Hari guru lambat lagi, tapi saje nak story pasal hari guru memandangkan baru siap jahit fridge magnet untuk adik hadiahkan cikgu beliau.
Sabun Mandi
Zaman sekolah rendah dulu-dulu rasanya macam jadi wajib bagi hadiah kat cikgu-cikgu bila tiba hari guru. Ayu dan adik-adik mesti fikirkan apa nak beri pada cikgu. Maklum saja lah, zaman ayu kecik lum ada kedai RM2 ataupun Hinode & Daiso (RM5). Kalau ada pun, masa budak-budak tu RM2 terasa besar kan. Yang murah pada kita masa tu RM 1 ke bawah. Apa lagi, yang jadi hadiah ketika itu ialah sabun mandi jenama lux,may dan paling murah fruitale lah. Kira-kira 60 sen kalau tak silap. Pastu balut dengan kertas warna. hihihi.. dan buat kad sendiri khas untuk guru tersayang.
Pen
Selain tu, ayu banyak kasi hadiah Pen bila dan mula nak besar sikit (tapi masih sekolah rendah). Sebab cikgu tanda buku kan pakai pen. So, masa tu pen mampu milik dan rasa berguna untuk guru. Rasanya Pen ni lebih ok sikit kot dari sabun mandi. hehe sebab harga nya pun cecah RM 0.90-1.00 juga. Mahal dah tu rasanya. hihi
Bunga Sekuntum Seorang
Bila tahun demi tahun arwah abah tengok ayu bersungguh siapkan hadiah, ayu masih ingat masa ayu darjah 6, abah beli dan siapkan beberapa kuntum bunga untuk kasi hadiah kat guru-guru subjek. Rasanya, masa zaman sekolah rendah, tu lah hadiah paling best yang ayu beri pada cikgu. Betapa ketika itu, cikgu tu teramat lah penting untuk kita. Sebab masa sekolah rendah, cikgu dan murid rasa begitu dekat. kan kan kan?
Itu jelah nak share kenangan hadiah-hadiah yang ayu pernah beri masa zaman sekolah rendah sekitar tahun 90 an. Zaman sekarang pilihan dah banyak. Paling cikai pun, budak-budak kasi hadiah dari kedai rm2 seperti frame, cawan, mug dan lain-lain. Rasanya tak ada lagi yang kasi hadiah sabun mandi seketul. hihi.
Dan adik kecik ayu fatihah biasanya ayu sediakan barang-barang kraf yang ayu buat dan jahit sendiri untuk jadikan hadiah. Rasa macam lebih praktikal untuk digunakan dan lebih comel. hehe
antaranya ialah :
Fridge Magnet.
Best kot. Sebab cikgu boleh lekat kat peti ais. Ni ayu baru siapkan untuk tahun 2014 ni. Awal gila. haha. Untuk hadiah kat cikgu kelas sekolah agama dan sekolah kebangsaan beliau.
![]() |
fridge magnet felt |
![]() |
penanda buku felt |
Ada sebahagiannya yang adik kasi kat cikgu dia dan kebanyakan nya adalah tempahan dari rakan-rakan.
Keychain
![]() |
cth keychain |
Keychain pun praktikal gak kalau bagi, boleh cikgu letak kat pencil case atau beg dia banyak-banyak. hehe.
Tote Bag
Rasanya kalau kasi hadiah tote bag lagi lah cikgu suka. Kalau kecik, boleh letak pencil case, telekung or apa2 aksesori. Kalau Besar boleh letak buku rancangan mengajar.hehehe. Yang ni ayu belum pernah orang order untuk jadikan hadiah hari guru or adik ayu kasi hadiah hari guru. Kalau guru yang order ngan ayu adalah. hehe
okey, sekian sahaja sharing untuk kali ni. :)
nota : jangan plk ada yang kasi cikgu hadiah sabun mandi tau. Itu cume imbauan kenangan silam. Apa pun, hargailah guru anda.