05 December 2013

CPUV 14 - Watsons

Assalamualaikum

alhamdulillah.. melekat 1 lagi cpuv. Kalini iklan Watsons Malaysia.

watsons promotion
syukur

:)

Nak tahu promo dari watsons? Kalau tak silap ayu, mereka sekarang tengah promo VIP card mereka yang dikatakan ada Touch N Go features. Menggunakan VIP Card tu juga boleh lah u alls yang kaki watsons tu kumpul point dan redeem hadiah yang ditawarkan.

 Macam mana tu? kalau nak tahu lebih boleh ke FB watsons.

Tq nuffnang & watson. Tq jugak buat sahabat sahabat blogger yang sudi bertandang ke sini selalu. 

04 December 2013

CPUV 13 - Pusat Pungutan Zakat

Assalamualaikum.

alhamdulillah, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) & Nuffnang telah memilih blog ayu untuk CPUV. Ayu sebenarnya rasa sangat gembira sebab PPZ diiklankan di blog ayu. Terasa macam menyumbang sesuatu. Lebih lama iklan sebegitu bertapak di sini, lebih baik. Moga-moga lebih ramai yang nampak kewujudan PPZ ini.

cpuv ke 13

Laman PPZ ini diwujudkan bagi memudahkan umat islam yang mahu membuat pembayaran zakat harta, pendapatan, emas, perniagaan, saham, KWSP mahupun zakat simpanan melalui atas talian. Lihatlah, nak menunaikan salah satu rukun islam kini lebih mudah, kalau masih ada yang kata susah dan tak sempat tu, ayu no komen lah ya. Malah, di sini kita boleh membuat kiraan secara terus dengan mengisi jumlah jumlah tertentu. Sangat mudah!

pusat pungutan zakat

Ucapan terima kasih pada PPZ dan Nuffnang untuk kerana memilih blog ayu untuk iklan ini, dan jutaan terima kasih pada rakan-rakan blogger yang sentiasa menyokong ayu. :)

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM

Assalamualaikum

Ayu join GA anjuran blogger hebat iaitu Hasrul Hassan. Selalu sahaja blog beliau menjadi medan rujukan ayu terutama dalam bab membaiki mutu SEO blog ayu. Alhamdulillah. sangat membawa banyak kebaikan. 

Kali ini, HH menawarkan hadiah wang tunai RM 50 bagi sesiapa yang memenangi Giveaway ini. Tak kira lah dapat atau tidak, ayu serahkan pada takdir Allah tapi, dapat mencalonkan diri untuk tersenarai dalam senarai peserta pun rasanya sudah berbesar hati rasanya. Lagi-lagi mendapat backlink percuma melalui blog ternama seperti itu.

So, kalau korang nak join sama jom lah. Klik banner/logo di bawah ya :)

segmen hasrul hassan
klik utk join
Good luck!

Selfish parking kereta

Assalamualaikum

harini topik serius sikit. Sekadar nak berkongsi pengalaman yang ayu pernah hadapi iaitu kereta kelisa ayu yang sedang di parking elok di petak parking telah di 'block' oleh sebuah kereta lain. Dah lah masa tu urgent, ada pula orang tidak bertanggung jawab macam tu. Hampir 15 minit ayu usha-usha kedai depan tu, tak tahu nak buat apa. Rasa nak jerit je kuat-kuat. Tak pun ambik kunci tonyoh-tonyoh kereta tu bagi alarm dia bunyi. Yela, kereta besar kan selalu alarm dia kan power. Tapi tak tergamak pulak nak buat begitu.

ayu cuba untuk +ve kan minda ayu yang keruh ketika itu.

"Mungkin bawa mak,nenek atau sedara mara yang oku kot. Tu parking macam tu?" Tapi minda ayu gagal memprosesnya dengan baik. Sebab perbuatan parking lama-lama macam tu memang menyakitkan hati ayu atau mungkin siapa saja yang urgent. Kalau sekejap boleh diterima akal. Ayu cuba adjust juga nak try keluar tapi gagal. ruang terhad sangat. setakat motosikal boleh lah. huuhuhu

Sabarkan juga jiwa yang bergelodak ni. huhu.

situasinya
Tiba-tiba, segerombolan india pun keluar dari KLINIK HAIWAN dengan menggendong SEEKOR ANJING berbulu kembang. Apa lagi... BERBULU kembang jugak la ayu memdangnya. 5 ORANG dalam kereta semua nak hantar anjing tu apesal. tak kan sorang pun tak leh stay dalam kereta. Lepas tu 1 ucapan maaf pun tak ada. Sangat-sangat NO MANNERS! Ayu sempat separuh jerit "U tak tahu parking ke? No manners lah!" tapi entah mereka dengar ke tidak. huhuhu

Cuba bayangkan.. kalau ada orang yang perlu cepat untuk hal-hal yang sangat penting dalam hidup, kerana orang yang tak bertanggungjawab macam tu, boleh jadi macam-macam hal. Sekadar peringatan untuk diri ayu juga kalau nak buat apa-apa harus fikirkan orang lain. Jangan selfish.

Nota : member sekerja kata.. lain kali kalau kena,,,hon kereta banyak-banyak. biar semua orang nampak. Tapi kalau tuan kereta tu tak keluar gak, malu sendiri la ayu. (=_=)

02 December 2013

Donut Durian

Assalamualaikum.

last weekend, masa jalan-jalan beli barang kat Tesco terpandang Big Apple Donuts. Rasa macam dah lama tak makan donut sedap tu. ehehe..

duren duren
Macam biasa, ayu akan pilih The Alien yang ada rambu ramba coklat tu. Yummy! Tiba-tiba nampak Donut ada tajam-tajam atas dia. Pastu ramai pulak yang order "Donut durian 3,4,5..." 

Wah! Donut filling durian. Haruslah cuba. Dan ayu kan peminat durian, confirm la sedap kan. hehehe.. di tambah dengan semua yang datang dok mintak donut perisa durian tu, ayu pun terjebak lah.


Yummy!

tu ayu printscreen dari website big apple. Rupanya nama donut tu Duren Duren. Mungkin da lama kot ada Duren Duren ni cume ayu je da lama tak makan big apple donut. hehe. btw, memang sedap sangat! ayu suka. 

01 December 2013

PERCUMA ! Calendar 2014 Bergambar Sendiri

Assalamualaikum.

Korang nak Kalendar free siap dengan ada muka korang? hihi. kalau nak, jom la klik gambar kalendar ni. Join GA mudah ni. Manatahu, ada rezki kita.. :) 

CPUV 12 - Libresse

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Jumaat 29 November lepas Nuffnang dan Libresse telah memilih blog ayu untuk diberikan CPUV. Ouh. hihi. happy.. 



ALHAMDULILLAH

Banyak yang dah credited dan hanya berbaki 3 cpuv yang sedang giat mengumpul mata. ehehe

cpuv nuffnang: libresse
CONTOH IKLAN

untuk maklumat lanjut sila layari :


TQ Nuffnang, Libresse dan kawan-kawan blogger yang menyokong.

Nota : Dulu-dulu ayu pernah minta sample produk (klik). Best woo..dapat banyak. kiki.. dan lepas-lepas tu bila time birthday korang akan dapat kad birthday dari libresse. hihi