Assalamualaikum
semalam ayu & uda berbuka nasi ayam homemade. biasa lah namanya homemade mestilah ayu masak berdasarkan bahan-bahan yang ada di dapur.
ok, ni nak cerita pasal ayam untuk nasi ayam. Macam-macam cara juga lah ayu cuba untuk masak ayam tu. 1st dulu-dulu masa mula masak nasi ayam ayu goreng biasa jek ayam tu. dok memikir mcm mana orang masak ayamnya hitam-hitam basah-basah tapi dalamnya masak sempurna gitu.
ok, after google dan tanya-tanya sana sini. ayu pun mencubanya..dan sejak itu selalu lah nak makan nasi ayam. kikikiki
![]() |
sorry ek.. xde salad. hihihi.. |
Ayam :
rebus ayam + (bwg putih,merah,halia yang ditumbuk) + halia + sup bunjut + garam.
lepas tu toskan ayam dan perap dengan kicap manis + sos tiram. lepas beberapa jam, goreng dengan cara deep fry. Ayu goreng dalam periuk dan minyak banyak supaya semua bahagian ayam masak sekata. siappp.. goreng pun yg nak bagi kering sikit luarnya tu.. lagipun tadi da rebuskan? hihii
lagi satu, kicap yg lebih buat perap tu, campur air rebusan ayam tadi (didihkan jap) dah boleh jadi kuah kicap yang makan bersama nasi ayam. (jika suka la)
nasi ayam : ayu cairkan butter + masak nasi seperti biasa tapi masak guna air rebusan ayam sekali ngan rencah-rencah dia tu. + garam + kiub ayam kalau nak bg kuat rasa ayam hehe. *ayu xletak.lupa*
sos : ayu blend bawang putih + tomato + lada boh + air rebusan (kalau guna lada hidup lg sedap tapi ayu kehabisan stok). pastu masak dan campur air asam.
air rebusan tu bole la korang jadikan sup. :)
ala..ramai je lg otai dari ayu. tapi saje ayu nak share juga.
p/s : uda cakap sedap! apesal akak tak masak lebih sikit. hihihi. ok, next time la ya adikku.
Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan
Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan
21 comments:
Waa~ ayu masak nasi ayam! (>.<)
Nak cuba resipi ayu laa kalau macam ni.
Hee...terima kasih kongsikan resipinya. :D
sama-sama :) try tau.. tp ejas2 ikut sedap rasa ya..
selalunya, kalo terfikir nak cuba masak nasi ayam, mesti akan terfikir 'macam leceh'... ye la, nak kena rebus, goreng, wat sup, sos... bila baca betul2, in sha Allah tak la leceh mana kan...
sebab tu smpai sekarang tak pernah try lagi buat nasi ayam.. keinginan tu ade.. tapi kemalasan membantutkan segalanya... hihihi..
tapi, tengok ayu dah buat terasa nak buat jugak... kikiki...
Hehe..in shaa Allah. :D
atie, senang je sbb ayam tu rebus terus bole pakai utk semua benda. ayu balik lunch hour rebus ayam dan perap. balik petang tinggal masak nasi,buat sos je. :)
gd luck dear.
mak sy nak masak nasik ayam utk buka hari ni :D :D
resepi mak byha mesti lg auummm.. yela.. otai masak kan. ayu ni resepi amatur.heheehe
wah,mcm nak try jer..memang faveret ni nasi ayam..tpi sejak preg ni,cam slera out ckit utk nasi ayam..tp nnt balik umah mak mertua,akak nk try masak..hehe..
cubela kak. kot-kot terbuka selera bila masak sendiri. hehehe.
preg ya? jaga kesihatan ya... :)
Boleh try hari minggulah kalau hari kerja pukul 7 sampai rumah, apa pun tak sempat nak buat.
xpe kak. apakan daya.. kekangan kerja kan. sy balik kul 6. lunch time balik prepare dlu apa2. kalau x..balik kije brsilat pun lum tahu sempat. nak cairkan air batu kat ayam pun makan masa kan..
nampak pon dah menyelerakan ni...
kak jijah...free2 bole la masak.ihihi
salam ayu.
Nasi ayam senang .menarik nama tu..
Lawatan malam tirana aduka
ye,syg..tgh preg nih..skrg ni cam rajin pulak nak masak sendiri...huhu..
Salam kenal ...
Huh3x pagi2 bukak nampak menu yg lazat ni...sib baik kuat iman...
Well ptg nie mcm nak bbuka menu yang sama nie la...
Tq tirana singgah sini. :) nnt ayu bw sana ya.
Bagus la kak. Ayu ni even beginner masak memasak, ayu lbh suka masak sendiri. Sedap atau tidak yg penting jimat, bersih n selamat. :)
Salam kenal. Hihihi..
Haa.. Masak ya jgn xmasak. Lg pun senang je ni..
tengok pun dah tau sedap ni ayu... maknanya lepas ni kenalah buat lagi ye.
wow!. mesti sedap ni kan..
Post a Comment