harini topik serius sikit. Sekadar nak berkongsi pengalaman yang ayu pernah hadapi iaitu kereta kelisa ayu yang sedang di parking elok di petak parking telah di 'block' oleh sebuah kereta lain. Dah lah masa tu urgent, ada pula orang tidak bertanggung jawab macam tu. Hampir 15 minit ayu usha-usha kedai depan tu, tak tahu nak buat apa. Rasa nak jerit je kuat-kuat. Tak pun ambik kunci tonyoh-tonyoh kereta tu bagi alarm dia bunyi. Yela, kereta besar kan selalu alarm dia kan power. Tapi tak tergamak pulak nak buat begitu.
ayu cuba untuk +ve kan minda ayu yang keruh ketika itu.
"Mungkin bawa mak,nenek atau sedara mara yang oku kot. Tu parking macam tu?" Tapi minda ayu gagal memprosesnya dengan baik. Sebab perbuatan parking lama-lama macam tu memang menyakitkan hati ayu atau mungkin siapa saja yang urgent. Kalau sekejap boleh diterima akal. Ayu cuba adjust juga nak try keluar tapi gagal. ruang terhad sangat. setakat motosikal boleh lah. huuhuhu
Sabarkan juga jiwa yang bergelodak ni. huhu.
situasinya |
Cuba bayangkan.. kalau ada orang yang perlu cepat untuk hal-hal yang sangat penting dalam hidup, kerana orang yang tak bertanggungjawab macam tu, boleh jadi macam-macam hal. Sekadar peringatan untuk diri ayu juga kalau nak buat apa-apa harus fikirkan orang lain. Jangan selfish.
Nota : member sekerja kata.. lain kali kalau kena,,,hon kereta banyak-banyak. biar semua orang nampak. Tapi kalau tuan kereta tu tak keluar gak, malu sendiri la ayu. (=_=)
9 comments:
selfish sgt hurmm ade jee owg cmni kn
akak yg baca pun rasa geram... tu la, apa slhnya tunggu walau sorg dekat kete tu...
wah dah gaya ayu cite ni nmpk sedap.. rs nk cari gak la nanti.. hihii
Alamak, tak beradab langsung. Tinggal terus pula tu kereta tu.. Aiyoyo, masalah juga bila berhadapan situasi macam gini kan. Kena banyak2 sabar lah gamaknya and kena ingat kita pon jangan buat benda yang sama... :)
biasa kena ni...hhee... sabar je la... kita marah kang silap2 dia marah kita balik...hheee
Mmg cukup menyampah dgn org yg mcm ni.. mcm x berfikir..
panggil towing je untuk tunda kereta tu.. geram pula akak..
memang angin dibuatnya, dahla tak mintak maaf..
huh,akak baca pun rasa geram,dik..akak tak pernah lagi kena macam ni.tapi kat kuarters kitaorang memang banyak spesies macam nih..
Post a Comment