14 July 2013

Fenomena Adaptasi Novel

assalamualaikum.

sekarang musim drama adaptasi dari novel kan?
biasala novel. klise..
kawin paksa ==> tak suka ==>bahagia.

ala ayu.. ko cakap je klise. tapi ko tengok juga.

yaa... tak kata klise tu tak best. memang biasa adaptasi novel ni best. tapi, sekadar buah fikiran dari saya yang kerdil ini, why not dipilih novel yang tarbiah untuk adaptasi? ya..bukan tak ada langsung. ada beberapa sahaja yang bole dikira cth : Warkah cinta.

Bila drama tarbiah, pastinya watak yang ditayangkan adalah seorang ikon yang baik dari segi aurat,tutur dan gaya hidup Islaminya. Jadi, saya fikir, jika ikon-ikon seperti ini jadi ikut-ikutan anak muda islam, ia jadi satu bonus yang baik.

selain itu, isi kandung cerita yang syariah pasti membantu dan memberi kesan kepada kehidupan penonton. saya beri contoh, novel Sebarkan CintaMu karya Fatimah Syarha. Pergolakan hidup dalam institusi kekeluargaan itu begitu dekat dengan masyarakat. 
(soal cinta, nikah khitbah, poligami, dll). dan dalamnya juga diberi penyelesaian cara Islami. Bukankah islam itu segalanya. dan yang buat saya rasa kagum, karya beliau bukan mengambil kira soal perasaan semata-mata bahkan ia hasil dari kajian beliau ketika Projek Sarjana. 

kita juga ada beberapa nama lain yang hebat seperti Dr Farhan Hadi, Hilal Asyraf dan lain-lain. Karya mereka sungguh 'inspiring'. :)

Tapi semua di atas ni sekadar buah fikiran saya sahaja. Kerana saya percaya, dengan memilih Islam.. bukan sahaja sebagai Agama Kad Pengenalan.. Bahkan ia harus secara total tak kira lah dalam isu kehidupan, hiburan mahupun apa sahaja.


Islam is a way of life, try it.
Islam is a gift, accept it.
Islam is a journey, complete it.
Islam is a struggle, fight for it.
Islam is a goal, achieve it.
Islam is an opportunity, take it.
Islam is a promise, fulfill it.
Islam is a duty, perform it.
Islam is a treasure (the Prayer), pray it.
Islam has a message for you, hear it.
Islam is a beautiful way of life, see it.
Islam is love, love it.

(cc : blog seseorang, i lost it, xdpt nak credit)

Nota Cinta Hati :

Jika Novel Islami jadi adaptasi :
penulis novel/skrip dapat pahala
pengarah/penerbit dapat pahala
pelakon (yg syariah) dapat pahala
malahan...
penonton yang ditarbiah juga dapat pahala.

Love,
Ayu zan

3 comments:

Sarah said...

Memang sekarang musim adaptasi novel je kan. Saya langsung tak teringin nak tengok. Kawan2 semua cakap best la, syok la, bagi saya biasa je. Storyline dia memang dah boleh di agak dari awal. Mula2 kne kawin paksa, tak suka, pastu bahagia last2. Better if buat adaptasi dari novel islamiah. Boleh jadi pedoman semua and dapat pahala. Thanks becoz share thought yang sama dengan saya selama ni.

ayuzan said...

yup. saya masih tunggu2 novel islami diadaptasi. saya mahukan Islam lebih dikenali. cara hidup islam itu indah.

Sarah said...

Yepp, sebagai salah satu cara untuk saling ingat mengingati. Bukan semua orang minat membaca, tapi bila ada cerita islamiah kat tv, baru org boleh tengok and dalami islam :)