28 September 2015

Tips Memilih Pakaian Pejabat Wanita

Assalamualaikum.

Mesti ada antara korang yang kerja kena pakai pakaian pejabat kan? 
Gambar kat bawah ni lah BIASA sangat antara kita semua pakai. 

Bosan kan? hitam putih aje.



Ramai wanita antara kita yang sudah bekerjaya namun masih tidak tahu apakah cara untuk bergaya ke pejabat. Percaya ataupun tidak, pakaian ke pejabat tidak semestinya perlu tampak bosan dan sekadar berwarna hambar. 

Jom!

Ayu nak share sikit TIPS pakaian pejabat wanita.

Mungkin boleh jadi pemangkin semangat untuk kita nak pergi bekerja.


Classic look
Ini adalah antara gaya pakaian ke pejabat yang paling mudah untuk wanita gayakan ke tempat kerja. Walaupun ianya mudah for you to pull off, namun ada masanya ia akan membuatkan anda kelihatan sedikit membosankan jika terlalu kerap digayakan. Namun terdapat satu tips yang boleh anda lakukan untuk elakkan situasi itu iaitu dengan menambahkan statement piece ke atas persalinan anda seperti aksesori, kasut mahupun solekan yang menarik. Bila di tambah aksesori menarik, yang classic tu terus jadi menarik kan?





Casual business look
Gaya ini mudah untuk anda dapatkan dan ianya agak versatile. Satu tips yang anda perlu tahu ialah to always wear heels, smart top yang boleh buatkan anda kelihatan feminine, blazer dan seutas beg yang menyerlahkan gaya professional anda. Anda juga boleh have fun dengan aksesori mahupun kasut ataupun beg yang bersesuaian, bergantung dengan kerja anda. Masa ayu kerja kat bank dulu, memang kena always wear heels dan bergaya professional.



Careless chic
Ianya mungkin adalah untuk mereka yang seolah-olah tidak mengambil kisah ataupun hiraukan tentang fesyen. Tetapi di mata pencinta fesyen gaya yang ditonjolkan ini adalah street-style-worthy. Kadang kadang nampak chic tu comel kan?




Glam look at the office
Fuh! Sape suka glamer?
Ini adalah penampilan yang sesuai untuk wanita seksi yang rule the world, dan mahu menakluk profession kerjaya mereka dengan solekan yang cantik, bibir kemerahan, kasut tumit tinggi yang bergaya bersama persalinan yang stunning! Sesuai untuk para wanita yang berani dalam memilih fesyen.



Simple & Feminine
Jika anda adalah gadis yang suka akan flowy flirty dress bersama barangan kemas yang kecil dan suka tampil smart kasual maka ini adalah gaya yang paling sesuai untuk anda. Simple tapi tetap cantik dan terserlah kewanitaan.

So korang pilih yang mana? 
Esok datang kerja boleh lah dengan gaya baru.

"GAYA BARU, SEMANGAT BARU!"

1 comment:

Syamimi Saad said...

Dlu msa kje berbju kurung je..hehe