15 December 2013

Bunga Tangan DIY


Assalamualaikum
Tak berkesempatan nak update story panjang. Ayu share photo je ya. Kira ok la kan. :)

ni dia tutorial cara buat bunga tu.

ORDER BUNGA TANGAN DI BUKA : 

Bunga satin/cotton 2 warna 
saiz S 12 kuntum bunga : RM 45 sahaja
saiz M 18 kuntum bunga : RM 55 sahaja 
saiz L 24 kuntum bunga : RM 70 sahaja

(tidak termasuk postage) . (harga tertakluk kepada aksesori tambahan.)
NOTA : ayu ada jual tasbih murah sebagai doorgift serendah RM1.30.. boleh cek sini http://ayuzan.blogspot.com/2013/12/tasbih-sebagai-door-gift.html
Published with Blogger-droid v2.0.10

13 December 2013

Derma Banjir Melalui SMS

Assalamualaikum

Jom kita ambil peluang senang untuk menderma ni. Hanya dihujung jari je. Dan boleh derma serendah RM 1.Ayu perasan tabung banjir ni apabila tonton TV 1. Dan iklan derma banjir melalui SMS ni menjentik hati supaya dikongsi bersama. Mungkin ramai yang dah tau, tapi ayu share juga, manatahu ada yang belum tahu.

sumber : SKMM


Taip BANJIR <Jarak> <amaun> hantar ke 13999.
amaun : RM1/RM3/RM5/RM10/RM15 atau RM20.

Nota : jom kita grab peluang ni.

12 December 2013

Tinta Jumaat : Kekasih Yang Sentiasa Memberi Peluang

Assalamualaikum.

Salam jumaat.

Allah adalah Kekasih Agung yang sentiasa memberi kita peluang demi peluang. Lihatlah hari ini, Allah masih pinjamkan nyawa untuk kita mensucikan diri yang berdosa.

Kenapa Allah hidupkan aku hari ini?
Jawapan Imam Ghazali : Kerana dosaku terlalu banyak dan Allah masih izinkan aku untuk bertaubat.



Ayuh sahabat, kita sama-sama mencari redha Allah selagi masih diberi peluang oleh Kekasih Agung kita. :)

Love,
Ayu

Sumber gambar : FB Ustazah Fatimah Syarha

10 December 2013

Siapa Dr Zakir Naik

Assalamualaikum


Kenal siapa beliau? Beliau merupakan seorang pakar perbandingan agama di peringkat antarabangsa. Nama diberi Dr Zakir Abdul Karim Naik lahir di Mumbai India pada 1965. Ayu mengenali beliau sejak menonton sebuah rakaman tv yang mana beliau telah menjawab persoalan dan membidas hujah seorang pemuda kristian mengenai Nabi Isa sebagai Tuhan.

Ayu kagumi kehebatan beliau dalam melontar hujah. Siap ada 1 slot tu, si pemuda kristian sendiri salah memberitahu ayat ke berapa dalam bible dan diperbetulkan oleh Dr Zakir tanpa melihat atau membuka bible. Masya Allah. Memang ayu kagumi ilmu dan kepakaran yang beliau miliki. 

Hujahnya bernas, berisi, mampat dan sangat berkesan. Bukan sahaja mahir dengan isi alQuran malah banyak kitab lain yang beliau mahir seperti Bible, Veda, Bhagwad Geeta dan lain-lain. Pidato dan ucapan mantap itu benar-benar meninggikan martabat Islam. Allahuakbar.

Kalau korang nak kenal beliau boleh rujuk sumber sumber berikut :

Ni pula adalah video seorang wanita hindu yang mengucapkan syahadah tanpa ragu dan penuh yakin selepas persoalan beliau dijawab oleh Dr Zakir. Berulang kali ayu ulang video tu. Mendengar dengan terang dan jelas ucapan syahadah di Peace Tv tu.



sekian.. :)

09 December 2013

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

Assalamualaikum

ayu join GA.

jom join sama. Klik banner di bawah ya..


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour

Bantal Nikah DIY

Assalamualaikum

Bantal nikah adalah antara keperluan ketika melangsungkan hari pernikahan. Nak kasi pasangan pengantin bertenang bila duduk beralas gebu.Terutamanya pengantin lelaki yang bakal lafaz akad.

sekarang trend bantal ottoman, ala.. yang bulat dan ada lekuk-lekuk tu. Harga macam biasa lah, tak murah pun. Yela, kalau sewa pun habis murah 70-100 bantal tu.Beli lagi sangat. Ratusratus cik puan. Macam rugi rasanya..

Survey pula bantal segi empat yang besar tu kat Tesco dan Jusco. Konon kita jimat buat sarung aje. Tapi, tengok-tengok RM 25.90 harganya untuk 1 biji bantal. 2 biji RM 51.80. Belum sarungnya lg. Macam boleh jimat lagi..

dan setelah duduk diam-diam dan tekan tekan kalkulator, akhirnya ayu beli kain dan buat je bantal. Tapi bukanlah berbentuk bulat macam bantal nikah ottoman tu. Segi empat sahaja, macam zaman mak mak kite nikah dulu.

kualiti gambar kurang memuaskan. maaf ya
Kos untuk 2 biji bantal nikah : 

Satin 3 meter : RM 3.20 x 3 meter = RM 9.60 ( beli di Kah Bee Muar. Kalau Nagoya RM 2.50 semeter)
Renda tepi 8 meter : RM 1.50 x 8 meter = RM 12
Isi bantal : Bantal murah RM6 sebiji x 3 biji = RM 18

Total : RM 39.60 ( untuk 2 biji bantal ) Sebiji RM 19.80. :)
*untuk makluman, kos yg dinyatakan agak jimat sebab malas nak buat batang bantal.

macam mana murah kan?

Cara-caranya :

1- Potong kain ukuran 70cm x 70cm membentuk 2 helai segi empat sama.
2- Jahit keliling dan masukkan isi perut nya.
3- Jahit renda dikeliling bantal.

siappp.. :)

Alhamdulillah.

05 December 2013

Cuti Jumaat & Sabtu Di Johor

Assalamualaikum

Sesiapa yang duk di johor mesti maklum kan mengenai cuti hari jumaat dan sabtu di johor bermula Januari 2014 bagi kakitangan kerajaan. Dan swasta pula bergantung kepada pihak pengurusan syarikat samada nak follow atau kekal dengan cuti sedia ada.

Setiap orang mempunyai pendapat peribadi masing-masing. Ada yang setuju. Ada yang bangkang keras dengan pelbagai alasan. Ada yang tak kisah pun. Macam macam reaksi kawan-kawan keliling ayu. ada yang frust tak dapat shopping sebab rehat kerajaan hari jumaat kan lama. hihihi. geli hati ayu.

secara peribadi, ada beberapa sebab setuju dan tak setuju dari pihak ayu.

  1. Setuju! sebab ayu rasa, ini satu langkah baik dalam menaikkan martabat dan syiar islam.
  2. Setuju! sebab ayah ada peluang bawa anak-anak gi solat jumaat. Alangkah indahnya membayangkan momen itu. Tak lah anak entah solat ke tidak, dan ayah pulak gi solat jumaat pun dari ofis kan, camna nak jengah anak.
  3. Setuju! sebab bila time balik kampung, tidaklah jem sana sini sebab JB ni selalu je dipenuhi dengan kereta plat "SSSS". mereka kan cuti ahad.. so, tak bertembung di situ.
  4. Setuju! Pasti ramai yang awal ke masjid. Sebab kalau hari jumaat bekerja, pasti ramai yang terlewat sebab ada sesetengah tu dekat-dekat pukul 1 baru nak rehat.
  5. Setuju! Lepasni ramai yang boleh pilih nikah hari Jumaat bagi mengambil barakah Penghulu Segala Hari ini. Alhamdulillah.
  6. Setuju! Sebab di johor ada sekolah agama. Kesian bebudak, dah balik sekolah kebangsaan bekejar ke masjid ( tu yg ramai je ponteng solat jumaat) dan lepas tu lari balik nak gi sekolah agama. Kalau cuti jumaat urusan tu lebih 'clean'.
  7. Tak setuju! Jika bakal suami tak cuti jumaat sabtu. Company beliau berpusat di KL, maka, keputusan untuk cuti atau tidak haruslah dirunding dengan BOD dulu. Maka, kalau kami cuti lain hari, susah lah nak planning balik kampung. cume ada 1 hari je cuti penuh iaitu Sabtu. Harap-harap BOD pilih cuti Jumat Sabtu. Sebab.. kalau bakal suami tak cuti jumaat sabtu, alasan SETUJU yang nombor 2 & 3 di atas tak dapat lah direalisasikan oleh keluarga ayu sendiri. Sadis!
Apa pun, ayu percaya, tujuan dan niat Sultan Johor yang ingin melaksanakan kembali cuti umum seperti sebelum tahun 1994 adalah baik dan harus dipuji. Semua di atas adalah pendapat peribadi ayu sendiri ya. Setiap orang punya hak dalam meluahkan pendapat, dan ayu pecaya setiap keputusan yang di buat memang ada buruk dan baiknya.

negara cuti jumaat pun maju

Lihat komen yg ayu baca di blog ipohmalay. Ayu percaya, sultan dan pengurusannya juga pasti sudah memikirkan hal ini dan ayu percaya johor tidak akan tertinggal pun dalam urusan ekonmi dan perniagaannya. Dan ayu ada dengar PM cakap kat berita, urusan antarabangsa tidak akan terganggu dek kerana cuti Jumaat dan Sabtu.

Mudah-mudahan rakyat muslim di johor memanfaatkan cuti Jumaat ini. :)

Rasulullah s.a.w bersabda, 

“Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam , dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”. 
- (HR Ibnu Majah)


Rujukan : Utusan