11 November 2013

Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum, peace upon you.







Dengan ini shida menganjurkan Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 30.10.2013 dan akan tamat pada 15.11.2013 (2 weeks). Pengumuman pemenang untuk Part 2 akan shida umumkan setelah mendapat keputusan dari pihak penaja. Untuk Part 2 pilihan pemenang sepenuhnya dipilih oleh penaja dan juga berdasarkan Unique Click (jadi affliate) Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :




  syarat-syarat wajib :  


  1. Like  Page Penaja dan Share (klik pada button share dalam entri ini)  :  

  2. Like, G+ entri ini  dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini

  6. Wajib Daftar menjadi Affliate www.reddelima.com dan letak banner Affliate dalam blog (akan disemak oleh Penaja) :klik cara Daftar Affliate dengan 7 langkah mudah!

Senarai Hadiah  |  Senarai Peserta

10 November 2013

Takziah : Allahyarham Dato Bukhari CEO TV Alhijrah

Assalamualaikum

dah 3 hari tak update blog. maaf rakan-rakan jika korang berkunjung sepanjang hujung minggu entry terbaru masih kekal dengan DIY bunga crepe tu.

ayu agak sibuk menyelesaikan pelbagai hal yang harus diselesaikan segera. Ni pun selit-selit kejap. Bw pun tak berapa sangat.

entry ni ayu nak ambil kesempatan ucapkan TAKZIAH pada keluarga Almarhum CEO TV alhijrah. Dato' Bukhari Che Muda. Orang-orang baik seperti almarhum pasti pemergiannya diiringi doa oleh semua.


sumber : Amin Idris

Ayu tambah kagum dengan Almarhum Datuk Bukhari, kerana rancangan Tanyalah Ustaz yang menjadi kesukaan ayu rupanya di asas oleh beliau.

sumber : Ust Izhar Ariff
Besar kan perjuangan beliau. Lebih-lebih lagi menerajui stesen tv alhijrah yang memperjuangkan dan mempertahankan syiar islam.

Moga Allah tempatkan Allahyarham Dato' Bukhari Che Muda di kalangan orang-orang beriman dan dikasihi-Nya.

Alfatihah...

06 November 2013

Tutorial DIY Bunga Crepe

Assalamualaikum

Memandangkan entri dulu-dulu ayu buat mengenai bunga crepe asyik menjadi pilihan hati peng-google. Ayu jadi serba salah, sebab mereka mesti google dan harapkan ada tutorial nak DIY sendiri crepe flowers ni.Tapi mereka mesti hampa entri tu tak membantu.

Memandangkan ayu memang tengah prepare crepe flower yang banyak, ayu share la kat sini ilmu membuat bunga murah yang kosnya kira-kira 15 sen untuk sekuntum. Kalau untuk DIY gubahan ayu rasa sangat jimat dan cantik. Dan boleh juga guna untuk buat bunga tangan mahupun bunga pahar.

Kos sekeping crepe paper jenis lembut ni yang ayu survey :
  • PK. Flowers & Gift Centre (muar) - RM 0.60 -Banyak choice & stok. Ayu beli sini.
  • Kedai buku Sin Sin (JB) - RM 0.50 - Mula-mula beli sini tapi stok sangat terhad.
  • Paper Lantern N Box - RM 0.50 - Online Shop ni ok jugak murah macam SinSin. tapi bila kira kos siap postage, ayu tak jadi beli, sebab kebetulan last week balik Muar, tu yang beli kat aunty kedai bunga PK tu.

tutorial bunga crepe mudah dan murah
crepe flowers


jom follow

1- Pilih jenis crepe yang dikendaki. Ayu memilih crepe paper yang lembut ala-ala tisu tu. supaya hasil bunga carnation nanti lebih kembang dan gebu. 

2- Bentangkan kertas tu dan lipat 2 sama besar. 

3- Lipat lagi sehingga membentuk segi empat sama sebanyak 4 set.

4- Gunting ia. (setiap set akan ada 4 helai sama besar)

5- Lipat dua lagi. Dan 4 set tadi akan mempunyai 8 helai kertas yang sama besar. 8 helai ni untuk 1 bunga yang kembang cun melecun bagi ayu. 

6- setiap set (8 helai) tadi di lipat mcm kipas. make sure jika mula lipat ke atas, penghabis juga keatas agak bunga nampak cantik dan seragam.

1 keping kertas crepe 60 sen ini akan dapat 
4 kuntum bunga jika ikut cara ayu.
seterusnya..
7- di tengah kipas tadi di ikat dengan dawai bunga halus. 

8- gunting dan bentukkan tajam/bulat di hujungnya.

9-  kembangkan kipas tu.

10- tarik lembut lapisan pertama atas kipas yang kembang tadi.

11- diikuti dengan lapisan seterusnya di kiri dan kanan kipas secara bergilir.

12- siapppp.. :)

dan boleh diolah mengikut tujuan masing-masing. Kalau nak buat bunga tangan, korang gabungkan dan hiaskan pemegangnya...

kalau korang tak jelas, boleh aje tanya di kotak komen ya...

UPDATE : Saya nikah pun guna bunga ni untuk hantaran. Tengok sini : http://ayuzan.blogspot.com/2014/01/diy-nikah-gubahan-hantaran.html

NOTA : AYU ada jual tasbih murah serendah RM 1.10 seuntai sesuai untuk doorgift. http://ayuzan.blogspot.com/2013/12/tasbih-sebagai-door-gift.html

Chicken Chop RM 5 Hutan Bandar JB

Assalamualaikum.

Entry bulan lepas ayu ada story *chicken chop ohsem*. Masa tu ayu makan grilled chicken chop.

dan semalam, ayu belanja adik ayu makan chicken chop kat Hutan Bandar JB tu.
RM 5 only ya.
dan sangatlah berpuas hati. :)

chicken chop

04 November 2013

Print gambar dah siap



Assalamualaikum
Haritu ayu ada citer yang ayu try pixajoy utk print gambar promotion kan. 96 pcs = rm23.90.
Tu dia hasilnya. Ayu tak ambil glossy, tapi try matte. Dan kualiti memang amatlah berbaloi. Dan servis diia cepat. Dia cakap 4 hari bekerja dan ayu rasa macam kejap je. Hari ke -4 semua gambar dah sampai.
Lepas ni, ada event apa-apa boleh try photobook pula. Sebab lebih mudah nak simpan koleksi gambar yang telah dibukukan. Hihi.

Nota : klik sini jika berminat. :)

update : Promo murah ni dah tamat ya.

update : new promo http://ayuzan.blogspot.com/2013/11/promosi-di-pixajoy.html sehingga 2 DIsember 20`13
Published with Blogger-droid v2.0.10

02 November 2013

Projek DIY veil

Assalamualaikum.

Sekarang sibuk dengan beads, chiffon dan lace. Harus settle potong lace... Jahit beads, dan jahit atas chiffon. Macam pandai je kan.. Huhu.. Pusing sana sini ayu mencuba menggayakan susun atur lace dan beads.. Semua ni for the first time..

Harapnya menjadi lah. Doakan ya..

Published with Blogger-droid v2.0.10

01 November 2013

O.K Wantan Mee

Assalamualaikum

Hari minggu lepas, ayu ada try makan wantan mee for the 1st time.. Sangat-sangat lah selari dengan citarasa tekak ayu.

wantan kering
yang atas ni ayu tak sure la apa nama penuh menu tu. tapi, masa order dipanggilnya wantan kering. macam ala-ala mee goreng.. tapi dia goreng dengan ape ayu tak sure (macam kicap) tapi... sedap woo..


wantan sup

ni pulak mee wantan sup. sedap sangat-sangat. Tambah lagi, tekak orang kita mesti nak pedas-pedas kan. dia ada sediakan sambal kicap. Ala-ala mi sup.. tapi personally, ayu rasa wantan sup ni lebih sedap. :)

Apa yang special dengan wantan mee ni.. adalah jenis mee dia.. dan juga wantan dia. yang ayu rasa sangat-sangat la sedap.

Korang kalau duduk area Johor Bahru boleh try O.K wantan Mee ni kat Plaza Angsana. Kat luar Ground Floor Food Court dia.