Nuffnang

31 July 2013

Raihan Kumpulan Nasyid Beraura Tinggi


Assalamualaikum.

ingat lagi tak lagu-lagu Raihan yang top top dulu?
mestilah ramai yang ingat kan?


ayu masih ingat lagi masa sekolah rendah, lagu-lagu kumpulan mereka jadi manisan lidah ayu dan kawan-kawan.

antaranya lagu Iman Mutiara. siap hafal hafal..

Iman adalah mutiara
di dalam hati manusia
yang meyakini Allah Maha Esa
Maha Kuasa

even ketika itu kami anak-anak kecil ni manalah faham maksud tersurat mahupun tersirat.
ala..nama pun anak-anak kan..
tapi, aura Raihan dalam menyemai semangat cintakan nasyid ketika itu amatlah boleh dibanggakan.
sampaikan, dalam persembahan nasyid sekolah, lagu Raihan banyak jadi pilihan.

lagi-lagi lepas glamer kat malaysia, mereka melebar sayap ke serata dunia.. ke Indonesia, Thailand even ke negara Eropah pun diorang berjaya tembus.

Lagi 1, korang ingat tak zaman-zaman BAJU RAIHAN?
hehe..yang mcm baju melayu, pastu butang atas sampai bawah gaya kemeja tu.
ayu suka nengok orang pakai. pakai dengan slack pun dah nampak kemas.
bergaya kan?

Personally, ayu berharap industri muzik tanah air kita ni, berjaya melahirkan lebih banyak penyanyi-penyanyi yang berdakwah dalam lagu. Yela, sekarang kan banyak jenis muzik, Pop Ketuhanan ke, Rock Nasyid ke ataupun apa saja lah. Asalkan mengingatkan kita kepada agama, maka ia jadi medan dakwah.

Korang layan tak lagu Raihan ni?

LOve,
Ayu

6 comments:

IbuNoey said...

akak pun minat kumpulan ni..dorg terbest akak rasa..

JunAina said...

Suka lagu2 depa...

Norhasniza Khalid said...

mama juga minat raihan.. pernah sekali jumpa dorang masa buat show kat shah alam..

Ayu Zan said...

ayu pun kak. :)mmg dorang the best.

Ayu Zan said...

mama : oo... bestnya.. teringin nak join show diorang. tp skrg nazrey da xjoin raihan. sob sob

Ayu Zan said...

junAina : ramai kan suka lagu depa