24 August 2014

Kesan Permainan Telefon Rosak Dalam Kehidupan

Assalamualaikum

Permainan telefon rosak cukup sinonim dengan kita. Seingat saya ketika zaman sekolah jika ada kem-kem dilaksanakan, guru/fasilitator suka menggunakan permainan ini sebagai medium untu memberitahu kepada umu mengenai kesan dan akibat maklumat tidak sampai dengan sempurna. Boleh pincang! Ibarat maklumat tak sempurna tu boleh jadi fitnah.

Jom aplikasi dalam hidup.

Contoh 1:
Infomasi dari ketua/bos kepada staf kewangan agar memaklumkan kepada semua pekerja untuk menyerahkan maklumat perbankan yang baru sejak pertukaran jumlah 10 digit nombor akaun bank(cimb).

Jika staf kewangan itu ambil mudah dan tidak maklumkan secara keseluruhan kepada semua pekerja, akan ada urusan tuntutan(claim) yang tidak boleh diproses. Akibatnya pekerja yang terbabit tidak menerima claimnya hanya disebabkan infomasi berkaitan 'update' nombor akaun baru tidak sampai kepadanya. Sebab setahu pekerja itu, semua urusan bank in/transfer/gaji masih guna nombor lama dan sepatutnya tidak menjadi masalah(setelah disahkan oleh bank).

Rupanya itu prosedur dari pihak atasan. Relevan atau tidak, pekerja itu wajib patuhi. CUMA. SILAPnya pekerja itu tidak mendapat informasi yang sepatutnya. Lihatlah! Kesan 'telefon rosak'.

Contoh 2:

Kes-kes fitnah dan umpat juga umpama telefon rosak. Asalnya tuan badan bercerita sesuatu yang baik dan benar mengenai dirinya tapi kalau di pendengar mentafsirkan dengan kefahaman yang berbeza, kemudian menyampaikan kepada orang lain dengan kefahaman dan sangkaan peribadi sendiri pun dah mengubah fakta asal. Betul tak? Si pencerita dan pendengar pertama mungkin masih sah benar dan sempurna faktanya, namun kadang-kadang jadi berubah bila dah sampai orang ke-3,4 dan seterusnya.

Contohnya lihat perbualan ini.

"Kak timah cuti ni ke mana?" Tanya Senah.
"Alhamdulillah suami ajak buat umrah," jawab kak timah ringkas.
"Oh... Alhamdulillah..seronoknya.."

Pastu senah dok cerita kat minah pulak.

"Bestnya jadi kak timah...cuti panjang ni suaminya ajak berumrah" kisah senah.

"Oh yeke? Eh, diorang gi sana tu berhutang ke? Tengok kak timah tu rumah pun buruk je.. Ada duit ke?" Tanya minah penuh rasa tertanya-tanya..

Tengok tu?

Asalnya elok je senah dan kak timah bercerita. Tapi bila jadi telefon rosak, boleh dibayangkan lah cerita seterusnya mesti banyak tokok tambah dan pengurangannya. Allahu... Bahaya. Jadi fitnah tak memasal.

Tengok lah permainan telefon rosak dalam kehidupan realiti. Kesan dan akibatnya sungguh besar.

Muhasabah diri kita. Sebab kadang-kadang kita pun main telefon rosak juga. Cume samada jadi orang terakhir sebagai mangsa, orang tengah sebagai pengantara ataupun pencerita asal sebagai pencetusnya.

:)

6 comments:

Anum said...

ye la kan

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, yelah.. boleh jadi auta kesan dia ~~~

sitirohaida said...

yelah..bila dah jadi orang kedua,janganlah jadi telefon rosak untuk sampaikan ke pihak ketiga kan

memmetlenggeng said...

perkara macam ni memang banyak sangat berlaku dalam amsyarakat kita sekarang. Susah pulak nak membendung

dear anies said...

kalukita boleh elakkan, baiklah elakkan terus... dosa kalu nk cari mmg senang jeee

Mar Mansor said...

manusia..banyak cakapnya..banyak jugaklah kesanburuknya..
bahaya telefon rosak ni..kena tukar baru..kikiki