Susulan dari cerita ikut suami berkursus di melaka. Haritu ayu story pasal makan bakso besar bola tenis.
Kampung ayu Muar je. Tapi kalau ke Melaka tak pernah pun naik river cruise tu. Kalini, encik suami ajak berfeeling-feeling konon macam kat italy. hihi.
Adult. Qty : 2 total RM 20. |
laluannya |
Jam 11 malam selepas trip sebelumnya sampai. Kami pun dijemput naik.
eh eh. jalan terus? Serius pelik. Sebab trip tadi penuh orang. Trip kitorang hanya kami bertiga. Ayu, Suami dan encik driver.
Cube tengok gambar bawah ni. Kami duduk penjuru paling depan.
Segan memula ngan pokcik drebar tu. Yela. macam ayu booking satu cruise tu pulak kan. ihihi.
tapi best la..menghayati panorama malam berdua dengan encik suami. oww..romantik rasa tetiba. hihihi
berdua dua duaan. hihi |
sepanjang sungai tu kita akan melalui banyak jambatan. Tapi sayang, ayu tak kira pun berapa banyak jambatannya. dan, cruise tu ada putarkan suara pengulas mengenai apa yang ada disepanjang sungai. Biasalah..nama pun melaka..of cos kesan tinggalan sejarahnya yang banyak. seronok juga kitorang mendengar dan melihatnya.
Agaknya pukul 11 tu dah lewat sangat kot. tu yang tinggal kitorang berdua je. :)
9 comments:
wah skrg pun dah ade cruise waktu malam ye. dulu pergi yg ada waktu siang jer.. boleh cuba lah kalau camni.
bolehlah fefeeling macam ada kat Venice kann??? hik hik hik...
belum pernah try
pernah naik river cruise serawak je...
Assalamualaikum ayu, wahh dating time! bestnyaaaa. lama tak jejalan kat Melaka. heeee
Menarik jugak river cruise ni. Ala-ala kat Venice gitu. Hehe
kenit pun dah pernah naik melaka river cruise ni. Memang best tambah dapat tengok bangunan lama dengan mural yang menarik :D
Mmg best.. wahh baguslah Ayu.. romantis.. :)
wahh,, bestnya. teringin nak ke sana, mama belum pernah sampai lagi
Post a Comment