16 December 2013

Guest Book DIY

Assalamualaikum

Mula-mula ingat nak buat guest book ni masa walimah ayu nanti. Sebab end of disember ni hanya kenduri nikah kecil-kecilan. Tapi fikir balik, buat jelah simple guest book. Bole gak orang-orang yang datang tu mencoret sepatah dua kata. lagipun, barang nak hias, in sha allah memang ada kat rumah. Dan nanti masa walimah tu guna pakai sambung aje. kan kan?

Guest Book adalah antara salah satu item yang orang suka letakkan di satu sudut ketika majlis tunang,kahwin, kenduri atau birthday party. Matlamat Guest Book adalah untuk memberi peluang pada kawan-kawan dan tetamu untuk menulis ucapan di dalamnya.

Macam-macam gaya orang buat.

ada yang suka bentuk kad-kad dan lepas tulis masuk dalam balang. tapi pada ayu, susah sikit nak menyimpannya.



Ada yang lebih seni, lepas tulis memo tu, masuk dalam envelope yang dah siap dibuat dalam buku besar.



Ada yang lebih unik lagi.Tulis atas blok kayu atau batu. Ni pun nice tapi secara peribadi, ia leceh untuk disimpan.

 


Ada macam macam gaya lagi la.

tapi ayu pulak.. tetap pilih guest book yang tradisional. hehe. Sediakan buku dan pen, kemudian, orang tulis dalam buku tu.

Sebab kelebihannya :
-Mudah guest nak tulis
-Mudah disimpan
-Mudah nak tengok semula
-Mudah nak hias
-jimat kos.


in progress. belum siap.
Cara-cara :

1- beli sketch book. Harga ayu dapat RM10.90 untuk 40 pages. Kertas size A4 dan berkualiti tebal.
2- balut buku dengan kertas/kain mcm balut buku teks masa sekolah. Ayu guna kain cotton hitam. Kain ni memang ada kat rumah.
3- Ambil reben kecil ( 1'') warna gold, gam uhu dan letak atas reben besar organza krim.
4- Lekatkan dengan uhu juga pada buku yang siap di balut tadi.
5- Bentukkan reben. Dan lekat di tempat yang sesuai.
6- Ruang tengah tu, ayu cadangkan lekatkan ejaan nama pengantin contoh : Ayu & Zam menggunakan felt. (jika balut buku guna kertas maka, sesuai guna kertas).
7- hias ikut kesukaan dengan button comel.
8- Sekian.

Done! tu je. Kos nya cume buku jelah yang ayu bermodal sebab yang lain tu memang sedia ada di rumah.


ayu sertakan dengan pen berwarna siap di hias dengan felt love mengikut warna pen.



22 comments:

Aqilah Azmi said...

wahhhh sgt kreatif :OOO

hihihi suka!!!! dh bookmark!!

norhasnizakhalid said...

hihihi,,,, ayu pandai buat craft comel ni.

nuyui a.k.a miss YUI said...

untung bila kreatif..hihi

Nurul said...

Wow... kreatif sungguh... ^__^

Mazatul azura said...

Time akak dulu x dek pun guest book.. tapi sume kad dari hadiah kawin simpan dalam satu album... sampai sekarang kenangan still ade :)

Mar Mansor said...

menarik...suka pen tu..nice sgt..

Suri Sutera said...

yg tulis atas batu dan yang ada envelope tu akak suka...hee..

msredcheesecake said...

praktikal vs kreativiti... pilih sendiri... kreativiti ni kengkadang tak praktikal...

JunAina said...

Kreatif betul Ayu...tak apa buat jelah selagi tak membazirkan, semua pun buat sendiri bukan nak sibuk tempah bagai.

Lama jugak akak tak singgah sini.

Mizz Aiza said...

bagus ayu buat sendiri.. kreatifnya.. :D

Hanim said...

kreatif! tu pasal la kenit tak pernah dapat A dalam pendidikan seni time sekolah dulu hehehe :D

TelingaBulat said...

kreatif ;)

randomlyally said...

wahh..cantik..cantik..! kreatif sambil save budget. :)

Azlan Strider said...

wah...sangat menarik guest book nie..esok kalau saya kawin sy pun ingat nak guna guest book jugak laa..hehehe

Regards,
-Strider-

Unknown said...

kretip sgt...i like it...=D

Azhafizah MN said...

kreatifnye!! simple je kan.murah dan jimat.lagi puas hati DIY :)

Jemput singgah ke blog
Blog Azhafizah.com

Adriannasyaz said...

Cantiknya..sya pun mau guest book mcm ni jgk..salam kenal ayu..sya snggh dan folo blog ayu..jika sdi,snggh ke blog sya ya ^_^

Unknown said...

laaa...comelnye!
kreatif!

Invisible Me said...

Menarik. Guest book bole jadi kenang-kenangan.

DILA ELLA said...

kreatif dan cantik :)

다(da)양(yang) said...

kreatif ya sis, klu sy, beli je pandai ni..hihihi..

memmetlenggeng said...

macam-macam kaedah kenangan sekarang ni ye..apapun..tahniah bakal menjadi isteri