15 January 2014

Giveaway Birthday Azhafizah

assalamualaikum.

Allah Selamatkan Kamu, 
Allah Selamatkan Kamu, 
Allah Selamatkan Fiza dan keluarga, 
Allah Selamatkan Kamu.

Selamat ulangtahun kelahiran kepada blogger FIZA, semoga ulangtahun kali ini menambahkan lagi rasa kesyukuran di atas nikmat-nikmat yang Allah kurniakan. Dan semoga semakin bertambah umur, semakin bertambah kebahagiaan. aamiinnn

“Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” 

(Ad-Dhuha: 11)

Giveaway Birthday Azhafizah

Jom join! Tak menang pun still dapat hadiah tau. Free calendar 2014 dekstop wallpaper. :)


klik untuk join
nota jari manis : fiza, birthday ayu pun Januari jugak.ihhihi

Dating : The Legend Of Hercules

Assalamualaikum

last week.. Jumaat malam ayu dan suami keluar nak gi shopping barang dapur. Tiba-tiba suami kata, barang dapur kita beli esoklah dan ajak gi tengok wayang.

hampir aje ayu cakap "eh mana boleh.. malam sangat dah ni" sebab terlupa kejap, kan dah nikah boleh berlarut malam dengan suami. Bukan ada orang nak marah pun berdating dengan suami sendiri. hihi.



Jadi, kami pon berdating ke Jusco Tebrau. Encik suami ajak nengok wayang citer Hercules tu. Personally, movie omputeh memang jarang mengecewakan. Action dia, gambar, audio memang selalu je baik dan tip top. Even CGI nampak bagus dan menarik, Tapi cerita ni tak mahal sangat kot.hihi. Selalu kan citer epik ni gempak belaka, ni citer hercules ni tak delah gempak sangat set dia. Kadang tak logik pun ada, sebab penggal kepala darah nya tak membuak. ahahaha

Cume rasa macam plot dia ada slow sikit. Yang rasa best dan bersemangat nak tonton masa si Hercules dan Sotiris ni berganding bahu menyelamatkan diri dan menyerang kerajaan King Amphitryon dan membunuh raja jahat tu.

Cume tu lah, ada sikit babak cium mencium (xoversangat. tapi agak lama) tu. Adeh, tak di sensored kan. Tak elok untuk orang yang datang bawak budak kecik kecik tu. Minda diorang boleh tercemar sebab dok tengok babak camtu. Ayu yang dah dewasa ni pun segan aih..

lagi satu, movie macam ni memang tak sesuai bawa kanak-kanak sebab Hercules digambarkan separuh tuhan separuh manusia (anak tuhan). Bahaya untuk pemahaman mereka. Kalau dewasa macam kita ni in sha allah dah cukup berakal nak memahaminya.

Overall, even cerita ni agak cliche,  ayu still kasi 3.5 bintang untuk Hercules ni sebab Kellan Lutz melakonkan wataknya boleh tahan baik even dia tak berapa famous. Ayu nengok beliau jadi Hercules macam nerd sikit. hihi. *ini pendapat peribadi ayu ya*

kami habis nengok wayang dan keluar dari jusco tu tepat jam 12.00 tengah malam. sempat snap gambar encik suami yang berselendang tu. sejuk la konon masa nak masuk tengok wayang. tengok, dok dalam tu tak sejuk langsung hall tu hari kejadian. haha

sempat snap gambar beliau je. gambar sendiri..xde.hehe

14 January 2014

Mengimbau Kembali Sambutan Hari Maulidur Rasul

Assalamualaikum.

Salam Maulidur Rasul buat rakan rakan pembaca. Moga semakin tahun berlalu, kecintaan kepada rasul agung kita ini makin memekar.

dulu... sekolah menengah, ayu tinggal di asrama dari tingkatan 1 hingga 5. Asrama yang amat menitik beratkan unsur Islam dalam kehidupan... rasa bersyukur yang amat-amat bila mengenang kembali saat-saat menjadi anak didik di sana. Jiwa terisi sangat ketika itu. Solat berjemaah jadi ikutan dan kebiasaan. Alquran jadi manisan harian. Almathurat jadi amalan. Aurat terpelihara. Di waktu senggang, PA system akan dipasang muzik muzik nasyid yang menghiburkan sambil mentarbiah jiwa. Oh! Alhamdulillah jiwa remajaku bermula dengan persekitaran yang baik.

Zaman itu, pada tahun 2002-2006, banyak program maulud nabi ni. Antaranya ialah, ceramah berkaitan rasulullah, perarakan sambil selawat atas baginda, jamuan makan dan sebagainya.

Tetapi pengisian menyambut maulud nabi yang paling terkesan di jiwa ialah pertandingan dan persembahan nasyid di asrama. Tiap dorm(bilik) akan mengalun nasyid pilihan masing-masing. Dan paling ayu ingat alunan nasyid dari kumpulan kami ketika itu bertajuk Rasulullah by Hijjaz. Banyak lagu lain sebenarnya, tapi lagu tu juga yang paling ayu ingat dan hingga saat ini masih di hafal bait-bait nasyid itu.

Rasulullah, dalam mengenangmu, kami susuli lembaran sirahmu, pahit getir perjuanganmu membawa cahaya kebenaran

ni ayu  sertakan video lagu nasyid yang ayu sebutkan tadi. Jom layan jap. :)



اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

INFO: dengar 30 minit ustaz don, beliau cerita kisah Nabi Adam yang telah pun mengetahui yang Nabi Muhammad adalah kekasih Allah sekalipun ketika itu Nabi Muhammad belum pun diciptakan. Kerana, Di dinding-dinding syurga telah pun terganding nama Allah dan Muhammad.. dan dunia dan segala isi diciptakan hanya kerana kekasih-Nya iaitu Muhammad.

13 January 2014

DIY Nikah : Alas Dulang

assalamualaikum

kita sambung entry DIY masa nikah haritu ya.

kalini mengenai alas dulang. Ayu asalnya memang cadang nak buat sendiri pun. so, terhasillah alas ikut imaginasi ni.

simple jek.

bulatnya tu ayu ikut kata member ayu, dia tekap guna dulang makan nasi ambeng tu. tau kan? yang besar tu.

buat kaler krim. saje. supaya nanti bole turun kat adik2. hehe. warna yg selamat.

siap iron daa..hihi

 cube perhati. sebenarnya renda dia tak cukup. gi kedai tu semula..kaler nya da habis, so, terpaksa la ayu selang selikan dengan hijau cerah sikit tu. hehe. tapi bila da susun kat dulang betul2 tak kelihatan pon beza tu.

masa lafaz taklik. 
dari jauh ok je kot alas tu.hehe..

bajet?

3 meter satin yang RM 3.20/m (dapat 11/12 dulang) - RM 9.60 purata 1 alas 80 sen. *tu pun ada lebih lg.

modal :

kain : RM 0.80
renda : RM 1.50 (guna 1.5 meter untuk 1 alas. harga renda ayu RM 1/m)
jahit tepi : RM 0.70 

total : RM 3.00 

hohoho. murah kan? survey kt kedai mahal gak simple simple pon. hihi. Kalau DIY, bole buat ikut kehendak kita. dan dijamin jimat. nak bagi dia jadi harga RM 2.30 pun boleh, korang lilin je. xyah jahit tepi.

USAHA tangga KEJAYAAN.hehe

12 January 2014

Pelamin Mini Jadi Perhatian

assalamualaikum

alhamdulillah. tak sangka pelamin mini masa nikah haritu jadi perhatian blogger zamani. Malah, siap sharing entry berkaitan mini dais yang simple dimple tu lagi. Mungkin pelamin mini simple ayu bukanlah boleh menjadi tandingan pelamin pelamin sewa yang lebih full spec tu, tapi ayu rasa, itu lebih dari mencukupi untuk ayu yang lebih menyukai kesederhanaan.


terima kasih ya saudara zam..tak marah pun saudara print screen tu. Mana tahu, pelamin simple dan jimat tu mampu menjadi idea bagi B2B di luar sana yang nak cari inspirasi yang mudah di realisasikan.

terharu rasa, sebab ayu sangkakan pelamin simple seperti tu bakal dipandang sepi aje. hihi.

Link ke entry mini dais ayu tu.

11 January 2014

Rezki Menjahit

Assalamualaikum

baru-baru ni sejak-sejak dah nikah ni rezki berkraf nampak lebih banyak. Alhamdulillah... cume ayu je lebih membataskan untuk mengambil order-order.  Sebab kalau banyak tu macam tamak pula.Takut tak terbuat. Ayu menghadkan diri untuk ambil order yang tak urgent. Jadi, tak lah ayu stress nak buat.

Biasanya orang order kraf-kraf item yang memerlukan khidmat ayu untuk design apa yang difikirkan ayu. meaning, ikut imaginasi ayu. Jadi, masa nak berkraf tu, ayu memang kena relax, tenang dan semangat. Sebab kalau buat nak tak nak, memang ayu akan dapat hasil yang tak 'semenggah'.

Untuk makluman, ayu ni bekerja. 8 pagi - 5 petang. Jadi, masa terhad pada waktu malam kira-kira jam 9 malam setelah solat berjemaah dan bertadarus bersama suami. Dan ayu jarang tidur lewat melebihi 11.30 malam . itupun kalau tak kemana-mana..sempat la juga nak menjahit.
Macam baru-baru ni ada akak kenalan ayu ni, dia tempah bantal hantaran. Memang benda yang ayu tak pernah buat pun sebelum ni. Kena balut dengan span, pastu balut pakai satin licin, pastu hias-hias. Kerja tangan yang rumit sebenarnya. Tapi tu lah, akak tu memberi sepenuh kepercayaan untuk ayu buat juga. huhu. Apepun ayu try la ya. Ni pun tengah on the way siapkannya... dan akak tu dah tambah order pun sekarang. Nak suruh buat selimut, sarung bantal dan siap sekali dengan begnya dan bertanda nama untuk dibawa ke nursery. hehe.. Yeye je kan.. ayu ni tak pernah buat pun semua tu. hohoho.

senget sikit disitu. uwaa...
Tapi, tak kira lah sibuk mana pun kan... menjahit item comel dan berkraf tu satu perkara yang menyeronokkan buat ayu, jadi, sibuk penat manapun, ayu belum fikir nak berhenti. Kalau kurangkan, mungkinlah. Yelah, sekarang telah bersuami...dan satu hari pasti ada anak pula, mungkin masa tu tak dapat ambil tempahan. Yelah, tu semua perlukan komitmen masa dan tenaga kan. Tapi ayu akan makesure, ayu boleh Ber-D-I-Y banyak benda untuk diri dan keluarga. Yela, kita gunakan kemahiran, minat dan bakat (sikit) ni untuk kegunaan diri dan keluarga. hehe..

Sekian.

Entry ini berbentuk luahan aje....saje je.. nak cerita-cerita perasaan kan. hihihi

09 January 2014

Guest Book Corner Yang Simple

Assalamualaikum

haritu ayu ada share tutorial DIY guest book disini.

harini ayu nak share ape yang ayu letak kat atas meja guestbook tu.


TADAAaaa.. tu dia. simple je kan. hihi

guest book murah
my GB

cume kat gelas kaca tu ayu ada tambah ribbon. tapi tak snap pula sebab last minit. hihi.. in sha allah GB ni ayu akan upgrade untuk di bawa ke majlis walimah ayu nanti. Just sambung je sebab mukasurat kosong masih ada.

dan atas beberapa pertanyaan dan mendengar keluhan rakan-rakan yang dok survey Guestbook ni mahal sangat nak beli, ayu rasa, ayu nak ambil tempahan untuk buat Guest book corner ni. Tapi pakej yang ayu tawarkan memang yang murah-murah je la. sebab kalau dok google, semua pakej GB corner ni mahal belaka. Ada yang GB tu je dah RM 130++. uih, mahai! sayang duit. 

Kot kot ada yang nak tempah Guestbook versi jimat macam ni, Just email ayu ya : ayuzan@hotmail.com 


jangan risau, harga ayu letak murah je. Takde ratus ratus. cume RM 60 untuk item dibawah.

ayu tawarkan 3 item di Guestbook corner :
  • Guestbook - ada nama (dalam kertas tebal 40 pages)
  • Pen - love - siap balut dengan reben (4 pcs)
  • frame - siap hiasan. ada ucapan/nama yang di raikan (cth : wedding, akikah atau apa-apa)
sms : 0103787836 untuk tempahan.