19 July 2013

Menu : first time buat bergedil

Assalamualaikum.

Okay, semalam berbuka ayu masak bihun sup.
so, extranya.. ayu try buat bergedil. dengar-dengar dari kawan, google resepi, cilok sana cilok sini. dan jadilah ini.
sedap. :)) tidak mengecewakan.
Okay, senang ok. even xbape nak bulat begedil ayu ni.ahahaha.

Ish. nak share ke resepi ek? 
emmm..after fikir-fikir, share la. kot-kot ada yg beginner memasak nak try resepi SIMPLE ayu..hehhee

HOW TO COOK?

Rebus kentang 2-3 biji, kemudian lenyek. 
Daging cincang segenggam+rempah sup 1 sudu kecil+bawang besar 1/2 biji (dicincang) digoreng agak-agak masak, kemudian toskan untuk buang minyak.
Campurkan hasil gorengan + kentang lenyek + daun sup (dihiris halus) + garam + serbuk lada hitam.
Bulat-bulatkan, celup bancuhan telur dan GORENG!

SIAPPP.. !

simple senang sedap. :)

nota :
adik ayu tanya.. nape begedil kakak bulat?sebab biasa kat kedai kat leper.hehhee...

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

GA Ramadhan Raya by Emas Putih


Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)


Saya join GA lagi. :)
ni lagik banyak hadiah weh.
try la.

kot2 rezki ramadhan.

Menu : Sambal Goreng Simple

Assalamualaikum
apa khabar kawan-kawan?
ramadhan mcm mana?
baik baik je kan? in shaa allah.

ok. macam biasalah, menu kat blog ayu ni always yg SIMPLE, SENANG, SEDAP. kiki 3S ok.

semalam masa masak untuk berbuka kami adik beradik, ayu tiba-tiba macam bosan tengok lauk.
tiba-tiba realize..dulu2 kalau ayu & mak xde selera makan, mak akan masak Sambal Goreng Simple ni.

why simple? sbb sambal goreng jawa sebenar sangat lain lah.ada tempe,tahu,kacang panjang dll
yang sambal goreng ayu ni. 3 bahan utama sahaja.

kentang
ikan bilis
bawang besar


SIMPLE kan? Sape kata simple dan hitam gitu tak sedap. sedap tau.. lagi-lagi kalau ada follower blog ayu ni yg student tu. haruslah korang boleh buat ni kat umah sewa/kampus korang. sebab bahan bahan nya simple. *asyik remind simple aje. hehe*

HOW TO COOK?

Kentang dihiris dan digoreng + ikan bilis digoreng 
kemudian dengan minyak yang sikit, tumiskan bawang besar sekejap, masukkan kentang+ikan bilis tadi.
masukkan kicap manis (ayu pakai jalen).
kalau nak pedas, hiriskan cili sikit.

OK siap!!!
dah boleh makan dah. hehehe..

:)
Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

Nota Hati :
Hitam je juadah. Tapi, hitam hitam pun sedap.. :))

18 July 2013

GIVEAWAY RAHMATNYA RAMADHAN

assalamualaikum.

eh eh. ayu terjoin giveaway. bukan apa..saja nak memeriahkan industri blogger sempena ramadhan ni. :)
bole bw skali kat blogger2 lain...kenal-kenal. erat silaturahim


klik kat gambar utk JOIN.

hadiah banyak korang.
manatau ada rezki. rezki syahrul ramadhan..



Menu : Roti Balak a.k.a Roti Sosej

Assalamualaikum.

hehe. ROTI BALAK?

itu adalah nama samaran yang kawan sekerja saya beri untuk spesis roti yang saya buat ni.
mungkin sebab rupa dia kot.haha
ala..resepi mudah minum petang. utk ramadhan pulak, resepi ini saya buat ketika bersahur sebab adik adik saya sumer tak mahu makan nasi. disuruh ambil oat/nestum pun tak mahu. Jadi, untuk bagi diorang selera, rasanya tak salah kalau pelbagaikan juadah sahur. dan saya memilih yang simple. hehe
cepat-sedap-licin!

maaf. gambo dok comel. sebab kerat xlawa. hahaha
HOW TO COOK?


sosej-rebus sekejap.
roti dibuang kulit-leperkan. (saya leperkan pakai gelas..)
telur+garam+serbuk lada hitam(optional)=pukul manja

balut sosej dengan roti. Celup dengan telur (hujung tu sapu skit dengan telur belah dalam bagi lekat) dan goreng. :)

siaappp.. senang kan?
hihihi..

buat buka pun hokey ni.

nota hati :

dalam dia letak cheese lagi yummy kan.?

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan
Love,

Ayu zan

17 July 2013

Menu : Kek Batik Nestum


Assalamualaikum.

semalam buka puasa saya buat kek batik.
biasa buat kek batik biasa tu 
semalam try campur sekali nestum.
orang kata sedap.

not bad.
 adik saya uda suka sangat.
uda kata, pasni buat letak nestum lagi.
hehhehe

tapi kalau ayu plk suka plain je rasa milo..masing2 punya taste kan..

bangun sahur td..da tinggal suku loyang. sape lg..uda & angah la makan.
*happy*
siapa tak happy bila kita masak orang makan kan.hihi

tapi sori.. gambar mmg hancus. mana tidaknya. tu pakai snap je masa nak bukak posa.
xsempat nak setting platting molek2. golek2 je kek tu.
ele.. sejak bila pandai buat tu semua ayu?
hehhe

hancus .hihi. xlawa tapi sedap tau. yg nampak macam serpih2 putih tu nestom la tu.hehe

resepi? ala..malu plk nak share.yela kan..usha blog2 masakan otai kemain hebat resepi.
ayu punya..ala2 resepi budak sekolah.kikiki..

250gm butter + milo sepaket + 1/2 tin susu pekat manis + esen vanilla = godak2 atas api sampai sebati.
masukkan biskut meri yang dah patah 4 bahagian. kacau-kacau bagi rata..+nestum (dlm 1/2cwn kot.hihi) (bole gak add on kacang/kismis)
ok siap. masuk loyang. padat2 pakai sudu.. dan masuk esbok.lepas dah keras (semalaman katanya) boleh la dipotong.

sekian. senang kan? hihi.. dok pakai milo aje. ada resepi pakai telor, tepong, kaya, koko, coklat rice. mcm2 resepi ada.

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

Perasan Blog Masakan. hihihi

assalamualaikum.

korang sihat? puasa ok? moga2 ramadhan kali ini penuh barakah buat kite semua.

ok..dulu-dulu.. dlam 2 tahun lps.blog saya bukan Ayuzanstory ni.. dulu blog saya Bicara Hati.
Lama gak berblog dgn blog tu. Zaman-zaman bergelar student dulu. but at last blog tu terpaksa tamat riwayat atas sebab musabab yang tak dpt sy elakkan. *sigh*
sayang tau. sbb da banyak da followers, rakan2 baik dan sharing moment yg banyak.

Ok. blog ni pulak. da lama da gak. tapi tak semaju dulu. sebab lepas habis stadi, masa saya kerja kat bank dulu, masa berblog agak terbatas. so tak dapat nak fokus sepenuhnya dan akibatnya hilanglah readers. tapi kan..

tadi dok bukak nuffnang.. hihihi.. keyword ni.



wah.. rasa macam blog rujukan masakan pulak. kikiki perasan ayu..

padahal, juadah2 tu semua masa saya mula2 berjinak-jinak nak masak. 

tengok kat situ..keyword nak masak sosej yang banyak. 
the very simple dish.
Sosej Masam Manis
Jeli Kuah Koktel
Agar Agar Susu Pecah

haa..3 menu tu jela yg dpt perhatian. hehe
patut pun..sbb sy punya menu resepi yg sumbat dalam ni ada dalam 5-6 je.
in sha allah lepasni kalau rajin sy share sini ya.
saya ni pun bukan lah pandai sangat memasak.
tapi. i love cooking sejak duduk rumah sendiri.
bak kata kawan-kawan saya
"ayu xkawin lagi, but u seems like a mommy"
yela kan. adik lelaki saya bujang 2 orang bekerja kat JB dan menetap dengan saya
so hari hari lah saya duk memasak utk depa.
hehe

dan diorang memang suka makan. even for the first time tu kari pun xrupa kari. hahahaha

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

LOve,
Ayu Zan