28 November 2013

Jajahan Abang Burn Di Johor

Assalamualaikum

lama dah fenomena burger bakar abang burn ni. Cume ayu yang menetap di Johor ni aje tak pernah cuba. Sampailah ada rakan sekerja bercerita mengenai kesedapan Meat Ball Abang Burn. Ape lagi, terkejut kejap sebab kat mana dia makan? Rupanya Jajahan Abang Burn ni dah sampai ke JB dah. hehe. Dekat pulak tu dari rumah. Kira-kira 15 minit dah sampai kalau 'line clear'.

Dan sepantas kilat, malam tadi pergi mencubanya. Tempat tu sangat lah strategik, sebab depan money changer, ramai singaporean datang makan. Memang laris lah Jajahan Abang Burn di JB ni.

burger bakar kambing abang burn
burn cheese lamb

Peneman makan memilih Burn Cheese Lamb. Serius memang sedap burger dia. Daging dia homemade kan, tak da bau pelik pun kambing dia. Roti dia pun sedap. kikiki.. Harga nya RM 11.50. Burger bakar kambing memang harganya lebih tinggi dari beef & chicken. 

meatball abang burn sedap
meatball abang burn

Ayu pulak memilih menu Meatball Abang Burn. Harganya RM 9.90. Isinya ada meatball 10 biji dicurah mushroom brown sauce. Peh! sedap tau. Memang sedap dap dap. Tambah lagi ada Burn Wedges+Cheezy sauce. Katanya cheezy sauce tu abang burn homemade juga. Cheese dia banyak ok. Memang syiok. :) Pada ayu 10 biji tu banyak tau, tambah lagi ada wedges, memang kenyang. Belum 10 biji habis dah kenyang. hihi..

Alhamdulillah, ayu juga turut berpuas hati dengan servis mereka yang cepat dan pantas tu. Serta, kebersihan meja makan juga tidak mengecewakan. :)
Ni lah kiosk dia. 

Kat bawah ni ayu sertakan alamat Jajahan Abang Burn Di Johor Bahru buat rujukan rakan-rakan yang nak mencuba. Atau kalau ada yang dah cuba, boleh lah share pendapat, dan pandangan peribadi anda di ruangan komen. :)

abang burn di Johor bahru
JB abang burn
Info lanjut mengenai BURGER BAKAR ABANG BURN :-
nota kaki : Jom sokong produk orang kita. Daripada kita sokong produk barat yang menyumbang dana kepada israel tu.

27 November 2013

Ku Bersyukur

Assalamualaikum.

harini ayu nak share 1 lagu unsur pop ketuhanan yang melodinya mengingatkan ayu masa zaman sekolah menengah. Lagu nasyid yang catchy ala-ala lagu UNIC, inteam di zaman itu.

Lagu ni nyanyian Taleeb Mizad yang bertajuk Ku Bersyukur. Kalau korang nak tahu, Taleeb ni artis baru di bawah naungan Hijjaz tau.


suka ayu nak petik berita dari web sinar harian mengenai penyanyi muda sebaya ayu, dan se-Muar dengan ayu juga kawan bakal suami ayu ni.

keratan sinar harian

Ayu mendoakan niat untuk terus berdakwah dalam lagu itu kekal di landasannya. Mencipta, menyanyikan lagu-lagu berunsur 'islam' dan mengajak pendengar kembali ingatan kepada pencipta pasti ada saham pahalanya kan?

ayu ada share lagu Restu Cinta By Taleeb Mizad di sini.

:)

26 November 2013

CPUV 11 - Mah Sing Southville Discovery Extravaganza

Assalamualaikum

Rezki CPUV ke 3 untuk November ini. Alhamdulillah.
Alhamdulillah
Sedikit info mengenai iklan ni,

Mah Sing Group ni merupakan satu develapor company. Mereka akan menganjurkan satu event yang extravaganza pada 30 Nov 2013 di Southville City Bangi. Yuna pun ada tau.


 Okey lah, jika korang berminat nak join, klik sini FB - Discovery Extravaganza atau klik iklan yang berlegar-legar.

Terima kasih Nuffnang, Mah Sing & rakan pembaca yang menyokong ayu. :)

Menang GA dapat Tshirt lagi

Assalamualaikum.

Baru-baru ni ayu ada menang Tshirt sebab join GA blogger Nabila dan hadiah tajaan Red Delima.

dan baru-baru ni join GA anjuran kak shida dan ayu menang hadiah yang sama. Tshirt. Sama warna sama saiz, sama bentuk. hehehe

alhamdulillah.. boleh kasi mak 1 kot.. hehe

tu dua T shirt yang sama :)


Jom kita ke Red Delima. :)


Giveaway Peserta Bertuah

Assalamualaikum. 

Hehe. Macam biasa, kak yumida anjurkan GA mesti join. Manatahu kalini ada rezki ayu. huhuhu


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013

25 November 2013

Promosi di Pixajoy

Assalamualaikum

ingat tak haritu ayu ada cuci gambar murah?
sekarang pixajoy buat promo lagi.


sah hingga 2 Dis 2013
Ada item-item promo dia :

Photo Print, Calendar, Poster & Photo book.

UPDATE : 3Dis2013 (promo hari krismas photo printing RM 25 - 96pcs 4 R)
tu promo item dia

Korang yang minat, try lah. ayu ingat nak try poster RM10 pulak kali ni. :)

Harus diingatkan, untuk cuci gambar atau print apa-apa di Pixajoy haruslah sign up dulu ya..

Klik untuk ke Pixajoy : Hold on to your memories - preserve them in photo books.

24 November 2013

Tutorial : Bunga Yoyo

Assalamualaikum

di entry bulan lepas, Bunga Tangan Hadiah Konvo yang ayu buat sebagai hadiah ada blogger request tutorial.

tutorial bunga tangan dari bunga yoyo, bunga telur yoyo
komen dari blogger leeza

Ayu nak siapkan bunga tangan penuh punya tutorial mungkin tak ada kesempatan sebanyak itu, jadi, ayu sediakan tutorial bunga nya yang biasa orang call it bunga Yoyo. Boleh jadi brooch, bunga telur atau Untuk nak buat bunga tangan tu, just need to combine all dan balut batang dia.



Bunga Yoyo ni ada 2 cara(yang ayu tahu) tapi ayu gemar guna cara ini sebab hasil kedut-kedut kain nampak lebih gojes dan cun. :)

Jom try!

step 1-5

1- sediakan 2 kain yang berbeza warna (ikut kesukaan ya) dengan 2 ukuran segi empat tepat yang berbeza. 1 kecil, 1 besar. untuk kali ni ayu gunakan ukuran :

  • 8" x 2" & 12" x 3"
2- Lipat dua (bahagian terbalik) dan jahit di bahagian yang perlu disambungkan. Boleh guna mesin jahit kalau jahit banyak-banyak. Jahit kemas ya.. jelujur je. Ending dia matikan dengan jahitan kia(atau jahit je 2x untuk matikan dia.

3- Terbalikkan kain yang dijahit tadi dan lipat ke dalam. Erk..bole faham? Sambungkan dan jelujur lagi (sama besar jarak jahit ya).

4-Jahit sampai habis.

5- Tarik benang yang dah siap di jelujur tadi. Tarik sampai tengah-tengah dia bercantum. dan matikan jahitan agar tak terburai bunga tu.


step 6- 9

6- Kemaskan kelopak-kelopak dia. Tara.. siap 1 dah. Buat 1 lagi untuk lapik belakang dia.

7- Masukkan dawai halus kat button atau manik besar.

8- Masukkan dawai di tengahtengah lubang jahitan bunga tadi. buat untuk dua bunga tadi. dan gam bunga ke bunga tu sikit kat tengah kalau korang takut bunga korang gugur. hehe. gam sikit kat tenga tu agar manik tu lekat kat bunga gak. Pakai uhu je.

9- Taraa.. siap dah. Sambungkan dawai tadi ke lidi, dan balut la guna pelilit putih. Untuk hiasan, boleh ikat dawai pada reben dan sambung sekali lilit.

maka, jadilah bunga telur. hehe..

harapnya boleh faham tutorial simple ni. Kalau ada kurang jelas, boleh tanya ya...

kalau nak order pun boleh. Tapi order bermula Januari 2014 ya. boleh emel : ayuzan@hotmail.com

saya ambil tempahan bunga tangan fabrik seperti di sini link link.

ORDER BUNGA TANGAN DI BUKA : 

Bunga satin/cotton 2 warna 
saiz S 12 kuntum bunga : RM 45 sahaja
saiz M 18 kuntum bunga : RM 55 sahaja 
saiz L 24 kuntum bunga : RM 70 sahaja