13 November 2013

Darjah Khas Di Negeri Johor

Assalamaualaikum.

menjawab persoalan kak jun pada entri lepas ayu mengenai temuduga permohonan nikah johor


Kak jun tanya, apa tu darjah khas?

Lupa pulak ayu nak jelaskan. :)

Di negeri johor, pelajar sekolah akan mengikut sekolah agama di sesi sebelah petang. Begitu juga jika pelajar tu sekolah kebangsaan/menengah di sesi petang, sekolah agama nya di sesi pagi. 

Zaman dulu-dulu masa ayu sekolah....

  • darjah 1 dan 2 sekolah kebangsaan - sekolah agama kelas fardhu ain 1 dan 2 (belajar basic)
  • darjah 3,4,5,6 di sekolah kebangsaan pula, - sekolah agama Darjah 1,2,3,4 *
  • Tingkatan 1,2 sekolah menengah - darjah 5 dan 6 sekolah agama.*
  • Tingkatan 3 sekolah menengah - sekolah agama darjah khas.*
 * bergantung pada lulus atau tak

Percaturannya begini. Jika kami tak lulus 1 darjah maka, tak akan naik kelas bagi tahun depannya dan mesti mengulang darjah itu. Jadi, darjah khas tu tak semestinya di ambil ketika tingkatan 3. mungkin lebih lambat jika pernah gagal di mana-mana tahun pengajian.

Darjah Khas tu adalah kelas pengajian tertinggi bagi budak sekolah agama di johor. Yang mana akan melalui 1 peperiksaan darjah khas bagi menentukan "PANGKAT 1,2,3" apabila keputusan keluar. Kelas darjah khas ni di adakan setiap sabtu sahaja.

Tapi secara peribadi, sijik darjah khas ni pada ayu bukanlah mengukur tahap kehebatan seseorang pelajar sebaliknya sesiapa yang belajar dengan baik sehingga darjah khas ni, mereka berpeluang dapat belajar secara dalam mengenai topik-topik dalam pengajian islam seperti munakahat, muamalat, sirah dan juga Hadis 40 ( tebal tu..selalu mengantuk masa kelas).

Dan setahu ayu, jika nak mohon kerja under kerajaan johor, mereka akan tengok sijil darjah khas kita.

Nota : zaman sekarang sekolah fardhu ain 1 & 2 (KAFA) dihapuskan.  sekarang darjah 1 sekolah rendah darjah 1 sekolah agama. jadi budak budak yang lulus cepat la tamat sekolah agama. Mungkin kerana pihak kerajaan johor berpendapat kanak-kanak boleh di asuh di rumah mengenai basic-basic agama.

15 comments:

Montana said...

nice entry....salam singgah

randomlyally said...

Pengetahuan am..tq for sharing :)

wanariahamiza said...

Oh, kat Johor memang wajib sekolah agama ya.

Dekat nota ditulis sudah dihapuskan? maksudnya sekarang dah tak wajib eh?

Mizz Aiza said...

info baru untuk akak.. terima kasih berkongsi.. :D

Mazatul azura said...

Tambah pengetahuan ni

JunAina said...

Ok. Baru faham. Sebab sekolah agama di Selangor mengikut tahap sekolah kebangsaan lepas dia dia ada peperiksaan masa darjah 6, lebih kurang spt UPSR jugaklah.

Masa zaman akak sekolah dulu kat Perlis memang tak ada sekolah agama mahupun kelas fardhu ain tapi sekarang sekolah2 kat Perlis dah ada kelas KAFA.

Khir Khalid said...

Sy pun darjah khas di Pontian dulu.. sek. agama Johor mmg terbaik.. x lulus x boleh naik. Klu x lulus duduklah darjah 1 smpi ke tua hahaa.. :D

Unknown said...

klu x de sijil darjah khas x leh keje under johor ke?

Unknown said...

btol ke klu x de sijil darjah khas x leh keje under johor

ayuzan said...

hidayah : seperti apa yg saya tahu tiada sijil darjah khas xleh keje dengan kerajaan johor. kalau gvment biasa such as sekolah. xde masalh

Anonymous said...

Assalamualaikun.

sy dpt pangkat 1 dlm SDKA . blh x sy mohon jd guru sementara di skola agama johor utk lepasan SPM ? atau kene pergi kursus dulu baru blh jadi guru sementara ?

Anonymous said...

salam.
masa sekarang. belajar munakahat umur 12 tahun. tak de feel beb.

Unknown said...

Saya nak tanye..kalau slip keputusan darjah khas hilang..cam ne nak dapatkan balik..?

Unknown said...

Saya nak tanye..kalau slip keputusan darjah khas hilang..cam ne nak dapatkan balik..?

Unknown said...

Sya nk tanye. ..Sya sekolh Agama .Sdka sya dpt pangkt 3 .Minggu depan sya akn konvokesyen sdka ...bg pangkt 3 dpt ape je?