10 April 2015

Orang Lumpuh Pun Solat



assalamualaikum

posting di atas ini begitu menyentap jiwa yang lemah ini. Allahu Robbi.. Lumpuh dan tidak berdaya pun solat, apa alasan kita yang sihat tubuh badan untuk mengabaikan rukun islam dan tiang agama ini..... 


06 April 2015

Amani dah 3 bulan

Assalamualaikum

Harini usia dhiya amani 92 hari.

Alkisahnya semalam...
Ummi balik keje amani ngempeng sepanjang petang sampai tido. Kejut kejut pun nak tido gak. Pastu sambung sambung tidonya sampai ke tengah malam. Dah puas tido lama, kul 2-3 pagi bangun segar bugar macam dah siang pastu ajak ummi daddy bergurau gurau dengan dia. Dan tak nak tido balik.


 Amani tersalah masa malam tadi.. Hihi.. Tak pernah lagi amani buat gini. Ni beralih 3 bulan dapat ilmu baru nampaknya..

Gi keje harini ummi lak dah mcm salah masa siang rasa malam. Ngantuks u ollss..

Notakaki : amani kejut ummi daddy ajak tahajjud ya...

05 April 2015

Amani Hisap Buku Lima

Assalamualaikum

puting tiruan amani tak suka. amani suka yang original je. tangan pun original kan? hehe.

nah..belanja video amani hisap buku lima. uishh...sedapnya anak..hihi




Posted by Noridayu Zan on Monday, March 16, 2015

GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA

assalamualaikum

lama dah tak join GA.
harini curi masa sikit meriahkan GA para blogger..
ayu sempat join GA simple simple je.


klik banner untuk join
:)

03 April 2015

Guestbook Simple Untuk Sahabat

assalamualaikum

harini rakan sekerja saya nikah. last minit boleh pulak beliau request untuk sebuah guestbook buat majlis beliau. ayu nak gi beli bahan bahan nak buat memang tak dapatlah. Yelah, lunch time lunchkan (BF) dhiya amani, kul 4 balik kerja terus amik amani kat rumah pengasuh.

so, ayu suh kawan ayu ni beli sketchbook, pen warna warni, gam uhu dan frame.

selebihnya ayu deko ikut stok material yang ayu ada. Senang je pun. Balut buku pakai kain english cotton, lekat lekat reben warna senada, hias sikit renda, buh nama...siap..

simple dimple ok. hihi.. tapi alhamdulillah kawan tu suka... hihi. dah dia request sehari sebelum dia cuti kawin, ini jelah dapat ayu buat...sambil sambil bz kelek si kecil kesayangan. curi curi masa lah deko guestbook ni.

dulu pernah buatkan guestbook kawan gak kat entry ni. so, ayu guna balik je design tu atas kesuntukan masa..



ok lah.. sekian dulu entry kali ni..

semoga mahligai perkahwinan Nadia dan Khairul kekal bahagia sampai syurga... aamiinn

02 April 2015

Amani menyusu guna sudu

assalamualaikum

setelah 2 bulan ajar si kecik tu nyusu botol amani still reject.
jom tengok senarai terbaru teat dan botol susu beliau.

  1. teat dan rumble tuff
  2. teat dan botol OKBB
  3. teat dan botol NUK orthodontic
  4. teat pegion kuning
  5. teat dan botol tommee tippee
  6. teat dan botol pigeon peristaltic plus
  7. teat dan botol avent
  8. teat dan botol MAM
  9. teat dan botol anakku
  10. teat pegion silicon
  11. teat anakku (jenis short neck sikit)
tu lah senarai buat masa ni.

ayu dah mula kerja dah 5 hari dah.
ahad amani dok dengan daddy dia, isnin-khamis dengan baby sitter. dan akhirnya amani menyusu pakai sudu. ataupun titiskan dalam mulut dia. itu je dia mahu. kalau disuakan botol...confirm buat aksi mau muntah dan ngamuk. so, better sudukan jugak., even cuma beberapa suap, dia tak nangis,,sebab dah ubat haus dia.

syukurlah.. setiap ujian tu Allah turunkan bersesuaian dengan keadaan setiap hambanya. anak ayu ni jenis tak banyak ragamnya, tapi ragam taknak botollah paling payah sekali nak handle. tapi aturan Allah tu lancar. Tempat kerja ayu dekat, jadi pukul 1 ayu boleh direct feeding (DF) amani. dan pukul 4 amik amani terus DF lagi. Mengikut kata pengasuh, amani tak nangis kuat pun, cume bangun tidur dia haus dia merengek lah. Dah sudukan susu dia ok dan boleh ketawa ketawa dan main-main. 

berkali kali juga ayu tanya pengasuh adakah anak ayu ni susah untuk dijaga. Tapi syukur makcik tu cakap amani baik.. cume tak nak botol. tapi amani senang tidur. hihihi bab tidur tu macam ummi daddy la tu. letak pale trus lelap.hihi..

tapi balik rumah balas dendam lah jap jap nak bf..siap buat aksi nak nyusu nyonyot bibir sendiri tak pun masuk sebuku tangan masuk mulut dan sedut kuat kuat nak bgtau ummi dia nak nyusu, hihi

tak pe lah nak,, ummi akan terus gigih lunchkan awak tiap hari yang penting awak dpt susu dan tak nangis. :) sayang ummi sangat sampai taknak botol susu even dah 2 bulan ummi training.. redhoooo...

love u dhiya amani.. semoga terus jadi budak baik ye sayang...

2 hari sebelum ummi mula kerja

26 March 2015

Gadget Amani : Ring Sling Mamapatch

assalamualaikum
kan haritu ayu ada share nak baby wearing kan?
memandangkan baby bawah 4 bulan(sila google utk maklumat lanjut) tidak digalakkan berSSC, ayu dan suami decide beli RingSling selepas study serba serbi berkaitannya.

akhirnya kami beli di TinyTapir brand mamapatch. ala.. yang murah je... hihi. tapi utk ayu mahal dah tu kalau 100+. tapi fikir fikir.. handphone bole beli, ape salahnya beli keperluan anak kan. yang penting mamapatch ni dah lulus RSnya dan insya allah baik kualiti kainnya..

1st time- gi jusco totally salah. Dan tak pandai buat M position kaki dak dhiya amani.

2nd time - gi jusco. parking dhiya rendah ke bawah. X sampai paras bole cium. Tp amani tido je. Suka dia. tapi lupa nak ambil gambar.


3rd time- gi pasarmalam. Ok lah sikit. Cume tak kemas lagi. Tapi. Amani memang tido bila dok dalam ni. Melekap jekan..baby mmg suka. Dpt dengar degup jantung ummi. Best woo...


masa gi pasar malam
4th time - kat muar masa jenjalan balik dari wedding kawan encik suami. masa ni hancus xkemas. tapi as long as M position. jalan jela. kikiki

at wetex parade
5th time -gi Mydin shopping keperluan dapur. alhamdulillah. makin mahir pakai RS ni. Amani pun elok dok dalam tu siap burp dan gumoh(muntah susu) kat tudung ummi..hihihi

masa ni baru siap pakai

ok lah. tu je sharing untuk kalini daripada beginner babywearing ni,,hihihi

love,
ummi dhiya