06 May 2015

Kenduri Akikah Dhiya Amani

Assalamualaikum

3/5/2015 yang lepas kat kampung ayu adakan majlis kenduri kesyukuran dan akikah Dhiya Amani Bt Mohammad Hafrizam.

Alhamdulillah. Simple je majlis. Yang penting matlamat akikah itu tercapai.

Semoleknya akikah, beri nama dan bercukur dilaksanakan dalam satu hari (afdal hari ke 7) tapi awal kelahiran dapat kami laksanakan bercukur dan beri nama je. Ibadah akikah kami tangguhkan. Tidak dapat dilaksanakan pada hari ke 7, tapi alhamdulillah dapat juga di laksanakan bila amani dah nak masuk usia 4 bulan. Tak pe..selagi belum aqil baligh masih sesuai. Islam tidak memberatkan. Malah akikah bukanlah wajib. Namun ibadah ini dituntut selagi mampu...iaitu hukumnya Sunnah muakkad(imam shafie) dan semestinya pelaksanaannya dapat menghidupkan sunnah rasulullah..

Mudah mudahan Dhiya Amani membesar dengan sihat, cerdik, pemurah dan menghidupkan sunnah rasulullah..jadi anak solehah ye sayang. Taat pd Allah dan rasul, taat pd orang tuamu, berbakti pada agama dan masyarakat hendaknya...

Aaminn...

Ummi daddy sayang awak.

Amani di hari akikahnya. Usia 118 hari masa ni.

5 comments:

Anum said...

:)

Illya LeYa said...

Alhamdulillah... Selesai juga majlis akikah dhiya amani... Semoga dhiya menjadi anak yg solehah dan bijak.. Teringin auntie LeYa nak jumpa dhiya..hehe...

sitirohaida said...

alhamdulillah..tertunai jugak hasrat ibu dan ayah...

Mar Mansor said...

alhamdulillah..dah selamat majlis aqiqah..
ada bajet buatlah, takde bajet, tak salah tak buat..

QasehnyaRania said...

alhamdulillah
aamiin