24 November 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Assalamualaikum 

Ayu join GA ephyra ni. Berdoa jugak agar dapat. sebab membaca testimonial ephyra ni betul-betul buat emosi terganggu. hii

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat.
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan.

Jom dapatkannya sekarang...

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

22 November 2013

Kucing Terapi Stress

Assalamualaikum

Korang ada pelihara kucing? Atau mungkin pets lain?

Setuju tak dengan pendapat ayu kalau kata kucing kesayangan korang boleh jadi terapi untuk korang terutamanya ketika stress mahupun penat? Setiap orang ada pets kegemaran seperti ikan, arnab, hamster dan lain-lain. Tapi entri ini ayu fokus pada kucing memandangkan haiwan peliharaan kesayangan ayu sejak kecil adalah binatang ini.
zaman dahulu kucing dipakai untuk terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz baik buat kesehatan, selain itu mengelus kucing juga bisa menurunkan tingkat stress
-dipetik dari : Fakta Ilmiah Mengenai Keistimewaan Kucing 

Mungkin ada sesetengah yang kata "Ewww.. main-main kucing ni tak datang penyakit ke?"

pada pendapat Ayu sedangkan Nabi Muhammad itu mengelus Muezza (kucing baginda) dengan penuh kasih sayang dan berwudhu dengan air bekas minuman kucing, masakan kita tak boleh melakukannya. Kalian juga boleh google mengenai keistimewaan kucing yang mana , air yang telah diminum itu pun suci untuk wudhu. Makanan yang telah dimakan/dijilat kucing juga suci. Zaman ini, para saintis telah pun membuktikannya. Kucing sememangnya bersih dan air liurnya juga tidak ada kuman.

Daripada hasil kajian perubatan dan percubaan yang telah dilakukan di makmal haiwan, didapati bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih daripada manusia.
-Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

***

Jom kita tengok aksi cik tam kitten kesayangan ayu. Balik-balik kampung mesti ayu cari dia lepas ayu peluk cium mak. Nak bawa balik Jb mak tak kasi.hihi.

Ni masa ayu nak potong kain. Dia sibuk nak tengok ayu. 

ape tengok?

Ni pulak cik tam punya hobi. pantang nampak plastik, kotak, atau apa-apa bekas, mesti dia nak masuk. macam main pondok pondok pulak. Pastu kemain suka bila kita cak cak dia. hihi..

:)



21 November 2013

CPUV ke 10 Inti Rebranding Campaign

assalamualaikum

INTI Rebranding Campaign ni CPUV ke 10 blog Ayu Zan Story 
juga merangkap CPUV ke 2 untuk bulan November. 
alhamdulilah..

Sejak bulan 8 tahun 2013, masa tu bulan puasa ayu mula kembali berblog walaupun niat asal nak close account je blog ni. Yela, tak de apa sangat pun sebelum ni dengan blog. Followers pun masa tu dalam 80 je. Entry pulak dah berbulan-bulan tak ada. CPUV & CPC nuffnang pun tak pernah ada untuk blog ni. Tapi ada la earning dalam RM20 untuk blog sebelum ni. 

Tapi dah namanya memang suka menulis dari kecil-kecil, ayu kembali juga dengan blog. :)

Ayu mula aktif bulan Ogos dan CPUV pertama adalah pada bulan September. Kat sini yang ayu nampak memang Uniqe Views tu memainkan peranan penting. Walaupun UV ayu mungkin tak lah ratus riban macam blogger yang lebih lama dan mahir dalam dunia ni, yang ayu nampak UV ayu yang sedikit tetapi maintain tu tetap menjadikan nuffnang 'nampak'. Cuma, earningnya sedikit la jika UV kita sikit. hihi. Kalau UV banyak Earning lebih masyuk. 



Ayu nak share gambar iklan INTI tu. tapi ketika ini beliau masih belum berlegar-legar. Nanti dah ada, ayu update tepek sini lah ya. Kalau korang ternampak dan terasa nak tahu lebih lanjut, boleh klik iklan tersebut ya,

TQ INTI & Nuffnang.

20 November 2013

Adam Nufhan Punya Beg

sibuk sikit harini.

Ayu share beg mengaji adam nufhan je ya. :)


order oleh mak dia. :)

19 November 2013

Pusara Di Lebuh Raya

assalamualaikum

Rutin pagi hari, menonton Tanyalah Ustaz sambil buat sarapan dan bersiap nak pergi kerja. Sepanjang cuti sekolah ni ayu bekerja sebagai staf akan masuk jam 8 pagi dan balik pukul 5 petang.

topik pagi tadi bertajuk Pusara Di Lebuhraya. Pada pendapat ayu, topik ini sangat baik dan berguna memandangkan semakin banyak kes kes kemalangan menyebabkan kematian di jalan raya.

Baru je beberapa hari lepas ayu menyaksikan kesan kemalangan di lebuhraya permas jaya ni. Sebiji motosikal tersepit di tengah antara saga FL (depan) dan belakangnya melekat Camry. Waktu itu jam 7 pagi+. Mungkin nak pergi bekerja agaknya.

Innalillah...

Penunggang motosikal itu tercampak 100 meter kebelakang. Dan ketika ayu melaluinya, mayat mangsa sudah ditutup dengan kain putih. Mengikut kata sahabat ayu, jika mangsa diselimut dengan kain putih, itu petanda mangsa muslim. Wallahua'lam. Jika benar beliau si mangsa beragama Islam moga-moga arwah pergi dengan tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Berbalik kepada Tanyalah Ustaz siaran pagi tadi. Ayu terasa nak berkongsi beberapa soalan dan jawapan ustaz Hanafi :


  • Jika jalan clear (malam hari atau kawasan tiada orang) bolehkah kita langgar lampu merah dan apa hukumnya?
  • jawapan : TAK BOLEH. Jika selamat tanpa langgar apa-apa. Ia berdosa ke atas diri kita. Jika kita terlanggar orang, kita berdosa pada orang yang kita langgar. Ustaz kata, mengikut dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh manusia di dunia ini dikira Hablumminannas..
Di bawah ni pula komen ustaz mengenai pemanduan laju.
  • Komen ustaz memandu laju 160km/j dan kemalangan menyebabkan kematian.
  • kereta yang dipandu 160km/j ke atas akan mengalami masalah apabila brek secara mengejut. kereta akan huyung hayang. Jika langgar orang yang menyebabkan kematian orang tersebut, berdosalah orang yang melanggar itu(yang pandu laju). 
Banyak lagi yang sempat ayu dengar penjelasan dari ustaz tadi. antaranya :
  • biasakan membaca surah alfatihah sebelum memandu/menunggang sebagai tanda syukur atas nikmat kenderaan
  • menggunakan rukhsah jama & qasar yang Allah beri buat musafir.
  • jika mati kemalangan tetapi menemui syurga Allah, maka bertuahlah. Jika mati kemalangan tapi menemui neraka di akhirat maka.. dua kali rugi. - kata ustaz hanafi.
  • zikir selalu dalam kenderaan.
dan macam-macam lagi lah.

Moga kita selalu berhati-hati di jalan raya. Dan moga Allah melindungi kita dan keluarga kita.

17 November 2013

Bersyukurlah

Assalamualaikum.


Tengok gambar ni orang sharing kat FB.
Buat ayu mengucap syukur alhamdulillah untuk kehidupan ayu. Kita rasa kita susah, tapi ada orang lebih susah dari kita.

Bersyukurlah...

14 November 2013

Hadiah T Shirt Lacoste Dari RedDelima

Assalamualaikum. Hari ayu join GA anjuran Nabila dan Sponsor oleh Red Delima. dan Alhamdulillah ada rezki. Dapt T shirt . :)

Alhamdulillah.



baju da hanger. Lengan pendek. So, untuk kat rumah ya :)


Kalau korang nak shopping apa-apa jom kita ke RED DELIMA.. Cuci mata manatau ada yang kenan di hati. :)