22 December 2013

Teaser hantaran

Assalamualaikum.

Maaf. Bukan niat nak berteaser pun sebenarnya. Cume tak sempat nak up entry panjang dek kerana ke-bz-an dan nak up gambar banyak pun tak boleh sebab online pakai phone je. Huhu.

Tu salah satu hantaran untuk nikah sabtu ni.. PLANNER dan PEN . Hihi. Simple je kan. Semua pun diy saja. Termasuk ikat dan gam reben serta buat bunga crepe tu. Hihi

Mohon kalian mendoakan saya..

Published with Blogger-droid v2.0.10

19 December 2013

La Tahzan

Assalamualaikum

selalu ayu dengar lagu dendangan Heliza Helmi ni di IKIM.fm sampai terhafal.. Tapi tetiba nak tengok video klipnya.

dan masa tonton. Ayu sebak. sebak . dan sebak. Bila tengok GAZA, memang ayu automatik jadi nak menangis. Video ni memaparkan situasi ketika Heliza di GAZA. Korang tengok la ya. Mudah-mudahan terjentik kesedaran untuk terus menyayangi saudara seislam kita di sana dengan bantuan dan doa.



Menjejaki kaki di bumi Gaza
Merasa bagaikan di syurga maya
Mereka tidak pernah kenal berputus asa
Mereka kata Allah tetap bersama kita
Walau di mana jua kita berada
Selagi kita terus berada di jalan-Nya
Korus:
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
Jangan sedih, Allah bersama kita
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
Jangan sedih, Allah bersama kita
Mereka kan tetap berjuang fisabilillah
Tidak kira ibu ayah dan anak-anak
Mempertahankan bumi tanah Islam
Berkorban seluruh harta dan nyawa
Ayuh bangkit dari tidurmu yang lena
Takkan kita hanya berdiam saja
Ulang korus
Siapa Tuhan kamu
Siapa guru kamu
Apa pesanan kamu
Apa cita-cita hidup kamu
Takkan kita hanya berdiam sahaja

Tinta Jumaat : Dapat 1K likes baru bertudung

assalamualaikum

Terasa terkilan sedikit dengan sikap muslimat di bawah ni. Moga Allah beri pertunjuk dan jalan buatnya. Keinginan nak bertudung tu memang baik dan dipuji. Malah, berhijab itu dituntut dan diwajibkan keatas setiap umat islam. Tapi kalau 1000 likes baru berhijab...saya sedikit kecewa lah.

tutuplah auratmu ye dik., tak perlu tunggu 1000 likes ya. Sebab tutup aurat itu perintah Allah bukan boleh dipilih-pilih.


Firman Allah SWT yang bermaksud :"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir"(Surah an-Nur ayat 31)

18 December 2013

Tasbih Murah dan Cantik Sebagai Door Gift

Assalamualaikum

tasbih mini


dari dulu ayu niat, ayu nikah nak kasi tetamu hadiah tasbih. Sebab secara peribadi, ayu suka kan tasbih dan ayu percaya dan husnuzzon orang yang terima pun akan suka. Kalau mereka gunakan sambil berzikir mengingati Allah moga-moga ayu mendapat sedikit persen pahalanya. Tapi jika mereka hanya biarkan sebagai hiasan gantung di kereta pun ayu tetap syukur sebab hiasan tu cantik. Dan lambang islami. :)

hijau untuk diri sendiri

Jadi, untuk nikah ni ayu jadikan tasbih pesona 33 biji sebagai hadiah buat tetamu.


ayu packing simple sahaja.

simple 

dan beg kecil ni ayu akan masukkan dalam beg besar sikit yang ada isi makanan sikit.

Photo: Contoh warna tasbih pesona 33 biji...
:0
tu antara warna warna nya. Memang tak boleh pilih, tapi alhamdulillah...semua warna memikat jiwa.

Harganya cuma :

runcit : 10pcs-99pcs : RM1.80 100-299 pcs : RM 1.50 300-499 pcs : RM 1.40 500-699 pcs : RM 1.30
700-899 pcs : RM 1.20

PROMOSI TASBIH RM 1 utk 1000 pcs.


free postage & free gift menanti untuk harga borong.

lebih ? PM ayu for the best price ya..

korang kalau nak order untuk wedding ke, kenduri ke, atau majlis apa-apa sekalipun, atau nak beli sedekah kat mana-mana ke, boleh terus hubungi ayu..0103787836

Photo

Kalau korang nak siap bungkus.. buat masa ni ayu ada sediakan 2 packaging.

1- PAKEJ JIMAT
Untuk pack jimat. Tambahan upah ;
Bawah 100 pcs - 40 sen 100-499 : 30 sen 500-899 : 25 sen
900++ : 20 sen

contoh : 300 pcs RM 1.30 + 30sen upah = RM 1.60/pc.

2-PAKEJ PESONA : Tasbih dimasukkan dalam beg uncang kecil dan beserta sekali dengan label terima kasih.


pack uncang . Tambahan upah ; Bawah 100 pcs - 60 sen 100-499 : 50 sen 500-899 : 45 sen 1000+ : 40 sen. * termasuk label thank you **hiasan rama-rama xtermasuk.


sms / email ayu untuk maklumat lanjut.
sms /whatsapp : 0103787836
email :ayuzan@hotmail.com
fb : TASBIH MURAH / AYU ZAN GALLERYblog : tasbihborongmurah.blogspot.com


Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

16 December 2013

Guest Book DIY

Assalamualaikum

Mula-mula ingat nak buat guest book ni masa walimah ayu nanti. Sebab end of disember ni hanya kenduri nikah kecil-kecilan. Tapi fikir balik, buat jelah simple guest book. Bole gak orang-orang yang datang tu mencoret sepatah dua kata. lagipun, barang nak hias, in sha allah memang ada kat rumah. Dan nanti masa walimah tu guna pakai sambung aje. kan kan?

Guest Book adalah antara salah satu item yang orang suka letakkan di satu sudut ketika majlis tunang,kahwin, kenduri atau birthday party. Matlamat Guest Book adalah untuk memberi peluang pada kawan-kawan dan tetamu untuk menulis ucapan di dalamnya.

Macam-macam gaya orang buat.

ada yang suka bentuk kad-kad dan lepas tulis masuk dalam balang. tapi pada ayu, susah sikit nak menyimpannya.



Ada yang lebih seni, lepas tulis memo tu, masuk dalam envelope yang dah siap dibuat dalam buku besar.



Ada yang lebih unik lagi.Tulis atas blok kayu atau batu. Ni pun nice tapi secara peribadi, ia leceh untuk disimpan.

 


Ada macam macam gaya lagi la.

tapi ayu pulak.. tetap pilih guest book yang tradisional. hehe. Sediakan buku dan pen, kemudian, orang tulis dalam buku tu.

Sebab kelebihannya :
-Mudah guest nak tulis
-Mudah disimpan
-Mudah nak tengok semula
-Mudah nak hias
-jimat kos.


in progress. belum siap.
Cara-cara :

1- beli sketch book. Harga ayu dapat RM10.90 untuk 40 pages. Kertas size A4 dan berkualiti tebal.
2- balut buku dengan kertas/kain mcm balut buku teks masa sekolah. Ayu guna kain cotton hitam. Kain ni memang ada kat rumah.
3- Ambil reben kecil ( 1'') warna gold, gam uhu dan letak atas reben besar organza krim.
4- Lekatkan dengan uhu juga pada buku yang siap di balut tadi.
5- Bentukkan reben. Dan lekat di tempat yang sesuai.
6- Ruang tengah tu, ayu cadangkan lekatkan ejaan nama pengantin contoh : Ayu & Zam menggunakan felt. (jika balut buku guna kertas maka, sesuai guna kertas).
7- hias ikut kesukaan dengan button comel.
8- Sekian.

Done! tu je. Kos nya cume buku jelah yang ayu bermodal sebab yang lain tu memang sedia ada di rumah.


ayu sertakan dengan pen berwarna siap di hias dengan felt love mengikut warna pen.



Permata Yang Dicari

Assalamualaikum.

Dah lama ayu tak share nasyid-nasyid atau pop ketuhanan yang ayu gemari. harini nak share 1 nasyid yang ayu suka sejak dulu.

Ada diselit doa di tengah-tengah lagu..

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

video Youtube di sini

dan doa itu juga menjadi doa ayu semenjak ayu mengenali bakal suami. Kerana, ketika itu, kita tak berani terlalu yakin. Hanya menyerahkan pada Allah yang esa, kerna jika benar dia untuk ayu, ayu mohon agar Allah menyatukan hati kami dalam ikatan halal. Jika dia ditakdir bukan jodoh ayu, maka ayu berdoa agar Allah melapangkan dada ayu untuk menerima ketentuanNya.

Sejak 2,3 bulan ni memang entri ayu berbaur nikah dan perkahwinan. contohnya kursus pra perkahwinan, projek diy veil, temuduga kebenaran nikah negeri johor, cuti jumaat sabtu, diy bantal nikah, bunga tangan dan lain-lain.

dikesempatan ni, ayu beritahu jelah ya.. Hari nikah ayu pada 28 Disember 2013 ini disambut dengan kenduri kecil-kecil bersama keluarga dan jiran. dan in sha allah walimah (jamuan besar sikit) nya akan ayu beritahu kemudian.

Atas permintaan mak , keluarga dan persetujuan kedua-dua belah pihak majlis merisik kira-kira di awal tahun 2013 yg dipercepat dari perancangan asal dan rupanya Allah merencana yang terbaik nikah juga awal dari rancangan, manakala walimahnya yang sunnah di kemudiankan.

Doakan segalanya lancar ya kawan-kawan. Ayu perlukan doa semua.