15 August 2014
Balik kursus BTN
09 August 2014
Berkursus BTN di Kem Gunung Pulai
Assalamualaikum
Ayu baru je dapat tahu yang ayu punya nama tersenarai dalam senarai pembantu makmal sekolah menengah negeri johor yang diwajibkan menghadiri kursus Btn untuk kali ini. Sangat terperanjat sbb ayu tahu masa khamis petang lepas habis kerja. Dah landing-landing kat rumah pun tibe-tibe dapat phone call & sms dari kawan.
Surat pula ayu akan dapat hari ni (Ahad) dan kursusnya pula esok! Isnin-Khamis. 4 hari 3 malam berkampung di Kem BTN GUNUNG PULAI. Huhu
Atas inisiatif sendiri, ayu cari-cari orang yang boleh bagi info berkaitan dengan perjalanan program. Terutama apa yang perlu di bawa sebab lama kan.. 4 hari tuuu..
Mula-mula risau gak. Mengandung gini nak gi kem gini. Tapi. Positif... In sha allah baby ummi dalam rahim ni sihat, kuat dan selamat. Hihihi..
Cume awal-awal suami pesan bawa buku pink. Sebab kalau jurulatih suh buat benda berat senang nak tunjuk report doctor yang ayu ni pernah mengalami threatened miscarriage. Mohon dijauhkan dari sejarah berulang. Sgt takut... Huhu
Kawan-kawan doakan ayu ya.....
06 August 2014
Diy Maternity Pillow
05 August 2014
DIY mood bercambah kembali
Laptop comel saya rosak!
Assalamualaikum.
Lahai..seminggu raya tak on laptop, semalam dapat update blog 1x je. Pastu pagi ni on, dah tak mau hidup. Dan ada lah keluar tulisan tulisan tu.
Dan mengikut kata encik suami. Laptop ayu kena format.
Ntah bila sempat nak hantar pi kedai. 2 tahun 9 bulan pakai baru kali ni meragam.
Aktiviti berblog terpaksa dikurangkan. Sebab update guna phone ni tak leh masuk gambar. Nanti dia keluar kat blog besar gedabak. Hehe
03 August 2014
Selamat Hari Raya
dah seminggu berhari raya baru je jengah blog kan. Raya sakan di kampung sampai tiada kesempatan nak berblog. :)
Alhamdulillah, tahun ni tahun pertama beraya bersama suami tercinta. Dan kite kasi can kat suami lah berpagi raya di belah suami. hehe. Tak pe, tahun depan kalau ada rezki dengan baby sekali pagi raya kat rumah mak pula. :)
![]() |
| Pagi raya ;) |
Nasib baik lah rumah mak dan MIL tu tak jauh sangat. Mak kat parit amal, MIL kat Serom 8. sape orang muar mesti tahu tak jauh mana. Dah siap 'munjung' juadah raya ke rumah mak, kami sambung beraya dengan MIL & family.
Raya ke-2 ke rumah mak pula :)
![]() |
| Raya ke-2 ke singgah raya kat air papan mersing |
Alhamdulillah...
Kisah Bihun Goreng Di rampas
Alkisahnya ayu singgah gerai beli sarapan. Tengok ada bihun goreng. Terus capai dan nak bayar. Tetiba ada uncle tu terus rampas kasar bihun tu dari ayu. Pastu buat muka tak puas hati.
Eh eh..
Pehal lah pakcik ni.
Pastu ayu ambil la bihun yang dah siap pack masuk polisterin yang dah bersusun tu. Punyelah banyak makcik gerai tu dah siap cedok, yang kat tangan orang gak uncle tu dok minat.
Bila dia tengok banyak je bekas lain berisi bihun siap cedok dah. Dia terbengang sendiri. Pastu tak pandang pun muka ayu. Haha.
Mungkin bihun yang mula-mula ayu ambil tu di susun belah atas sekali dan uncle tu dah cop dia punya kot. Tu yang marah betul tu dia. Haha

