Sesiapa yang duk di johor mesti maklum kan mengenai cuti hari jumaat dan sabtu di johor bermula Januari 2014 bagi kakitangan kerajaan. Dan swasta pula bergantung kepada pihak pengurusan syarikat samada nak follow atau kekal dengan cuti sedia ada.
Setiap orang mempunyai pendapat peribadi masing-masing. Ada yang setuju. Ada yang bangkang keras dengan pelbagai alasan. Ada yang tak kisah pun. Macam macam reaksi kawan-kawan keliling ayu. ada yang frust tak dapat shopping sebab rehat kerajaan hari jumaat kan lama. hihihi. geli hati ayu.
secara peribadi, ada beberapa sebab setuju dan tak setuju dari pihak ayu.
- Setuju! sebab ayu rasa, ini satu langkah baik dalam menaikkan martabat dan syiar islam.
- Setuju! sebab ayah ada peluang bawa anak-anak gi solat jumaat. Alangkah indahnya membayangkan momen itu. Tak lah anak entah solat ke tidak, dan ayah pulak gi solat jumaat pun dari ofis kan, camna nak jengah anak.
- Setuju! sebab bila time balik kampung, tidaklah jem sana sini sebab JB ni selalu je dipenuhi dengan kereta plat "SSSS". mereka kan cuti ahad.. so, tak bertembung di situ.
- Setuju! Pasti ramai yang awal ke masjid. Sebab kalau hari jumaat bekerja, pasti ramai yang terlewat sebab ada sesetengah tu dekat-dekat pukul 1 baru nak rehat.
- Setuju! Lepasni ramai yang boleh pilih nikah hari Jumaat bagi mengambil barakah Penghulu Segala Hari ini. Alhamdulillah.
- Setuju! Sebab di johor ada sekolah agama. Kesian bebudak, dah balik sekolah kebangsaan bekejar ke masjid ( tu yg ramai je ponteng solat jumaat) dan lepas tu lari balik nak gi sekolah agama. Kalau cuti jumaat urusan tu lebih 'clean'.
- Tak setuju! Jika bakal suami tak cuti jumaat sabtu. Company beliau berpusat di KL, maka, keputusan untuk cuti atau tidak haruslah dirunding dengan BOD dulu. Maka, kalau kami cuti lain hari, susah lah nak planning balik kampung. cume ada 1 hari je cuti penuh iaitu Sabtu. Harap-harap BOD pilih cuti Jumat Sabtu. Sebab.. kalau bakal suami tak cuti jumaat sabtu, alasan SETUJU yang nombor 2 & 3 di atas tak dapat lah direalisasikan oleh keluarga ayu sendiri. Sadis!
Apa pun, ayu percaya, tujuan dan niat Sultan Johor yang ingin melaksanakan kembali cuti umum seperti sebelum tahun 1994 adalah baik dan harus dipuji. Semua di atas adalah pendapat peribadi ayu sendiri ya. Setiap orang punya hak dalam meluahkan pendapat, dan ayu pecaya setiap keputusan yang di buat memang ada buruk dan baiknya.
Lihat komen yg ayu baca di blog ipohmalay. Ayu percaya, sultan dan pengurusannya juga pasti sudah memikirkan hal ini dan ayu percaya johor tidak akan tertinggal pun dalam urusan ekonmi dan perniagaannya. Dan ayu ada dengar PM cakap kat berita, urusan antarabangsa tidak akan terganggu dek kerana cuti Jumaat dan Sabtu.
Mudah-mudahan rakyat muslim di johor memanfaatkan cuti Jumaat ini. :)
negara cuti jumaat pun maju |
Lihat komen yg ayu baca di blog ipohmalay. Ayu percaya, sultan dan pengurusannya juga pasti sudah memikirkan hal ini dan ayu percaya johor tidak akan tertinggal pun dalam urusan ekonmi dan perniagaannya. Dan ayu ada dengar PM cakap kat berita, urusan antarabangsa tidak akan terganggu dek kerana cuti Jumaat dan Sabtu.
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam , dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.
- (HR Ibnu Majah)
Rujukan : Utusan
8 comments:
sy setuju jugak ayu kalau semua diselaraskan tanpa perlu ckp swasta depend on their company..
kwn2 semua dah pening kepala pk anta ank ke taska..kena amik cuti setiap jumaat..taska ari jumaat cuma 1/2day...(skrg ni sabtu 1/2 day)..
pastu ank skolah..mak bapak coti pulak..so? aptb..huhu
sebenarnya , orang kita yg banyak sgt berfikir ...
Setuju cuti hari jumaat.. dpt lebih masa utk keluarga & beribadah.. mudah2an keluarga, msykt & negara bertambah berkat.. aamiin..
yes kenit pun setuju, harap lepas ni menteri berkenaan tidak lagi memandai2 tukar cuti kepada sabtu ahad kembali hehehe.
siapakah bakal suami ayu?.. jeng jeng jeng.. :-)
akak pun setuju..tapi itulah,masalah timbul bila syarikat swasta masih diberi pilihan untuk ikut atau tak dengan cuti ni..
setuju..cuti jumaat..
mohon diselaraskan..utk memudahkan semua pihak :)
setuju cuti hari jumaat.. kalau negeri lain pun macam tu lagi bagus..
Post a Comment