09 August 2014

Berkursus BTN di Kem Gunung Pulai

Assalamualaikum

Ayu baru je dapat tahu yang ayu punya nama tersenarai dalam senarai pembantu makmal sekolah menengah negeri johor yang diwajibkan menghadiri kursus Btn untuk kali ini. Sangat terperanjat sbb ayu tahu masa khamis petang lepas habis kerja. Dah landing-landing kat rumah pun tibe-tibe dapat phone call & sms dari kawan.

Surat pula ayu akan dapat hari ni (Ahad) dan kursusnya pula esok! Isnin-Khamis. 4 hari 3 malam berkampung di Kem BTN GUNUNG PULAI. Huhu

Atas inisiatif sendiri, ayu cari-cari orang yang boleh bagi info berkaitan dengan perjalanan program. Terutama apa yang perlu di bawa sebab lama kan.. 4 hari tuuu..

Mula-mula risau gak. Mengandung gini nak gi kem gini. Tapi. Positif... In sha allah baby ummi dalam rahim ni sihat, kuat dan selamat. Hihihi..

Cume awal-awal suami pesan bawa buku pink. Sebab kalau jurulatih suh buat benda berat senang nak tunjuk report doctor yang ayu ni pernah mengalami threatened miscarriage. Mohon dijauhkan dari sejarah berulang. Sgt takut... Huhu

Kawan-kawan doakan ayu ya.....

9 comments:

Umialya said...

Biasanya kalu hamil, kita diberi pelepasan ntuk xtvt2 berat, jgn risau k cuma jgn segan bgtau fasilitator...

randomlyally said...

kursus-kursus sebegini biasanya sebelum satu2 aktiviti dibuat, penyelia akan tanya sapa2 yg mengandung atau ada sakit kronik untuk di isolatekan... insyaAllah ok tu Ayu. Moga semuanya baik2 je... ;)

maszull said...

assalamualaikum ayu...selamat berkursus yer...:)

Raidah89 said...

Ayu...slmt berkursus...jaga diri n jaga baby k...mga semuanya selamat dr mula hingga akhir kursus t..=)

Raidah89 said...

selamat berkursusu ayu..jga diri n baby k

Unknown said...

selamat berkursus ye :)

memmetlenggeng said...

all the best ayu...

Syamimi Saad said...

Buku pink kena bawak sentiasa.. Even pergi kerja, pasaraya sekalipun.. Kna sentiasa ada dlm beg..

Mar Mansor said...

ayu pembantu makmal ye..baca next entri..hehehe