17 June 2014

Our Lil Caliph - In Sha Allah

Assalamualaikum

maaf lama dah tak bw ke blog rakan-rakan. In sha allah lepas ni boleh sikit nak bw ke blog korang.

Cerita ni throwback bulan lepas punya story.. 5/5/2014 ayu dilanda gastrik teruk sangat-sangat sampai membawa ke muntah dari malam sebelum tidur sampai lah pagi nak pergi kerja. Lama dah tak kena serangan gastrik ni. Sebab kan period dah pun delay beberapa hari, ayu pun nekad jam 5 pagi terbangun dan buat UPT. Yela... orang kata HCG tinggi masa tu. Resultnya. Sangat kabur. Sehingga mengkaburkan juga semangat ayu untuk mengiyakan kehamilan. Tapi masa tu suami ayu dah happy sangat dah katanya nak jadi daddy dah. ihihih

Tapi pagi tu ayu still dengan pedih ulu hati sampai bawa ke muntah teruk dan suami pun bawa lah ke klinik. Dan doktor pun suruh buat UPT. Resultnya kabur juga macam yang ayu buat jam 5 pagi tu. Doktor cakap "kemungkinan" hamil dan menghadkan pemberian ubat-ubat gastrik ayu. dia cuma kasi ubat macam gaviscon, ubat maxelon (muntah) dan garam yang suruh bancuh tu je. Doktor pesan suruh retest UPT tu after a week.

Tapi dek ketidak sabaran ayu yang dok fikir fikir samada diri ni pregnant atau tak belum 1 minggu ayu dah buat UPT. 7/5 ayu retest dan hasilnya dah terang. cume dalam otak ayu ketika itu, kenapa dia tak sama terang. Even suami dah yakinkan ayu, ayu tetap risau dan tak yakin. haha

At last 11/5 ayu buat UPT dan hasilnya dua dua line sama terang. Baru lah lega yang amat-amat sangat. hihihi. Alhamdulillah.. Syukur syukur syukur sangat. Sebab Allah bagi ruang dan peluang untuk ayu merasai nikmat menjadi seorang ibu. Semoga ayu dapat jadi ibu yang baik buat little caliph ayu ni. :)
Nanti free ayu story lagi ya.


Mohon doa dari rakan-rakan blogger agar saya dan little caliph saya ni sihat, sempurna, dan selamat sepanjang proses kehamilan dan kelahiran.

23 comments:

sitirohaida said...

tahniah ayu,akak tumpang gembira...

ayuzan said...

@Kisah Si Dairy alhamdulillah. akak doakan ayu ya :)

Farah Waheda Wahid said...

Alhamdulillah, tahniah ayu, akak tumpang happy untuk ayu...

nae nematoda said...

tahniah, dan alhamdulillah :)
...sentiasa jaga pemakanan, semoga anak membesar dengan baik dalam perut :)

ecah khalili said...

tahniah..memang mula2 xterang sis..awal2 xberapa terang..repeat lepas 2 3 minggu baru terang..
jaga kesihatan n kandungan elok2 yer.. =)

Anum said...

tahniah

Karya Mahirah said...

Wah.. tahniah.. ramainya baby baru tahun 2015 nanti..

Nuriesya Nadia said...

Tahniah Ayu ! ^^

JunAina said...

Alhamdulillah...tahniah sis. Akak doakan akan sihat sepanjang mengandung dan selamat melahirkan nanti.

Unknown said...

tahniah ayu.. jijah yg excited ni.. bestnya preggy.. jaga diri baik2 yer

Amelia said...

Tahniah!

semoga semuanya selamat sahaja hendaknya. ^^,

IntaNBerliaN said...

Alhamdulillah... tahniah ayu..!! yg tak terang tu sbbnya pasal kandungan mash lg baru... kes ni mcm masa akak mula2 test utk prgnnat aqilah :-)

take care tau

ayuzan said...

@Farah Waheda Wahid tq sis.. :)

ayuzan said...

@nae nematoda amin amin in sha allah. tq

ayuzan said...

@ecah khalili kalau upt skrg da terang sgt dah. almost 11+ weeks alhamdulillah

ayuzan said...

@Nuriesya Nadia@Karya Mahirah@Nurzakiah Hanum tq u olls.. :)

ayuzan said...

@JunAina tq kak jun. amiinn in sha allah

ayuzan said...

@azizah :) tq jijah.. :)

ayuzan said...

@Amy J tq. amiinn... in sha allah

randomlyally said...

tahniah..tahniah..tahniah.. walaupun dah lama tau..hehehe

Mar Mansor said...

tahniah buat ayu & suami..jaga diri elok2 ye..

QasehnyaRania said...

alhamdulillah.tahniah baut ayu suami isteri
take care ye..susu, kurma jgn lupa

Azeramya said...

assalamualaikum & slm sejahtera..
tahniah di atas khabar gembira..
saya ada menjual pkaian menyusu, peralatan & kelengkapan menyusu.. sudi2 lh jenguk ye.. mna tau klau berminat..
instagram : azeramya
facebook fanpage : Azeramya
blog : azeramya.blogspot.com
Whatapps : 019-4946337
email : azeramya@gmail.com
terima kasih...