24 June 2015

Tips Kekalkan Susu Di bulan Puasa

Assalamualaikum

Amani sekarang usia da 5 bulan setengah. Sekarang dah makin kuat menyusu. Sejak dah pandai menjulur ke depan, guling kiri kanan, cepat ler haus dan lapar. Maka laju lah jalan susu.

Kalau dulu masa amani tak pandai nyusu, 2 oz x 3 botol pun kadang tak jalan. Padahal dok rumah pengasuh dari jam 7pagi-4 petang.

Sekarang ayu bekalkan 3oz x 5 botol setiap hari pun habis. Kata makcik pengasuh, amani di bagi berapa oz pun habis. Laju minumnya.

Jadi semangat ayu nak ngepam semakin lah berkobar. Dulu masa pantang dan cuti bersalin memang banyak stok ebm. Tp sejak kerja dan amani tak berapa susu, jd malas ummi dia nak pam. Pam sekadar cukup je.

Sekarang pam sekadar cukup dia memang kena gigih ummi. 3x sehari minimum kena pam.

Bulan puasa pun alhamdulillah mantain hasil perahan. Tapi ayu bukan lah jenis meriah berjurai jurai tu. Kalau 3x pam dapat 12-14 oz pun dah besar nikmat rasa. Alhamdulillah.. Dan dalam freezer ayu pun stok frozen tak lah banyak. Cukup lah kalau buat backup 2-3 hari.

Apa yang ayu perasan, nak nyusukan time puasa ni, sahur tu penting amat. Dan jom semak apa ayu makan time sahur.

Nasi lauk + bancuhan (oat+susu+tamarcocoa@horlick) + air kosong 2 gelas + 3 biji kurma

Ni lah sahur ayu. Kalau nasi tak makan, ganti dengan mihun @ mashed potato @ roti. Pokoknya memang berat lah makan sahur ayu. Padahal my sweet husband makan bancuhan oat+susu+tamar cocoa pun terkulat kulat nak habis. Haha.

Alhamdulillah makan berat sahur tu membantu ayu kekal cergas sepanjang hari. Pukul 4 balik kerja masih boleh dukung amani amik dari umah pengasuh dan daki tingkat 3 sambil dukung dia dan bawak beg perahan susu. Dan balik tu lepas ngempengkan dia, masih ada baki tenaga untuk prepare juadah berbuka.

Pernah sekali masa tu tak minum oat. Dan makan kurma pun sebiji. Memang energy tenghari dah pancit. Pastu dah xde energy, jadi lemah nak kekalkan 3x mengepam tu. Huhu.

Oh ye. Berat ayu dah seminggu puass ni dah turun 1kg+ dah. Sekarang dah tinggal 50kg je. Hihi. Padahal masa preggy 40 weeks 66 kg wooo.. Tak niat pun diet. Tp bila nyusu si comel, automatik kalori banyak burn dan hasilnya makan banyak pun tak naik berat. :)

Oklah sampai sini dulu entry kita. Semoga ibu ibu menyusukan pun berjaya harungi ramadhan kalini. Jangan risau ye ibu ibu sayang. Islam tak kejam. Allah bagi rukhsah, kalau tak mampu, ambilllah rukhsah. Insya allah menyusukan di bulan ramadhan pun ibadah dan besar pahalanya. Kan ibadah dalam bulan ramadhan ni berganda ganda pahala. :)

Ni handbag saya tiap hari. 

6 comments:

Anum said...

great

sitirohaida said...

amani dah semakin membesar dan aktif.berpuasa bukan salah satu alasan untuk kita tak boleh bagi susu sendri kat anak kan

dear anies said...

cpt besar amani ni sbb kuat minum susu ya ;-)

thisni3za said...

Tahniah...Terigt mase BF kan che mek dulu..Tapi sedih sbb smp che mek umur 6 bln je..Lps tu xde dh susu sbb x dpt konsistan buat perahan...huhu

Siti Aisya Ibrahim said...

samalah kita kak ayu...kita pun suka sahur oat+susu+koko... kita dekat sini puasa 19 jam.... bila makan oat, tenaga dapat tahan lama sikit... seronok baca akk ayu tulis ni :D samalah kita :D

Lin Chalo said...

Tahniah ye kerana berikan makanan terbaik untuk anak...

Mudah-mudahan berterusan sampai umur anak 2 tahun... Insya Allah...