07 August 2013

cornflakes madu giant!


Sebenarnya tak cukup cup kecil, so, ada baki sikit lagi, ayu pun guna cup besar yg ada tuh. Hehe
Resepi :
1pack besar cornflakes
1cwn madu
1/2 cwn gula perang/ising *ikut suka
Separuh Butter (pek kecil)
Kismis


  1. Masak butter,gula,madu.
  2. Campur dgn cornflakes+kismis.
  3. Hias dgn apa sahaja. Ayu guna ceri,bijan.. 
  4. Masuk dalam cup-cup kecil mahupun besar, dan di bakar sekejap dalam oven. agak-agak berubah warna.. boleh lah dikeluarkan..:)

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

Published with Blogger-droid v2.0.10

05 August 2013

esok balik kampung

Assalamualaikum

Esok pagi lepas sahur ayu & adik-adik gerak balik muar. Ayu & aman naik Cik Lisa ayu, uda naik encik Rxz broom broom dia. Harapny semua selamat. :)

Doakan ayu selamat :)

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
Tulus Ikhlas daripada Ayu Zan

Published with Blogger-droid v2.0.10

04 August 2013

Popia Nestum Ayu

Pengisian ahad malam isnin. Ayu dah lama nak buat popia nestum ni. Tapi, kekangan masa (yeke) menyebabkan asik la bertangguh.

Sedang ayu menggolek-golekkan kulit popiah tu. Ralit menggulung, adik laki ayu (aman) offer nak potong kecik2. Wah.. Apa lagi.. Happy gila lah ayu. Hehe..

Kira ni hasil dari air tangan bujang jugak la. Hihi.

FYI adik laki ayu ada 3.
Angah - kat kampung teman mak & adik perempuan kecil, angah kije sana.
Uda - keje company area sni dok dgn ayu.
Aman - study ILp pasir gudang, so weekend kat umah kakak dia lah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

03 August 2013

lesung batu comel turun temurun

Alkisahnya masa ayu mula-mula duduk umah sewa, perkakas ofcos la byk yg xde. Nk masak harusla dihancur lumatkan bahan tumis kan? Blender lum mampu beli masa tu. Mak pun dengan suka cita dok turunkan kat ayu lesung batu beliau. Mak kata, dulu masa mak mula-mula dok uma sendiri da kawin tu, ni la lesung batu yang comel banyak berbakti untuk memasak.

Sekarang, ayu da ada blender. But still ayu masih 80% guna kan mesin lesung batu ni. Terasa macam puas hati la kalau dapat tenyeh-tenyeh bahan tu. Hihi. Pastu, masakan lebih enak (yeke?)...

Published with Blogger-droid v2.0.10

puding roti kukus lagi


Assalamualaikum.
Happy saturday kawan-kawan.
Mesti ramai je yg dah balik kampung.
Ayu, in shaa allah hari isnin malam selasa sampai muar. ;)
Macam mana sabtu korang?
Mesti ramai yg shopping sakan.
Ayu?
Ayu biasa je. Siang tadi pi Kip Mart masai, ngan mydin. Fuh! Penat. Penat tengok org. Sebab ramai sangat. Nasib baik 90% persediaan dah ready, lagipun ayu cube untuk bersederhana. Cume tadi dok melayan adik adik bujang mencari perkakas mereka. Cerewet lelaki u olls..
Ok, back to our tittle..
Semalam ayu buat puding roti lagi. RUJUK RESEPI : http://ayuzan.blogspot.com/2013/07/menu-puding-roti-kukus.html
Macam biasa la.. 1 minggu sekali buat. Sebab request dr adik-adik yf suka sgt makan.. Hihi..
Sorry xdpt nk BW byk2. Biasa la.. Weekend jd mcm ni. Nanti free ayu balas kunjungan ya. Tq.
Love,
Ayu zan
Published with Blogger-droid v2.0.10

02 August 2013

susulan cerita ulat

assalamualaikum

ramai yang geli kan?
ngeri.
takut.
nak melompat.
xnak masak 1 minggu kalau nampak.
heehehe

same goes here
ayu pun sama.
nak melalak rasa. 
ikan tu segar ok..tp dok ada binatang tu jadi parasit.
lagi tak boleh tahan dok dengar kawan ayu kata bole makan.
tak tau la dia kena kan ayu or thats reality.siap dia kata ada jual kat pasar.
pasar mana, im not sure la.


ikan mata besar a.k.a ikan uji rashid yg ada masa terkena kat ayu.
ikan ikan lain tak pernah lagi ayu jumpa.

tu ayu snap 1 ekor je tu.
kalau la x geli, harus dah snap anak anak baby baby ulat parasit itu.
mesti ada yang muntah muntah
atau terus tak makan ikan. ihihihi

nota :

iklan raya Jahit petronas kat tv best even pendek.
tapi tengok kat you tube full short film tu lagi best.
boleh klik untuk tengok. short film JAHIT

01 August 2013

ulat dalam insang ikan

Assalamualaikum.

korang tengok photo. ape tu?
gambar tu lama dah dalam simpanan. 
terjumpa benda alah tu masa siang ikan.
uwaa...
masa tu 1st time nampak. siap ada anak kecik-kecik lagi (bentuk sama tapi kecik)
selama ni potong ikan, siang ikan ok aje. macam-macam ikan dah siang.

ayu ni bukan jenis geli tau.
tapi nampak ulat tu. meremang aih.
geli sampai ikan tu ayu xjadi masak. serius.
siap fikir mcm-mcm lagi.
benda alah tu duduk kat insang ikan tu. 
siap beranak pinak lg.
mula la otak ayu merayap rayap fikir ikan tu dah tercemar. 
ayu beli 2 ekor ikan mata besar a.k.a uji rashid tu.
since that incident, ayu xpenah berani beli ikan mata besar tu lagi.

nota : 

kawan ayu kata, ikan tu tak bahaya pun, malah ulat tu ada nama dia.. sejenis parasit mcm udang. bole makan kata dia. haa makan??? ammpuuunn..