Assalamualaikum.
amboi, panjangnya tajuk. kui3..
tak reti dah ayu nak kasi nama.
semalam akibat menengok blog Cik Atie masak ayam goreng berempah,
ayu pun terikut sama. TQ atie for inspired me.
tapi semua resepi ni daripada mak ayu.
:) dan memang ayu dah pun bercadang nak masak sambal tumis ikan bilis+tempe. sebab haritu balik Muar, mak ayu bekalkan 5 keping baru usik 2 keping aje. Lepas tu, after fikir-fikir, why not masak nasi lemak aje. mcm serasi aje dengan lauk pauk tu.hehehehe
banyak nya.. tp bukan ayu yg makan ni. |
nasi di atas ni, adik ayu (uda) yang punya.
agak-agak banyak gini RM berape kat kedai? ehhehe..
How to cook?
Ayam Goreng Berempah
ayam goreng berempah tu tak banyak beza dengan cik atie kite buat, cume ada sedikit je beza dengan resepi mak ayu ni sebab guna ketumbar.
Bawang putih + bawang merah + Halia + kunyit hidup/serbuk + Serbuk Kari + Ketumbar + gula,garam = Kisar halus
Perap ayam dengan bahan kisar tu + daun kari
ayu perap masa balik lunch hour kul 1. dan goreng deep fry (minyak banyak-dalam periuk) masa pukul 6.30 ptg
Nasi Lemak
Basuh beras + santan + bawang putih (diketuk) + halia (diketuk) +garam + air
kalau ada daun pandan lg sedap.
Sambal Tumis Tempe + ikan bilis
kisar lada kering+bawang besar+bawang putih
ikan bilis + tempe (potong kecil) = goreng dulu
tumis bawang besar
masukkan bahan kisar, masak sampai garing(ikut selera ya)
masukkan ikan bilis dan tempe yg di goreng td..
masukkan gula+garam+air asam jawa
mak ayu kata, sambal nasi lemak elok manis sedikit (sedikit yaa..)
TQ Mak utk resepi sedap sampai uda menjilat jari.
siap puji kata sambal tumis kakak makin nyummy..hii kembang sekejap. (astagfirullah)
nota hati :
ok tu aje resepi yg nak di kongsi.
niat ayu share bukan menunjuk ya.. takut ada yg salah faham, masak xpandai tapi menunjuk.
ayu sekadar nak berkongsi resepi mudah sebab ayu pecaya kat sana ramai beginner memasak macam ayu dan bila mula nak masak, mesti cari benda yang mudah nak masak kan?
dulu ayu pun jarang masak, baru dlm 1 tahun ni je ayu tekun masak. sejak duduk rumah sendiri :)
Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan
love,
ayu zan
4 comments:
rajin nya dia.. boleh lah mama pinjam resepi ni ye..
sila kan mama.. :)
Sedapnye! Kalau kat kedai mahal tu. Better buat sendiri. Lagi2 sedap dari kedai punya. Thanks share recipe tu kak :)
haah cik s. lebih puas hati. :)
Post a Comment