04 December 2013

Selfish parking kereta

Assalamualaikum

harini topik serius sikit. Sekadar nak berkongsi pengalaman yang ayu pernah hadapi iaitu kereta kelisa ayu yang sedang di parking elok di petak parking telah di 'block' oleh sebuah kereta lain. Dah lah masa tu urgent, ada pula orang tidak bertanggung jawab macam tu. Hampir 15 minit ayu usha-usha kedai depan tu, tak tahu nak buat apa. Rasa nak jerit je kuat-kuat. Tak pun ambik kunci tonyoh-tonyoh kereta tu bagi alarm dia bunyi. Yela, kereta besar kan selalu alarm dia kan power. Tapi tak tergamak pulak nak buat begitu.

ayu cuba untuk +ve kan minda ayu yang keruh ketika itu.

"Mungkin bawa mak,nenek atau sedara mara yang oku kot. Tu parking macam tu?" Tapi minda ayu gagal memprosesnya dengan baik. Sebab perbuatan parking lama-lama macam tu memang menyakitkan hati ayu atau mungkin siapa saja yang urgent. Kalau sekejap boleh diterima akal. Ayu cuba adjust juga nak try keluar tapi gagal. ruang terhad sangat. setakat motosikal boleh lah. huuhuhu

Sabarkan juga jiwa yang bergelodak ni. huhu.

situasinya
Tiba-tiba, segerombolan india pun keluar dari KLINIK HAIWAN dengan menggendong SEEKOR ANJING berbulu kembang. Apa lagi... BERBULU kembang jugak la ayu memdangnya. 5 ORANG dalam kereta semua nak hantar anjing tu apesal. tak kan sorang pun tak leh stay dalam kereta. Lepas tu 1 ucapan maaf pun tak ada. Sangat-sangat NO MANNERS! Ayu sempat separuh jerit "U tak tahu parking ke? No manners lah!" tapi entah mereka dengar ke tidak. huhuhu

Cuba bayangkan.. kalau ada orang yang perlu cepat untuk hal-hal yang sangat penting dalam hidup, kerana orang yang tak bertanggungjawab macam tu, boleh jadi macam-macam hal. Sekadar peringatan untuk diri ayu juga kalau nak buat apa-apa harus fikirkan orang lain. Jangan selfish.

Nota : member sekerja kata.. lain kali kalau kena,,,hon kereta banyak-banyak. biar semua orang nampak. Tapi kalau tuan kereta tu tak keluar gak, malu sendiri la ayu. (=_=)

9 comments:

TelingaBulat said...

selfish sgt hurmm ade jee owg cmni kn

IntaNBerliaN said...

akak yg baca pun rasa geram... tu la, apa slhnya tunggu walau sorg dekat kete tu...

IntaNBerliaN said...

wah dah gaya ayu cite ni nmpk sedap.. rs nk cari gak la nanti.. hihii

Niena Reen said...

Alamak, tak beradab langsung. Tinggal terus pula tu kereta tu.. Aiyoyo, masalah juga bila berhadapan situasi macam gini kan. Kena banyak2 sabar lah gamaknya and kena ingat kita pon jangan buat benda yang sama... :)

msredcheesecake said...

biasa kena ni...hhee... sabar je la... kita marah kang silap2 dia marah kita balik...hheee

Khir Khalid said...

Mmg cukup menyampah dgn org yg mcm ni.. mcm x berfikir..

Mizz Aiza said...

panggil towing je untuk tunda kereta tu.. geram pula akak..

memmetlenggeng said...

memang angin dibuatnya, dahla tak mintak maaf..

Permata Malap said...

huh,akak baca pun rasa geram,dik..akak tak pernah lagi kena macam ni.tapi kat kuarters kitaorang memang banyak spesies macam nih..