14 November 2013

Daim Giveaway By Akma

Ayu join GA lagi. 
Yang pasti yang mudah mudah je la :)


Klik gambar untuk join.

Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy


ASSALAMUALAIKUM

Rasa lama dah ayu tak join GA. hehe. So, cam biasa, ayu join GA simple dimple. hehehe

Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..


KLIK SINI UNTUK JOIN

13 November 2013

CPUV - 9 Ford MCA Launch

Assalamualaikum.

Slow sikit pergerakan masuk BE bulan ni. dah tengah bulan baru dapat 1 BE untuk november. Dan sekarang cuma ada 4 je on going BE. Tapi tu pun alhamdulillah syukur. Nak gak nuffnang dan advertiser pilih blog ayu.

BE/CPUV bulan ni dari Ford MCA Launch


Thanks ayu ucap pada advertiser dan nuffnang sebab mempercayai blog ayu ni. :)

Thanks juga kat kawan-kawan blogger yang sentiasa datang ke blog ayu dan menyokong ayu. :)

kalau jumpa iklan tu nanti, boleh la klik untuk maklumat lanjut. Ayu tak dapat nak share sebab belum terserempak lagi dengan dia.

Darjah Khas Di Negeri Johor

Assalamaualaikum.

menjawab persoalan kak jun pada entri lepas ayu mengenai temuduga permohonan nikah johor


Kak jun tanya, apa tu darjah khas?

Lupa pulak ayu nak jelaskan. :)

Di negeri johor, pelajar sekolah akan mengikut sekolah agama di sesi sebelah petang. Begitu juga jika pelajar tu sekolah kebangsaan/menengah di sesi petang, sekolah agama nya di sesi pagi. 

Zaman dulu-dulu masa ayu sekolah....

  • darjah 1 dan 2 sekolah kebangsaan - sekolah agama kelas fardhu ain 1 dan 2 (belajar basic)
  • darjah 3,4,5,6 di sekolah kebangsaan pula, - sekolah agama Darjah 1,2,3,4 *
  • Tingkatan 1,2 sekolah menengah - darjah 5 dan 6 sekolah agama.*
  • Tingkatan 3 sekolah menengah - sekolah agama darjah khas.*
 * bergantung pada lulus atau tak

Percaturannya begini. Jika kami tak lulus 1 darjah maka, tak akan naik kelas bagi tahun depannya dan mesti mengulang darjah itu. Jadi, darjah khas tu tak semestinya di ambil ketika tingkatan 3. mungkin lebih lambat jika pernah gagal di mana-mana tahun pengajian.

Darjah Khas tu adalah kelas pengajian tertinggi bagi budak sekolah agama di johor. Yang mana akan melalui 1 peperiksaan darjah khas bagi menentukan "PANGKAT 1,2,3" apabila keputusan keluar. Kelas darjah khas ni di adakan setiap sabtu sahaja.

Tapi secara peribadi, sijik darjah khas ni pada ayu bukanlah mengukur tahap kehebatan seseorang pelajar sebaliknya sesiapa yang belajar dengan baik sehingga darjah khas ni, mereka berpeluang dapat belajar secara dalam mengenai topik-topik dalam pengajian islam seperti munakahat, muamalat, sirah dan juga Hadis 40 ( tebal tu..selalu mengantuk masa kelas).

Dan setahu ayu, jika nak mohon kerja under kerajaan johor, mereka akan tengok sijil darjah khas kita.

Nota : zaman sekarang sekolah fardhu ain 1 & 2 (KAFA) dihapuskan.  sekarang darjah 1 sekolah rendah darjah 1 sekolah agama. jadi budak budak yang lulus cepat la tamat sekolah agama. Mungkin kerana pihak kerajaan johor berpendapat kanak-kanak boleh di asuh di rumah mengenai basic-basic agama.

12 November 2013

Sesi Temuduga Permohonan Kebenaran Nikah Johor

Assalamualaikum.

Siapa warga johor mesti tahu yang sesi temuduga di pejabat agama jadi satu kemestian sebelum diberi kebenaran nikah kan? Selalu je tengok rakan kenalan yang menggeruni sesi ini.

Di borang temuduga tu dia ada tuliskan general topic yang akan di soal :

  1. Dua kalimah syahadah
  2. Bacaan alfatihah
  3. Bacaan Doa qunut
  4. Munakahat
  5. Thaharah
  6. Tanggungjawab suami isteri.
Berdasarkan soalan-soalan yang kawan-kawan temuduga, soalan bab munakat dia tanya rukun nikah. Bab thaharah pula soalan berkait wudhu, mandi hadas dan jenis air. Soalan-soalan basic yang biasanya tak ada masalah bagi calon yang mengamalkan cara hidup islam untuk menjawabnya.

Bulan lepas masa ayu ditemuduga oleh ustazah tu soalannya macam tak ada dari senarai di atas.

Ustazah : Sekolah agama sampai tahap mana?

Ayu : Darjah Khas.

Ustazah : Walinya nanti adik nombor berapa ni?

Ayu : No.2. Bawah saya.

Ustazah : Baiklah, ingat ya dik, solat jangan tinggal. Dah nikah nanti suami adalah keutamaan. Jadilah pasangan yang banyak berterus terang. Kalau tak suka suami buat apa-apa, terus terang cakap baik-baik. Dan kalau suami tegur wajib dengar dan ikut. Contohnya kalau suami pesan "abang tak suka awak join mesyuarat tingkap" jadi kenalah ikut ye idayu.Ingat ya, solat tu penting, jaga solat.

Okey, tu je la kot sesi temuduga ayu. hihi. lebih pada pesanan ikhlas dan ceramah ringkas dari ustazah tu. Berkali kali berpesan supaya menjaga solat.

selesai..alhamdulillah

****

Nota Kaki : ayu join whohaa.com. simple ads website. tak perlu share macam 8share,churp2 tu. Just perlu buka tiap-tiap iklan campaign tu dan answer the question. tiap campaign 1x je peluang dapat point.. dapat point bukan dapat duit tau.. Boleh redeem voucher dan barang bila dah banyak point nanti. Ayu reg tadi, sekarang dah 260 point dah u olss. Minat? klik sini untuk sign up.

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta ( Kit Terbaik Untuk Bakal Pengantin)

Assalamualaikum.

sharing is caring 
rancang wang sejak jatuh cinta

Entri hari ini ayu nak berkongsi satu bahan bacaan yang sangat baik untuk dibaca oleh bakal pengantin. Selagi kita semua belum kahwin, kita adalah bakal pengantin lah kan? 

Ayu beli buku ini tahun lepas, September 2012 masa belum ada ura-ura pun nak nikah dan sejujurnya buku ni memang banyak buat pencerahan. Buku ni sangat-sangat membantu dari sudut pengurusan kewangan secara berhemah termasuklah urusan kad kahwin, pemilihan baju, dan segalanya yang berkaitan perkahwinan.

Malahan, buku ini bukan sahaja baik untuk bakal pengantin, juga baik untuk pasangan yang dah menikah dan juga ibu bapa yang bakal mencorak pernikahan islami dan pengurusan kewangan terbaik untuk anak-anak.

dipetik dari FB shamsuddin kadir
sangat banyak perkara yang dikupas oleh penulis buku ini. Yang mana, setiap yang dikupas sebenarnya menyebabkan ayu berfikir dan menelaah setiap inci yang ditulis. Sebab semuanya ada kebenarannya. Memang masyarakat kita lebih suka "takut orang kata" dan Biar papa asalkan bergaya. Penulis cuba mengeluarkan kita dari kepompong itu.

Buku ini juga mengurai secara terperinci bukan sahaja mengenai keperluan sebelum, semasa malahan selepas pernikahan diambil kira. Yang mana, banyak yang bukan keperluan yang selalu diambil peduli sebaliknya 'kemahuan' yang didahulukan.

Ni FB penulis Shamsuddin Kadir. 
Ayu follow page beliau dan beliau sangat banyak berkongsi tips-tips kewangan islam yang mana, in sha allah boleh guide kita sikit sebanyak.

Kalau ada yang berminat nak order online boleh terus ke FB Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta.

sumber fb 

Nota : Korang! cepat cepat dapatkan buku ni ya! In Sha Allah bermanfaat. RM 25 sahaja. Murah tapi penuh berisi!

11 November 2013

Hadiah GA Kain Sari

Assalamualaikum.

Setelah menang beberapa GA/contest dapat perfume, buku mudahnya mengemas rumah, buku mudahnya menjemput rezeki, shawl satin  dan saguhati RM 50,  hampir 1 bulan gak tak ada menang apa-apa dan sangat kurang join GA. 

Rupanya rezki berpihak pada ayu masa join GA anjuran YUI di entry ini.
dan ayu telah menang kain sari tajaan SARI NAJWA COLLECTIONS (SNC)

Kain ni tak mesti buat sari je kan. Boleh juga buat baju kurung, jubah, baju punjabi or etc.
bergantung pada kreativiti masing-masing.

sari najwa collection
parcel diterima.
mahal kan? hihihi

So, sekiranya ada yang minat nak cari kain-kain jenis sari, boleh contact seller SNC  ni :

       page
Website : Sarinajwa

Dan, kesempatan ni ayu ucapkan thanks kepada Yui untuk GA anjuran beliau.
Kalau buat GA lagi, ayu pasti join lagi jika ada kesempatan.

Jom kita terjah Blogger Yui.

:)