16 July 2013

DIY : Hias Bekas


Assalamualaikum. tengok atas. hihi. tu bekas yg org jual murah-murah. sy beli kat econsave muar masa balik kg lastweek 69sen aje. 
saje beli utk tambah-tambah letak powder-powder yang ada kat dapur.

tapi tak sengaja tangan terdeko begitu.
sudahnya, xjadi lah nak letak dapur. hihihi..

buat letak candies lg comel.hihi

nota hati :
banyak lagi part harus diperbaiki.kurang kemas. ehehe

love,
ayu zan

14 July 2013

Kurang Beradap

Assalamualaikum readersku sayang.

saya agak terkesan dengan isu ini. gambar makan bak kut teh a.k.a sup tulang ba** kemudian diupload dan letak situ selamat berbuka puasa. dan tambah berang bila dia letak logo halal. 
itu nampak sangat-sangat biadap ya.

berbeza dengan pengalaman saya,

saya ada kawan cina. 3 tahun bersahabat, berdua ke mana-mana.
but she always know do & dont for muslim like me.
malah dia menghormati waktu solat saya.

ini masalah individu yang kurang berakal, tu yang cetuskan isu perkauman.

saya sangatlah tak gemar isu racist ni.

*makan bak kut teh. pastu buat gini. kuwajaq kan. semoga ada tindakan sewajarnya, bukan semudah minta maaf.*

gambar pinjam kat blog : Ben Ashaari

Love,
Ayu zan

Fenomena Adaptasi Novel

assalamualaikum.

sekarang musim drama adaptasi dari novel kan?
biasala novel. klise..
kawin paksa ==> tak suka ==>bahagia.

ala ayu.. ko cakap je klise. tapi ko tengok juga.

yaa... tak kata klise tu tak best. memang biasa adaptasi novel ni best. tapi, sekadar buah fikiran dari saya yang kerdil ini, why not dipilih novel yang tarbiah untuk adaptasi? ya..bukan tak ada langsung. ada beberapa sahaja yang bole dikira cth : Warkah cinta.

Bila drama tarbiah, pastinya watak yang ditayangkan adalah seorang ikon yang baik dari segi aurat,tutur dan gaya hidup Islaminya. Jadi, saya fikir, jika ikon-ikon seperti ini jadi ikut-ikutan anak muda islam, ia jadi satu bonus yang baik.

selain itu, isi kandung cerita yang syariah pasti membantu dan memberi kesan kepada kehidupan penonton. saya beri contoh, novel Sebarkan CintaMu karya Fatimah Syarha. Pergolakan hidup dalam institusi kekeluargaan itu begitu dekat dengan masyarakat. 
(soal cinta, nikah khitbah, poligami, dll). dan dalamnya juga diberi penyelesaian cara Islami. Bukankah islam itu segalanya. dan yang buat saya rasa kagum, karya beliau bukan mengambil kira soal perasaan semata-mata bahkan ia hasil dari kajian beliau ketika Projek Sarjana. 

kita juga ada beberapa nama lain yang hebat seperti Dr Farhan Hadi, Hilal Asyraf dan lain-lain. Karya mereka sungguh 'inspiring'. :)

Tapi semua di atas ni sekadar buah fikiran saya sahaja. Kerana saya percaya, dengan memilih Islam.. bukan sahaja sebagai Agama Kad Pengenalan.. Bahkan ia harus secara total tak kira lah dalam isu kehidupan, hiburan mahupun apa sahaja.


Islam is a way of life, try it.
Islam is a gift, accept it.
Islam is a journey, complete it.
Islam is a struggle, fight for it.
Islam is a goal, achieve it.
Islam is an opportunity, take it.
Islam is a promise, fulfill it.
Islam is a duty, perform it.
Islam is a treasure (the Prayer), pray it.
Islam has a message for you, hear it.
Islam is a beautiful way of life, see it.
Islam is love, love it.

(cc : blog seseorang, i lost it, xdpt nak credit)

Nota Cinta Hati :

Jika Novel Islami jadi adaptasi :
penulis novel/skrip dapat pahala
pengarah/penerbit dapat pahala
pelakon (yg syariah) dapat pahala
malahan...
penonton yang ditarbiah juga dapat pahala.

Love,
Ayu zan

11 July 2013

KEK BIRTHDAY UNTUK MAK DAN ADIK

assalamualaikum.

salam ramadhan. 
moga2 ramadhan kali ini dipenuhi dengan barakah hendaknya.

okey, entry kali ini berkaitan KEK. eh..haritu promote kek. ni promote lagi ke?
hehehe

last week my mum birthday. sekali dengan birthday adik perempuan kecil saya next week. balik hujung minggu lepas malam-malam saya suprisekan kan dengan kek. kikikiki.. dekat jam 11 malam juga sampai rumah. 

sampai rumah, glad,,alhamdulillah..mak masih setia menunggu saya sampai dengan selamat. mak memang mcm tu. she's the best mum ever. 

tapi adik kecil saya si Nurul Fatihah tu dah tido. saya gagahkan diri..pi kejut sampai dia bangun. :) siap dukung lagi weh. berat dah adik akak ni sekarang. maklumla..da nak masuk fasa anak dara. dah darjah 5 da ekau..

tu adik dengan muka bangun tido nya. still sempat senyum. yelaa..bebudak kan loves cakes..

macam biasa. kek ni saya order dari Fiqah Rich Cake a.k.a Kak Yun. 
murah je ok. kek birthday.. RM30/kg. (murah kan?)
utk sekitar muar..bole la try2 order. 

dia pakai fresh krim. bukan icing tau.
krim dia jadi nyummy gila.. ops...hihi..over la ayu..
ko kan puasa..
btw,
kek memang sedap.
RECOMENDED!

Love,
ayu zan

30 June 2013

Kek Kawin Pilihan Kawan Saya

Assalamualaikum.

apa khabar korang?
hopefully baikbaik sahaja.

ok entry kali ni nak bercerita sikit. 
kawan sekerja saya ni nak berkahwin.
so, dia dok survey-survey kek kawin.
kata dia.. mahal mahal belaka.
yelakan..kalau bole ofcoss nak yang terbaik for wedding,tapi kalau mahal sangat, rasanya satu pembaziran.
sebab kita kawin bukan untuk on the wedding day sahaja. panjang lagi...moga-moga hingga ke akhir usia dan bawa sampai ke syurga.

amboi. panjang pulak bebelan macam kamu yg nak kawin ayu.

here the wedding cake yang saya suggest kat dia.

FROM : Khairunnisa Yun  (FB)

Nice kan? simple but nice. murah pulak tu. xsampai 200.
krim sebenarnya tu.. tapi cantik macam fondant.
Kak Yun tu kawan saya, dia buat kek memang sedap tau. especially the chocolate moist cake. 
superb lah. hihihihi..


Nota Jari Manis :
Sekarang musim kan kek kawin ada cupcake kat bawah. 
bagus kan macam tu. mudahkan orang nak makan.  
UPDATE 17/7/13 - visit her page https://www.facebook.com/FiqahBakery

Love,
Ayu Zan 

25 June 2013

Wedding Raidah

Assalamualaikum.

Entry kali ni khas untuk My blogger friend a.k.a teman sekolah menengah a.k.a teman dok asrama. RAIDAH BT SARUN. yang telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya Naufal.

Congratulation dear. Barakallufikum. Semoga jodoh kalian sampai ke syurga hendaknya.

yang tudung senget tu saya la tuh. hihihihi. :)

Lama Menyepi

Assalamualaikum.
untuk sapesape yang terbaca post kali ni..

lama dah saya tak post apa-apa kat sini. haritu rasa nak delete account blogger ni, tp sayang tak terhingga. yela..satu masa dulu pernah jadi perkara terindah dalam hidup. faktor masa, kekangan kerja hakiki dan juga kekangan kerja suka-suka serta kerja-kerja rumah menghadkan masa untuk berblog.

ouh.
apa kerja suka-suka saya tu?


ni dia kerja suka-suka saya. asalnya suka-suka. last-last menjadi kerja sambilan, maka diberi nama kerja suka suka. Buat kraf sikit-sikit. dapat juga beri kepuasan diri selain dari buat tambah-tambah duit kocek.

Ok lah. Jumpa next post ya.. banyak nak buat entry nih. ehhehe..

Love,
Ayu Zan