Assalamualaikum
syukur ke hadrat illahi, dengan izin dan ketentuan-Nya, pada 28 Disember 2013, Sabtu ayu telah selamat dinikahkan dengan suami Mohammad Hafrizam Bin Jamaluddin. Sangat syukur! Doakan rumahtangga kami kekal bahagia hingga ke syurga.
ramai yang minta ayu share photo, tapi buat masa sekarang tak banyak dapat ayu share memandangkan kat phone ayu gambar berapa kerat aje. Yang ada, cuma gambar dalam phone member dan sanak saudara. hihi. Selebihnya masih ada pada encik OP yang ayu hired iaitu Abang Rasul, sepupu ayu. Untung dapat OP sedara-sedara ni. Harga pun sedara. hihi
Ayu ucapkan jutaan terima kasih buat mak, adik adik dan sanak saudara yang bertungkus lumus membantu menjayakan majlis kecil yang meriah ini. Dari pihak suami pun tak kurang meriahnya. Rasa besar hati ayu melihat 10 biji kereta dari pihak pengantin lelaki yang datang. Terasa kehadiran ayu sebagai salah seorang ahli keluarga itu sangat di alu-alukan. hihi
Thanks untuk mak ayu. U are the best mom in the world. Ayu sayang mak dunia akhirat...
Dan untuk adik-adik ayu...
Angah~ Alhamdulillah.. berjaya menguatkan semangat untuk mewalikan kakakmu. Thanks.
Uda & Aman~ ni orang kuat yang bantu kakak DIY mini pelamin, bilik serta bersihkan keliling rumah. hehe. Thanks adik-adikku
Adik nurul ~ ni peneman setia ayu :)
Terima kasih juga buat semua yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami....
Nota : Ni entri ringkas, nanti ayu update lain-lain ya..
11 comments:
Ayu!!! Selamat Pengantin Baru!! so happy for you!!
Tahun 2014 pasti lebih gembira dengan kehadiran suami di sisi.. :)
Selamat pengantin baru ayu..!!
moga kekal hingga ke jannah
Assalamualaikum dan tahniah sis...semoga berbahagia hingga hujung nyawa...
Tahniah Ayu.... Selamat Pengantin Baru dan Selamat Tahun Baru untuk Ayu....
Tahniah Ayu & asben..slmt pengantin baru..semoga berbahagia hingga akhir hayat...amin
selamat pengantin baru..
moga berkekalan hingga ke jannah...:D
bru ini nmpk gmbr muka..cntik sgt..mak dah mcm kakak =)
selamat pengantin baru ayu..sangat cantik
Selamat pengantin baru Ayu.. moga ikatan yang dibina kekal hingga ke jannah..
Alhamdulillah.. Tahniah!!
Semoga berbahagia dgn penuh keberkatan di dunia & akhirat.. aamiin.
Slmt menyambut tahun baru buat Ayu & suami dgn sepenuh keceriaan.. :)
selamat pengantin baru ayu.. semoga diberkati oleh Allah selalu dan kekal bahagia hingga ke syurga.. nampak berseri-seri.. :D
Post a Comment