24 July 2013

Menu : Nasi Ayam Senang

Assalamualaikum

semalam ayu & uda berbuka nasi ayam homemade. biasa lah namanya homemade mestilah ayu masak berdasarkan bahan-bahan yang ada di dapur.

ok, ni nak cerita pasal ayam untuk nasi ayam. Macam-macam cara juga lah ayu cuba untuk masak ayam tu. 1st dulu-dulu masa mula masak nasi ayam ayu goreng biasa jek ayam tu. dok memikir mcm mana orang masak ayamnya hitam-hitam basah-basah tapi dalamnya masak sempurna gitu.

ok, after google dan tanya-tanya sana sini. ayu pun mencubanya..dan sejak itu selalu lah nak makan nasi ayam. kikikiki

sorry ek.. xde salad. hihihi..
Ayam : 
rebus ayam + (bwg putih,merah,halia yang ditumbuk) + halia + sup bunjut + garam.
lepas tu toskan ayam dan perap dengan kicap manis + sos tiram. lepas beberapa jam, goreng dengan cara deep fry. Ayu goreng dalam periuk dan minyak banyak supaya semua bahagian ayam masak sekata. siappp.. goreng pun yg nak bagi kering sikit luarnya tu.. lagipun tadi da rebuskan? hihii

lagi satu, kicap yg lebih buat perap tu, campur air rebusan ayam tadi  (didihkan jap) dah boleh jadi kuah kicap yang makan bersama nasi ayam. (jika suka la)

nasi ayam : ayu cairkan butter + masak nasi seperti biasa tapi masak guna air rebusan ayam sekali ngan rencah-rencah dia tu. + garam + kiub ayam kalau nak bg kuat rasa ayam hehe.  *ayu xletak.lupa*

sos : ayu blend bawang putih + tomato + lada boh + air rebusan (kalau guna lada hidup lg sedap tapi ayu kehabisan stok). pastu masak dan campur air asam. 

air rebusan tu bole la korang jadikan sup. :)

ala..ramai je lg otai dari ayu. tapi saje ayu nak share juga.

p/s : uda cakap sedap! apesal akak tak masak lebih sikit. hihihi. ok, next time la ya adikku.

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

Simple Giveaway By Mahira Ridzuan

bismillah

ayu join GA lagi. :)
GA ni simple. jom meriahkan. kot-kot dapat hadiah raya. kikiki.


kena tag 2 orang 
so ayu tag kawan exroomate/classmate masa sekolah menengah :


love,
ayu

23 July 2013

menu : Puding Roti Kukus

Assalamualaikum

semalam lepas masak untuk berbuka, ada masa berbaki 30 minit. tengok esbox ada satu bekas lebihan roti buat aiskrim goreng kelmarin. rasa mcm nak buat agar-agar milo susu. tapi, teringat entry resepi kat blogger kak ina intaNberlian yang dia rajin buat puding roti kukus dengan sos sekali.

so, ayu pun buat juga lah ikut gaya dan barang yang ada kat dapur kecil ayu tu.
yela. kat blog ayu ni pun setakat ni menu yg simple simple. hehe
dan ayu buat sikit je. sebab tak ramai isi rumah kan.

amik kau. tertabur banyak pulak kismisnya. kkikiki

HOW TO COOK?
credit : kak ina (maap ye kak kalau ubah-ubah)

bahan-bahan

Roti putih - kuantiti secukup rasa  (ayu guna lebihan aiskrim goreng)
telur 1 biji
Susu cair - 200 ml (setengah tin)
Susu pekat manis - 2 sudu besar 
Gula - 1 sudu (optional. xnak manis sgt xyah letak)
esen vanila - 1 tutup
kismis-tabur
butter- 2 sudu besar cairkan.

cara-cara

  1. pukul telur + gula +esen 
  2. masukkan susu cair + pekat = kacau rata.
  3. sediakan loyang yang disapu butter tadi.
  4. susun roti yang dipotong kecil dan sapukan butter cair tadi kat roti. (ni untuk bagi roti rasa lemak) korang boleh je curah rata butter tu kalau malas.
  5. lepas tu, masukkan bancuhan tadi ke atas susu & tabur kismis/cip coklat/kurma 
  6. Kukus selama 20 minit.

sos :

ayu guna susu cair yg ada baki 1/2 tin tadi + gula  + air + bancuhan tepung kastard  = masak. (jangan lama sangat ya. takut ketul-ketul nanti.

very very easy ok.

kami sempat makan masa berbuka. makan panas-panas pun sedap. bau lepas masak tu. mak ai... sedapnya.. mmg teruja nak makan.
and then masa sahur ayu makan sejuk-sejuk.. pun sedap.. kesimpulannya, nanti nak buat lagi. weekend balik kampung nak buatkan untuk mak pulak. kikkiki

nota :
 korang jangan risau mengenai kuantiti bahan. sebab pada saya, x kisah macam mana pun. tu kan masakan kite. hehe, cth : xnak susu pekat, nak susu cair 1 tin mcm mana pun tetap akan menjadi punya. hehehe. :)
so, haruslah mudahkan ia agar kita gumbira memasak. 

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan


love,
ayu zan

YEY! ada orang nak kasi bookmarks raya

assalamualaikum

korang nak tau,
semalam kat entry bergedil daging saya ada dapat komen seseorang.



fuhh...
dia nak kasi saya bookmarks raya.
ok ok ok.
serius saya suprise.
yela..saya ni baru je mula nak aktif berblog...tiba tiba ada blogger femes buat cenggini.
memang terus saya rasa bersemangat nak jadi mcm beliau. 
hihihi

saya rasa sejak terjumpa blog beliau bermula dari saya google resepi. tapi tak ingat dah resepi apa..
sejak kes tu, terus sangkut hangout kat situ.
resepi dia cun cun belaka. mudah nak follow.

komunikasi 2 hala yg diamalkan oleh kak ina mmg seboleh mungkin saya nak contohi.
yela kan.. beliau tu femes, ramai followers dan readers, tapi beliau tetap blogwalking semula ke blog2 yang menyinggah ke blog beliau. 

kak, saya terharu. =_= serius. thanks a lot.. :)

love,
ayu zan

22 July 2013

DIY : bunga crepe

UPDATE : tutorial bunga crepe disini

Assalamualaikum.

okey, entry harini tentang hobi saya la. DIY.
asyik citer masak je kan. kikikiki

since last year, saya gemar membuat crepe flowers ni.
mula-mula belajar dari encik google lah.

dan bila dah ada rentak membuat nya, saya buat 1 jambak letak atas meja kerja. kiki.
but, bunga ni jangka hayat pendek la. sebab crepe PAPER kan?
nama pun paper. 




tapi kalau nak use it as gubahan hantaran, hiasan bilik, bunga telur, handbouquet.
saya rasa sesuai lah utk yang jenis-jenis nak ekonomi.

& kalau masanya tiba untuk saya nanti, saya akan pilih bunga ni kot. 

ikikiki..

ayu, berangan kejap. :)


NOTA : ayu ada jual tasbih murah sebagai doorgift serendah RM1.30.. boleh cek sini http://ayuzan.blogspot.com/2013/12/tasbih-sebagai-door-gift.html

21 July 2013

menu : puding laici dangdut

assalamualaikum.

sabtu lepas buka puasa kat kampung.
so.. semua adik-adik (kecuali uda kena overtime) ada..
ayu & mak bz lah kat dapur..

fikir punya fikir nak buat desert apa ya..
ok. ayu google. PUDING LAICI DANGDUT jumpalah blog Sinar Kehidupan 
nama owner blog kak yati. thanks kak for the resepi.

dulu pernah makan masa marhaban kat rumah jiran kat kampung.
tu teringat.  dan bila try.

PERGH!! YUMMY!

rasa mcm harini nak buat lagi je.

letak laici banyak-banyak. pastu makan dengan kuah laici tu sedap gak. boleh gak makan dengan susu cair. :)

HOW TO COOK?

bahan :
air 2 liter
susu cair 1 tin
agar-agar tali 28gm/serbuk 10gm
laici tin- 2 tin
gula 2 cawan

:)

1. air 2 liter + agar-agar serbuk 10g/tali 28gm = didihkan
2. campur gula 2 cwn (ikut suka manis u all) = didihkan
3. matikan api. campurkan air laici (asingkan buahnya) + susu cair.
4. tuang dalam bekas dan sejukkan.

hidang dengan buah laici yg di asing tadi. 
sedap jugak kalau makan dengan air laici tin tu. (i've try)
dengan susu pun sedap katanya..(belum try)

sekian..
senang kan?

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan


20 July 2013

DIY : Cotton Brooch

assalamualaikum

as my lil sis request,
sy buatkan dia cotton brooch ni utk dia jual kat kawan2 dia.. hehe

ada 2 size. 
kecil RM 1.50 
besar RM 2.00


Love,
Ayu