13 April 2015

Gadget Amani : Buaian

Assalamualaikum

Ramai kata jangan biasakan anak dengan buai. Tapi i bet u. Kalau terpaksa, korang tetap akan pilih buai gak kan.

Amani sepanjang duk dengan ayu masa ayu cuti bersalin memang tak berbuai. Selalu df(direct feeding) mesti terlelap. Tak pun letak je kat tilam pun boleh tertidur dengan lena.

Tapi, macam ayu ceritakan entry sebelum ni, amani kan tak mahu menyusu selain direct dengan ummi. Jadi bila kat rumah pengasuh, amani jadi susah nak tidur lah sebab tak kenyang kan. Setakat sudu sudu titik titik susu tak berapa mengeyangkan. Sekadar hilangkan dahaga tekak sementara tunggu ummi rehat pukul 1. Jadi, babysitter amani guna buaian cucu test kat amani.

Nampaknya itulah caranya yang terbaik untuk si anak. Dah lah amani tak menyusu dengan cukup masa ayu kerja, tak kan pula ayu perlu zalim sampai buai pun ayu haramkan. Huuu.. Kesian nanti. Kurang susu. Kurang tidur lagi. Ish..

Semalam gi tesco survey buaian untuk si comel. Untuk letak kat umah babysitter amani. Korang tau apa si kecik tu punya reaksi bila daddy dia tunjuk buaian tu? Perghhh.. Amani boleh berjoget kesukaan..sampai ketawa ketawa besar tau. Suka betul dia. Serius ummi daddy tak terjangka reaksi gembira sesangat yang amani tunjuk tu. Sampai daddy dia terus decide nak beli. Tapi stok pulak tak de.hehe. tak pe, nanti ummi daddy cari lain.

Itu jelah entry ringkas nak cerita. Harapnya amani tak perlukan buai bila kat rumah. Even macam dah nampak bunga bunga bakal kena beli 2 bijik buaian. Sebab ahad daddy amani yang jaga amani. Ada masalah di situ. Hehe...

Amani singgah opis daddy 
Nota : sekarang kat blog memang dah citer pasal anak jela. Kikikiki

5 comments:

sitirohaida said...

masa awfiyah pun,akak memang bagi dia buai..tidur tak lena kalau tak berbuai..kesian pulak kan kalau dia tak lena nak tidur..

thisni3za said...

Huhu..Qaisara x pernah dihtr ke rumah babysitter..So mmg x dibiasekan dgn buaian..Tapi ade jgk baby nnt bile dh besar sikit..Die sndiri xmo tdo dlm buai dah..Walaupun x kuat menyusu, Amani tetap nmpk bam..bam..huhu

Permata Malap said...

Tak pe,ayu.kita tahu apa yang terbaik untuk anak-anak.

Erm,kalau ari ahad daddy amani yang kena jaga,rasanya perlu ada satu biji buaian kat rumah juga tu.paham-paham je la orang lelaki ni.hehehe.

QasehnyaRania said...

assalamualaikum amani
semangatnya dia..
tak pa lah ayu nk buat mcm mana kan.
lagipon ayu kerja.bila.ltk dgn bs terpksa la kan.kng x buat kja buat pulak bs
smga amani mmbesar sbgai anak solehah rajin solat dan bjya didunia dan akhirat.aamiin

AwekTrader said...

Nasib ker bebudak ni tak kisah nak buai sejak dari kecik..Alhamdulillah.

Amani debab..geram!