..
nasib x ada apa apa kan..
pengalaman setiap org berbeza..

Syamimi Saad said...

Teringat msa bersalin zahra hritu. Darah dok turun bnyk. Turun katil darah kuar ngalir kt kaki. Hbis lntai. Suami ngn mak ayh dtng pula tu. Terhuyung hayang jln nk ke toilet.. Tgk pad elok je xkotor. Hihi