just nak share simple resepi yang ayu suka masak dan suka makan. hehe. tapi sebelum ni ayu makan kat kedai je, baru sekarang je try masak juadah ni kat rumah. Senang je rupanya. hihi.. dan boleh makan banyak-banyak.
Bahan-bahan :
tauhu jepun 2 tiub - dibelah 8 bahagian (atau sesuka hati)
cendawan tiram sikit (guna sayur lan pun bole)
sos tiram
telur 1 biji- dikocak
bawang putih 2 ulas di tumbuk/mayang
kiub pati ayam (ayu guna 1/2 kiub)
daun bawang/sup
tepung jagung
cara-cara :
1- tabur tepung jagung ke atas tau
hu jepun tu dan goreng hingga kekuningan
2- tumiskan bawang putih, masukkan sos tiram, cendawan, kiub ayam dan air. biarkan didih.
3- masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah dan masukkan telur dan cepat-cepat kacaukan ia.
4- last sekali masukkan tauhu jepun yang telah digoreng tadi serta taburkan daun bawang.
sedap :) |
p/s : ada orang panggil tauhu jepun ada yang panggil tofu telor. Ikutkan mana-mana, sama je dua-dua tu. hehe
9 comments:
waa..sedapnya ^^
SEDAP KAN
Assalamualaikum ayu, wahh sodapnya. thanks kongsi resepi. boleh sheila cuba gak ~~~
nyum2..sedapp...
yelah ada y panggil tahu telor..memang sedap ni
sy panggil tauhu telor..selalu makan kat kedai..xpenah masak sebab xreti..
(Ooo..macam tu caranya)
Sedapnya...kenetry ni..huhu
Akak pon suka tauhu jepun ni...lembut dan sedap.
memang sedap nie ..nyum nyum
Post a Comment