Showing posts with label pelamin mini. Show all posts
Showing posts with label pelamin mini. Show all posts

12 January 2014

Pelamin Mini Jadi Perhatian

assalamualaikum

alhamdulillah. tak sangka pelamin mini masa nikah haritu jadi perhatian blogger zamani. Malah, siap sharing entry berkaitan mini dais yang simple dimple tu lagi. Mungkin pelamin mini simple ayu bukanlah boleh menjadi tandingan pelamin pelamin sewa yang lebih full spec tu, tapi ayu rasa, itu lebih dari mencukupi untuk ayu yang lebih menyukai kesederhanaan.


terima kasih ya saudara zam..tak marah pun saudara print screen tu. Mana tahu, pelamin simple dan jimat tu mampu menjadi idea bagi B2B di luar sana yang nak cari inspirasi yang mudah di realisasikan.

terharu rasa, sebab ayu sangkakan pelamin simple seperti tu bakal dipandang sepi aje. hihi.

Link ke entry mini dais ayu tu.

01 January 2014

DIY Nikah : Pelamin Mini

assalamualaikum.

review seterusnya mengenai DIY project untuk majlis nikah..ialah Mini Dais iaitu Pelamin Mini. Asalnya ayu tak rasa perlu pun pelamin ni. Tapi bila fikir 2x. rasa perlu pula. OP dah ada nak amik gambar, tapi tak ada tempat cun pula nak begambar dengan sanak sedara.

Ayu survey kat bridal, pelamin mini untuk nikah ni mahal. RM300+/, jadi ayu nekad, DIY! Simple pun tak pe. Yang penting murah, puas hati, dan taklah buruk sangat.

Seminggu sebelum nikah, encik bakal suami tolong memaku kayu untuk jadikan stage mini dais tu. Kata beliau "Demi nak merealisasikan impian pelamin DIY bakal isteri.." hehe. 

kerjasama yg sweet plk rasa. 
Ayu pegang papan, abang ketuk paku. senget sikit. tapi bolelaa.... tu pun dah cukup syukur orang tu nak buatkan..hihihi

lom siap sgt. hihi

setelah ayu selaku pengantin siap memanjat nak gantung kain-kain tu dibantu adik-adik , akhirnya siap pelamin jimat ayu.hihihi

Modal :

Kain Jersi 2.5m x 3 helai = 7.5m : RM 24
Kain Jersi 3m : RM 9.6
Pasu nak kasi tinggi bunga tu : RM 10 x 2 : RM 20
Bunga jurai RM 4.20 x 2 : RM 8.40
Satin : RM 3.20 x 2.5m : RM 6.40
Bantal : FOC pinjam bantal sofa mak.
Stage : buat sendiri
Bunga : crepe paper RM 10

TOTAL COST : RM 78.40.

Kain Jersi tu nak jahit jadi langsir sliding door rumah sewa... 

HA jimat tak? Sewa dah RM 350.. jauh tuuu...

Sekian tu lah cerita mengenai pelamin mini hasil tangan tak seberapa oleh pengantin. Bunga kat penjuru tu tahan jap je. kena lenyek dah..cabut trs. hehe. Dan 1 kekurangan, sebab tak ada kain bulubulu jadi alas... tak sempat nak cari...hoho
maskahwin

nikah day


bunga tu da roboh.hihi



doakan kebahagiaan kami dunia akhirat....
Nak order TASBIH PESONA sebagai doorgift? Murah! dapat pahala lagi. cek sini untuk maklumat lanjut. HARGA MEMANG DIJAMIN BERPUAS HATI.