assalamualaikum
setelah 2 bulan ajar si kecik tu nyusu botol amani still reject.
jom tengok senarai terbaru teat dan botol susu beliau.
- teat dan rumble tuff
- teat dan botol OKBB
- teat dan botol NUK orthodontic
- teat pegion kuning
- teat dan botol tommee tippee
- teat dan botol pigeon peristaltic plus
- teat dan botol avent
- teat dan botol MAM
- teat dan botol anakku
- teat pegion silicon
- teat anakku (jenis short neck sikit)
tu lah senarai buat masa ni.
ayu dah mula kerja dah 5 hari dah.
ahad amani dok dengan daddy dia, isnin-khamis dengan baby sitter. dan akhirnya amani menyusu pakai sudu. ataupun titiskan dalam mulut dia. itu je dia mahu. kalau disuakan botol...confirm buat aksi mau muntah dan ngamuk. so, better sudukan jugak., even cuma beberapa suap, dia tak nangis,,sebab dah ubat haus dia.
syukurlah.. setiap ujian tu Allah turunkan bersesuaian dengan keadaan setiap hambanya. anak ayu ni jenis tak banyak ragamnya, tapi ragam taknak botollah paling payah sekali nak handle. tapi aturan Allah tu lancar. Tempat kerja ayu dekat, jadi pukul 1 ayu boleh direct feeding (DF) amani. dan pukul 4 amik amani terus DF lagi. Mengikut kata pengasuh, amani tak nangis kuat pun, cume bangun tidur dia haus dia merengek lah. Dah sudukan susu dia ok dan boleh ketawa ketawa dan main-main.
berkali kali juga ayu tanya pengasuh adakah anak ayu ni susah untuk dijaga. Tapi syukur makcik tu cakap amani baik.. cume tak nak botol. tapi amani senang tidur. hihihi bab tidur tu macam ummi daddy la tu. letak pale trus lelap.hihi..
tapi balik rumah balas dendam lah jap jap nak bf..siap buat aksi nak nyusu nyonyot bibir sendiri tak pun masuk sebuku tangan masuk mulut dan sedut kuat kuat nak bgtau ummi dia nak nyusu, hihi
tak pe lah nak,, ummi akan terus gigih lunchkan awak tiap hari yang penting awak dpt susu dan tak nangis. :) sayang ummi sangat sampai taknak botol susu even dah 2 bulan ummi training.. redhoooo...
love u dhiya amani.. semoga terus jadi budak baik ye sayang...
 |
2 hari sebelum ummi mula kerja |