15 July 2014

Beg Tangan Dan Kasut Oren


assalamualaikum

Sebenarnya raya dah dekat dah kan. Ayu tahun ni slow je mood nak shopping raya. Baju raya 1 pun lum beli. Yela, kalau korang follow entri sebelum-sebelum ni mesti tahu keadaan kesihatan ayu sejak pregnant ni sedikit di uji. Tapi semalam suami ajak belanja sikit. Nak mencari baju seluar buat jalan-jalan.

Selesai part tu, ayu pun tuju ke bahagian kasut, cadang-cadang nak cari sepatu tanpa tumit yang sedap dan selesa dipakai. Pusing punya pusing dah berkali kali susah amat nak cari kasut. Dah minat, saiz 4 pulak tak ada. stress betul.

Nampak design kasut tu, try..sedap pakai. Tapi saiz 5 paling kecil yang ada. Try saiz 5 muat pulak tu. hehe.
Tapi 2 warna je yang ada. Oren dan ape ye? tak ingat dah warna satu lagi. Yang pasti lagi satu tu tak cantik.hehhe

terus je suami kata comel dan cantik dan belikan untuk bini dia. hihi.

Dek kerana kasut dah ter'oren' tu yang dok mencari couple handbag oren gak. Kebetulan harga beg tu boleh kata murah lah dan suka pulak ayu dengan design dia. Terus aje sambar.

Dah beli set oren tu, suami tanya... Tak pe ke kalau kasut dan beg oren, tapi baju warna lain??
Ayu terdiam juga kejap. Dok cerna kata kata suami. Lepas tu ayu jawab.. "Tak pe.. kalau orang pempuan, yang penting kasut dengan handbag sama warna. Tak pelik dah. Lagi pun sekarang musim warna terang-terang,"

orange.
Tapi sampai sekarang dok fikir. Pelik tak kalau baju raya hijau, beg dan kasut oren? Tak pelik kan? kan ? kan? 

15 comments:

Anum said...

X PE2 HEHE

y i e n said...

cantiknyer.. tp tengah membayangkan jugaq hijau + oren tu sesuai ke tidokkk, hahaha~

NAZLIANA SI CUTE said...

cantik warna hijau n oren nice sgt22 i like..

thisni3za said...

Wah...meriah la ayu raya tahun ni...huhu

dear anies said...

janji raya ayu...warna tolak tepi hahahaah

JunAina said...

Ayu zaman kaler block skrg ni org tak herannya...:)

Amelia said...

kalau saya, baju dengan kasut kena sama. beg warna kontra. hehe.

Hans Hanis said...

rasa2 okay la kut
hehehe

Unknown said...

cantik.. kaler pun soft. tak terang sgt ^__^

ayuzan said...

Hihi.. Thanks korang. Lega pasni nak bergaya dgn si oren oren ni.

Unknown said...

nice la ayu! skrg org pakai warna campur2..hehe tu nmpk menarik!

Mar Mansor said...

ok apa..warna warni di aidilfitri

QasehnyaRania said...

ok je la ayu..
mesti cntik nti..
ciksu lagi la tak pikir smua tu. dok pikir sekut raya aje skrg. hihi

randomlyally said...

2 warna ok tu ayu. jangan warna-warni..nanti, apa orang kata, macam pokok krismas..he he he

Syamimi Saad said...

Skrng ni pkai bnyk kaler orng kata stail.. Hehe.. Kita x beli pn kasut, hndbg thun ni.. Hihi